Sunday, 15 July 2012

BANTAL DAN PERIBADI





Tidur dengan satu bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

Meletakkan bantal dibawah kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.

Memeluk bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantic. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

Menggunakan banyak bantal

Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapakan pandangan orang lain.

Tidur tanpa bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadang kala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


JENIS DARAH REFLEKSI PESONALITI




Kebanyakan negara seperti Jepun dan Korea amat percaya kepada jenis darah dalam mengetahui karakter atau persoanaliti pasangan mereka. Bagi anda pula yang ingin mengetahui dan memahami pesonaliti anda dan pasangan anda. Jom baca artikel kat bawah ni.
     
Darah O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa jua sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persiangan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu haruslah lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

Darah A 

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata juga sentiasa berasa senang untuk berkerjasama dengan mu. Sikap sensitive, sabar dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, Kesihatan diri pula yang terabai.

Darah B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan gemara berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sifat kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat dirimu dan sekaligus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

Darah AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor yang semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lainmembuat keputusan untuk diri kamu sendiri.


Saturday, 30 June 2012

RAHSIA HOBI



Membaca

Mungkin ramai yang berpendapat individu yang memiliki hobi sebegini agak membosankan. Mereka bukanlah dari kategoti 'ulat buku' sebaliknya hobi membaca yang diterapkan banyak membantu mereka dalam mematangkan diri. Usulkan apa jua topik untuk dibualkan, pasti kamu akan memperoleh respons yang mengembirakan kerana individu dari kategori ini bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan. Walaupun, segelintir mereka kelihatan agak pendiam hakikatnya mereka boleh diibaratkan sebagai pemerhati...

Mengumpul

Individu yang gemar mengumpul koleksi peribadi seperti minyak wangi, novel, komik, beg dan sebagainya disifatkan sebagai seorang insan yang berjiwa seni. Sifat sabar yang ada dalam dirinya sering mendapat perhatian namun agak sukar untuk mendekati individu dari kategori ini, namun jika kamu benar-banar memahami jiwanya kamu boleh diibaratkan sebagai pasangan yang ideal kerana ini terbukti bahawa kalian sehati dan sejiwa!

Melancong

Sesuai dengan hobi ini, mereka dikatakan memiliki jiawa yang agak sentimental dan cintakan keindahan. Ada segelintir berpendapat individu dari kategori memiliki sikap yang agak kurang sabar dan 'moody'. Walau bagaimanapun, mereka disifatkan sebagai individu yang memiliki sifat kepimpinan yang tinggi dan memiliki tahap pengetahuan yang mengagumkan.

Memelihara Binatang

Penyayang dan sensitif adalah sifat yang dapat dilihat dengan jelas dalam diri individu dari kategori ini. Selain itu, mereka juga dikatakan memiliki sifat bertanggungjawab dalam diri dan sedia menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Dalam perhubungan pula, mereka dikatakan memiliki sifat cemburu dan ada kalanya gemar mengongkong pasangan! Jadi berhati-hati memilih pasangan!

Membeli-Belah/ Window Shopping

Periang da manja mungkin itulah gambaran terdekat tentang keperibadian individu dari kategori ini. Waktu yang terluang akan dipergunakan dengan sebaik mungkin sehingga ada yang bependapat individu dari kategori ini bagaikan 'tak reti nak duduk diam'. Selain itu, mereka juga disifatkan sebagai individu yang berfikiran jauh serta bijak mengatur perjalanan hidup. Oh ya! mereka juga alah dengan perkataan CINTA... Sebaliknya mereka lebih gemar hidup bersendirian disamping memiliki ramai teman.....

Saturday, 23 June 2012

PEREMPUAN TERPESONA BILA LELAKI



Bagi lelaki-lelaki yang ingin membuat si dia yang di cintai terpesona dengan gayamu yang tersendiri dan bagaimana ingin memikat hati si dia....boleh rujuk artikel ini...

Perempuan akan terpesona apabila lelaki........

  1. Sikapnya yang berubah, kasar ketika bersama teman-teman tetapi cukup lemah lembut dan malu-malu sewaktu berada di sisimu
  2. sedia memasak makanan kegemaran kamu
  3. Lelaki keluar dari bilik mandi dengan balutan tuala sahaja sehinggakan jelas kelihatan bentuk tubuhnya yang seksi
  4. Apabila dia menyanyikan lagu khas untuk dirimu
  5. Terdengar suaranya yang mengoda di sisimu
  6. Sikap tidak pedulinya walaupun sedang mendengar gosip tentang dirimu
  7. Si dia hilang konsentrasi terhadap kerjanya apabila kamu mengodanya.
  8. Tatapan matanya yang mengoda sewaktu memandang mu
  9. Sentiasa bersedia membantu kamu ketika kamu menghadapi masalah seperti tayar kereta pancit, permainan VCD rosak dan sebagainya.
  10. Gayanya yang malu-malu sewaktu meluahkan rasa cintanya terhadap kamu
  11. Perangainya seperti kebudak-budakan sewaktu menonton program tv kegemarannya.
  12. Ketika si dia melayan kamu lebih istimewa berbanding orang lain dalam hidupnya.
  13. Si dia selalu terpesona dengan penampilanmu
  14. Kesediannya bertukar makanan ketika kamu tersalah pesan makanan di restoran
  15. Sewaktu kamu membaca e-melnya yang kelakar dan selalu ada perkataan-perkataan yang tersilap ejaan.
  16. Ketika dia mengirimkan kamu bunga dan coklat di hari istimewa dalam hidupmu.
  17. Gelagatnya yang malu-malu sewaktu cuba memikat mu atau mengajak kamu keluar makan malam untuk kali pertama.
  18. Wajahnya yang halus, bersih dan segar selepas bercukur
  19. Memuji kamu tetap cantik walau pun ketika itu kamu baru bangun dari tidur
  20. Langkahnya yang mantap ketika joging di pagi minggu
  21. Memuji masakan mu sedap sewaktu dia bertandang ke rumah mu, sedangkan masakan mu hari itu biasa-biasa sahaja.
  22. Dia memakaikan tali pinggang keselamatan sebelum memulakan perjalanan
  23. Ketika wajahnya dipenuhi 'shaving cream' dia kelihatan sungguh macho
  24. Wajahnya yang memang handsome
  25. Penampilannya yang sentiasa kelihatan bergaya walaupun ketika itu hanya memakai t-shirt
  26. Ketika si dia menyarungkan jaket ke tubuh mu yang kesejukan
  27. Senyuman manis di bibirnya walaupun dia telah menunggu kedatangan mu berjam-jam lamanya.
  28. Cara dia memanggil nama mu dengan penuh kemesraan
  29. Sewaktu dia tersedar bahawa pendapat mu memang benar dalam satu perdebatan dan dia kelihatan tersenyum malu mangakuinya.
  30. Ketiaka dia hairan melihat kamu boleh menjahit butang kemeja kesayangannya yang tertanggal
  31. Kepantasannya berpakaian dalam masa yang singkat
  32. Sewaktu dia cemburu melihat kamu berbual dengan teman lama mu.
  33. Kesediaannya bekerja keras tanpa banyak soal
  34. Wajahnya yang 'cute' dan 'innocent' ketika bangun dari tidur.
  35. Dia menghargai usaha mu membantunya mengatasi masalah yang dihadapinya.
  36. Matanya yang bersinar kegum melihat penampilanmu ketika kamu cuba tampilkan imej baru
  37. Sentiasa memberikan pendapat yang bernas sewaktu kamu keluar 'shopping'
  38. Kamu terdengar dia memuji diri mi di hadapan teman-temannya.
  39. Menghiburkan kamu dengan caranya tersendiri
  40. Dia menjadi orang pertama mengucapkan 'happy birthday' di hari lahirmu dan sanggup berjaga hingga jam 12.00 malam.
  41. Kamu selalu tertarik dengan tubuhnya yang seksi
  42. Bau tubuhnya yang semula jadi
  43. Sikapnya yang ringan tulang membantu mu dalam apa jua urusan
  44. Kekagumannya terhadapmu yang tidak takut dengan kotoran dan lumpur
  45. Kerutan di dahinya ketika dia sedang serius melakukan sesuatu perkara
  46. memimpin tangan mu melintasi jalan raya
  47. wajahnya yamg kelihatan begitu maskulin sebelum bercukur
  48. Sikapnya yang sentiasa mengambil berat tentang dirimu
  49. Wajah kecewanya ketika kamu batalkan temujanji dengannya
  50. Gayanya ketika memujuk mu ketika kamu merajuk dengannya
  51. Kesediaannya mengalah dengan mu, walau pun pada mulanya dia bermati-matian mempertahankan pendapatnya.
  52. Membelikan kamu hadiah yang memang telah lama ingin kamu miliki
  53. Dia bersedia menemani kamu menghadiri majlis di rumah teman mu walau pun ketika itu tiada orang lain yang dikenalinya
  54. Kesediaannya berhadapan dengan kedua orang tua mu dan gelagatnya ketika itu yang serba tak kena
  55. Sikapnya yang suka berterus-terang dengan mu.
  56. Dia sentiasa meminta pandangan mu sebelum melakukan sesuatu perkara
  57. Sanggup berhenti merokok kerana mu.
  58. Ketika dia memperkenalkan kamu kepada teman-temannya.
  59. Melihat tulisan tangannya yang teruk dan tidak tersusun pada diarinya. 
  60. Apabila dia membuat kejutan untuk diri mu....

Saturday, 16 June 2012

CARA MAKAN PENGARUHI CINTA



Nak tahu tentang sedalam mana cintamu pada si dia tersayang anda boleh melihatnya melalui cara makannya...jom check it out!...

 Makan Penuh sopan dan tenang

Kamu yang makan dengan penuh sopan dan tenang ini khabarnya seorang yang skema! Tidak percaya? Erm cuba kamu tanya kawan di sebelah tentang gaya makan kamu. Adakah tenang? atau Kalut? Setiap suapan dilakukan dengan hati-hati dan kemas. Umpama si ratu yang menjamu selera di majlis makan malam berprestij! Gaya kamu ini memberitahu dirimu tergolong dalam kategori perfectionist. Segalanya perlu sempurna dan tiada cacat dan cela. Kamu juga tegas dalam membuat sebarang keputusan. Soal cinta pula, jangan digusarkan. Ternyata kamu pasangan yang kuat dan mampu berdikari. Bukannya kamu tak mahu pertolongan dari si dia, cuma kamu selesa menyelesaikan masalah sendiri. Sebenarnya, jauh di sudut hatimu, kamu amat mementingkan hubungan cinta yang terbina. Mungkin luaran dirimu tampak 'dingin' namun cintamu hanya untuk dirinya! Percaya pada cinta.

Asyik 'belek' makan

Wah! Asyiknya kamu membelek makanan ya? Apa yang sedap tu ya? Sampai 'pakwe' di sebelah pun kamu tak pandang! hehehhe....Kadang-kadang, timbul juga rasa bimbang ya kalau sidia merajuk. Maklumlah kamu nampaknya lebih 'berminat' kepada makanan  dan bukan dirinya! Sedangkan masa makan berdua  itulah saat paling istimewa untuk kamu dan dia bercanda setelah sekian lama tidak bersua! Tabiat kamu yang gemar membelek dan menyusun lauk-pauk ditepi pinggan ini mengambarkan dirimu seorang yang prihatin dan teliti orangnya. Ketika bercinta pula, kamu lebih serius membincangkan masa depan hubungan. Kamu tidak mahu ia terhenti di pertengahan jalan dan kerana itulah kamu pastikan segala rancangan dan persiapan dilaksanakan sebaik mungkin. Kamu dambakan kisah cinta yang mekar dan indah sepanjang hayat....pastinya dengan si dia!

Serius ketika makan

Jika kamu seorang yang kelihatan serius ketika makan, kamu digambarkan sebagai indivisu yang tegas dan amat sayangkan pasangan. Ketika makan, kamu tidaklah terlalu lambat atau cepat menghabiskan makanan. Adakalanya kamu akan berbual dengan si dia tetapi tidaklah terlalu kerap. Bagimu, dirinya masih 'wujud' di depan mata walaupun tika itu kamu sedang enak menjamu selera! Cuma kamu tidak terlampau mengepretasikannya. Bercinta dengan kamu memang indah! Arjunamu pasti berfikir berkali-kali untuk melepaskan kamu pergi sungguhpun ada waktunya kamu terlalu degil menerima kesalahan diri. Apa yang pasti, padanya kamu gadis yang bukan sahaja manis, penyayang malah bertanggungjawab orangnya. Cuba ingat balik, pernah tak kamu menjaga isi buah hati yang sedang salah. Jika ya, wah sayangnya kamu pada si dia! Itu belum kahwin lagi. Kalau sudah berumahtangga, bagaimana agaknya ya? Selamat Berbahagia!

Makan Disulami perbualan

Selalunya orang makan bersulam airkan? Kamu ni pula sambil makan, mulut juga tak henti bercerita itu dan ini. Haiii masa bilalah agaknya kamu mengunyah dan menelan makanan itu ye? Nasib baiklah bukan selalu kamu bersikap begini. Masa bersama keluarga , teman dan si dia tersayang sahaja, mulutmu akan becok berbiacara sampaikan nasi di piring pun tidak luak sebenarnya, kamu seorang yang ceria, peramah dan gila-gila. Jarang sekali kamu marah, tarik muncung 14. Setakat merajuk tu perkara biasalah. Amaran, sesekali cuba menaikan amarah kamu, silap haribulan habislah semua orang 'diserang'. Dalam hubungan cinta pula, kamu gemar berterus terang jika yidak berkenan pendapat atau tingkah pasangan. Kamu amat menitikberatkan aspek tersebut kerana bagimu komunikasi yang jujur perlu bagi memastikan ikatan kasih kekal terjalin selamanya. Aduh Romantis sekali!

Makan + jam

Apa kaitannya makan dan jam? Peliknya! Setiap kali menikmati hidangan, pasti kamu menoleh jam. Tidak kisahlah di pergelangan tangan atau di dinding. Kamu seolah-olah 'mengejar' sesuatu walaupun sebenarnya masa masih panjang. Mungkinkah kamu sedang 'berjanji temu' dengan seseorang? Secret admire atau apa ya? Gelagat kamu itu pastinya menimbulkan syak wasangka kekasih hati. Boleh terbantut selera si dia melihat kamu yang tergesa-gesa. Macam nak date je! oppss jangan salah faham ye cik abang. Sebenarnya, tindakan kamu itu mencerminkan dirimu amat mementingkan masa. Tiada istilah lewat dalam kamus hidup kamu. Jadi tak hairanlah jika kamu sering hadir tepat pada masanya dan menepati janji yang terpatri. Selain itu, kamu juga seorang insan yang setia terhadap pasangan. Walaupun nampak pelik kerana makan sambil kerap melihat jam, positifnya rasa cintamu yang mendalam tidak terluah dengan perkataan! Wah eratnya setia yang kamu hulurkan.....

Makan dan membebel

Makan sambil membebel atau merungut? Erm kamu tahu atau tidak sebenarnya kamu seorang yang suka membebel ketika makan? Pelikkan? Tapi itulah kenyataannya. Bagi kamu ada sahaja yang tidak kena. Hidangan yang dijamah tidak enaklah, terlebih garam, kurang manis dan sebagainya. Kawan-kawan atau sidia menemani kamu menjamu selera pasti geram dan sakit hati. Disebalik karenah kamu yang terlalu peka, cerewet dan sedikit 'menjengkelkan' itu sebenarnya terselit nilai positif yang ada dalam dirimu. Sikap suka berterus terang dan jujur mencerminkan keperibadianmu. Apa sahaja yang tidak berkenan cepat-cepat kamu luahkan terhadap pasangan meskipun ada kalanya ia cukup merimaskan! Namu hakikatnya kamu tidak sebegitu, kamu terlalu sayangkan hubungan cinta dan sedaya upaya mempertahan keutuhannya. Sebab itulah, kamu sangat menjaga si buah hati supaya tidak jatuh ke tangan gadis lain. Kuatnya cemburu kamu sampaikan si dia tidak boleh jeling gadis di sebelah walaupun hanya mencuci mata. Aduh...takkan lari gunung di kejar....

Sunday, 10 June 2012

MAKNA HADIAH DARI SI DIA


COKLAT-KELAKAR

Kamu yang menerima hadiah coklat dari si dia memang cukup bertuah. Maklumlah hari-hari indah kamu dihiasi dengan gelak tawa dan lawak dirinya. Tak kering gusi. Jejaka yang suka menghadiahkan coklat ini di hari-hari istimewa ini sentiasa mahukan kegembiraan subur dalam diri insan tersayang. Justeru, mereka mereka sedaya upaya melakukan yang terbaik demi membahagiakan kamu. Cuba imbas balik kerap tak sidia beri kamu coklat tak kisahlah yang mahal/ pun murah? Jika ya, nah itu jawapannya.




BUNGA-PENYAYANG

Sidia gemar memberi kamu bunga tak kisahlah sekuntum atau sejambak. Macam orang dulu-dulu kan? Nampak tradisional tetapi bunga-bunga itulah yang mewarnai hidup kamu. Malah kalau sehari kamu tidak terima bunga darinya, bisa berdentam dentum hatimu seketika. Khabarnya jejaka yang gemar menghadiahkan bunga kepada sang 'juwita' seorang yang penyayang dan berjiwa lembut. Dia sangat menginginkan kamu dalam hidupnya. Setiap saat kamu yang diingati dan didambakan. Kasih sayang si dia umpama bunga yang sentiasa kembang mekar, walau si bunga layu, cinta dan kasihnya masih tetap utuh!



PEN-MATANG

Jejaka ini memang matang, bertanggungjawab dan punya wawasan tersendiri. Dia tahu matlamat hidupnya. Malah dia sedaya upaya menjadikan dirinya suksess dan berjaya dalam apa jua yang diusahakan. Dia tegar, kukuh, mantap dan kuat memburu kejayaan. Cuba selidik kekasih hatimu, jika dia masih belajar, dia seorang yang bijak, rajin mengulangkaji pelajaran dan dalam masa yang sama memimpin beberapa pertubuhan dan persatuan. Sekiranya si dia sedang bekerja pula, dia sering diberi tugas menjayakan sesuatu projek atau program dan biasanya dia melakukannya dengan pantas dan cekap. Hasilnya pula, cukup memberangsangkan! seperti pen diperlukan oleh kita untuk mencatat apa-apa sahaja dan begitu juga dirinya, menjadi sandaran dan harapan orang dan di persekitaran.

CINCIN-SETIA

Dia mahu kamu menjadi miliknya selamanya. Jejaka ini digambarkan sebagai seorang sang setia dan berani menanggung risiko. Bukan mudah memberikan sesuatu yang boleh dianggap berisiko seperti ikatan cinta/ perkahwinan. Tetapi berlainan pula dengan sidia. Jika dia benar-benar sayang dan jatuh cinta pada kamu seorang, hanya kamulah yang menjadi pujaan. Tiada yang lain walau ramai gadis jelita yang datang mengoda. Si dia juga sedaya upaya untuk mendapatkan kamu dengan apa cara sekalipun. Tiada istilah gagal dalam kamus hidupnya dan semestinya puteri idaman hati adalah matlamat utama si dia. Jadi, terima sajalah apa-apa saja jenis cincin yang diberikan olehnya sama ada cincin emas, cincin plastik, cincin permata mahupun cincin silver. Yang penting ikhlas kan?





BABY DOLL & TEDDY BEAR-MANJA
 
'so sweet' !, Si dia yang menghadiahkan patung beruang, anak patung comel padamu sememangnya seorang yang sensitif dan manja. Lagak seperti anak patung kan? Comel, kiut, manja dan menghiburkan. Begitu jugalah dirinya. Perasan tak sidia yang selalu nak bermanja dengan kamu. Malah dia sering merajuk dan minta dipujuk. Aduh macam mana ni? Apa-apa pun yang penting kamu 'happy' saat bersama dengannya! tak gitu? Sungguhpun kekasih hatimu agak keanak-anakan sedikit, tidak mengapa kerana ia mengindahkan percintaan kamu berdua. Sikapnya yang manja bakal menyentuh naluri keibuan kamu. Sambil bercinta, dapat juga kamu belajar cara-cara untuk melayan anak-anak kamu yang bakal dilahirkan?





AISKRIM/ LOLIPOP-PERAMAH

Aha! Si dia memang ringan mulut orangnya. Susah nak cari lelaki yang banyak cakap dan ramah dengan semua orang. Kamu yang bertuah dapat kekasih hati sepertinya yang peramah, mesra dan ceria dan periang orangnya. Jarang melihat dirinya stress/ tension dengan sesuatu perkara. Walaupun kadang-kadang muncul rasa benggang dan bosan melayan kerenah dan cerita-cerita basinya. Kamu masih tetap sayang dan cinta pada si dia. Entah kenapa, ada sesuatu yang berharga dan bermakna dalam dirinya yang kamu sendiri tidak tahu apa. Macam aiskrim dan lolipop kan? Ada masanya kamu amat mengilainya dan ada masanya pula kamu jelak tapi ia tetap jadi pilihan utama hati. Betul tak?





MINYAK WANGI-CEREWET

Si dia yang suka menghadiahkan kamu wangian seperti minyak wangi dilihat sebagai seorang yang cerewet. Contoh sahaja pada penampilan dirinya, kemas, segak dan harum sentiasa. Ala-ala lelaki metroseksual. Jadi tidak hairanlah jika si dia juga mahukan orang disekelilingnya terutama kamu si kekasih hati menjadi seperti dia. Mujurlah sikap cerewetnya kena pada tempat. Taklah dia memarahi/ menegur kamu tidak tentu hala jika kamu menyepahkan barang-barangnya/ berpenampilan selekeh. Bagus juga kekasih cerewet ini sebab dia tidak sesekali ambil mudah dalam apa jua perkara.




KAD/ SMS/ E-MEL-WORKHOLIC

Janganlah bersedih hati jika kamu hanya mendapat kad ucapan sms/ e-mel dari si dia. Bukannya dia tidak sayang pada kamu. Padanya ucapan itu lebih berharga berbanding perkara lain. Lagipun kalau dia workholic kamu juga yang senang nanti. Maklumlah si dia memang sentiasa mengimpikan kesempurnaan dalam setiap perhubungan begitu juga dengan percintaan. Pun begitu kamu juga perlu bersedia untuk menghadapi detik-detik sukar dalam perhubungan sebab ada kalanya si dia memang seolah-olah mengabaikan dirimu dan lebih mementingkan kerjanya. Namun, kamu sentiasa di hatinya.




CANDLE LIGHT DINNER-ROMANTIS

Aduh......alangkah indahnya makan malam yang disinari lilin, malah mata kamu dan si dia bertentangan. Telinga pula didendangkan dengan alunan muzik sentimental yang membelai jiwa.....Asyik sekali! Dunia ini pula ibarat kamu berdua yang punya. Itulah penagan cinta jejaka romantis. Wah si dia memang jejaka yang romantis dan bermulut manis. Tiada lain yang diungkap dari bibirnya selain ucapan cinta dan pujian yang melambung tinggi. Bukan kamu sahaja, bahkan gadis-gadis yang berada disekeliling jejaka ini pasti terpesona denggannya. Lihat sahaja cara si dia melayan kamu. Senyuman manis, bicara tersusun indah, madah bicara yang halus dan tulus, pandangan mata memukau dan segala ciri 'prince charming' ada padanya! Kamu pasti lemas dalam cinta yang panas dam membara.

SAY IT WITH FLOWER

Rose mengungkap pelbagai rasa cinta 

Bilangan bunga Ros

sekuntum- Cinta yang luar biasa. Seluruh hidupku hanya ada kamu.
2 kuntum ros- kita berdua sangat saling mencintai
3 kuntum ros- I love you
6 kuntum ros- Aku mahu menjadi milik kamu
9 kuntum ros- mencintai satu sama lain selamanya
11 kuntum ros- Kamu satu-satunya yang aku cintai dalam hidup ini.
12 kuntum ros- Sememangnya aku telah jatuh dan sangat tertarik kepada kamu
13 kuntum ros- peminat misteri
24 kuntum ros- setiap saat aku terkenangmu!
33 kuntum ros- Aku tersangat-sangat cintakanmu
36 kuntum ros- Feeling romantic attachment because you come to me
44 kuntum ros- Tetap mencintaimu sampai bila-bila pun
50 kuntum ros- This is 'Regretless Love'
56 kuntum ros- My love
66 kumtum ros- Sucessful love affair
99 kuntum ros- cinta kita abadi
100 kuntum ros- Tetap mencintai dan akan mengasihi sampai mati
101 kuntum ros- Tiada cinta lain selain kamu
108 kuntum ros- Please marry me! 
111 kuntum ros- Eternal Love
123 kuntum ros- Free Love
144 kuntum ros- mencintaimu siang dan malam
365 kuntum ros- Teringatkan kamu setiap hari, mencintaimu setiap detik dan waktu
999 kuntum ros- Everlasting and eternal love
1001 kuntum ros- Faithful love till forever...



  • merah- Lambang cinta abadi, passion and beauty. 
  • putih- For truth! Ia sebagai tanda untuk memberitahu si gadis yang kamu memang rindu sakan kat dia
  • kuning- True friendship, a way untuk mengatakan....welcome back, I care
  • pink- For fun, kebahagiaan, admiration, kelembutan...ataupun dalam ayatnya, 'you are beautiful' dan 'tolonglah percayakan saya'
  • oren- Warna yang memang bertenaga ini untuk menyatakan 'good luck' dan emosi positif 
  • peach- Appreciation....the perfect rose untuk menyatakan rasa penghargaan pada si dia yang selama ini banyak berkorban dan menyayangi dirimu.

Wednesday, 30 May 2012

RAHSIA BILIK TIDUR

Cuba perhatikan dekorasi bilik tidurmu!...Mari bongkarkan rahsia keperibadian anda melaluinya. Anda juga dapat mengenal karakter peribadi rakan-rakan anda. Berikut terdapat 5 kategori bilik tidur yang boleh membongkar rahsia keperibadian individu...Let check it out!!


RINGKAS DAN SIMPLE

Jelas dekorasi biliknya kelihatan ringkas. Sebenarnya. individu yang memiliki bilik sebegini  boleh dikategorikan sebagai orang yang agak lurus. Boleh dikatakan individu ini juga jarang berada dirumah kerana gemar bersosial bersama orang-orang tertentu. Lihat sahaja biliknya yang kemas dan rapi itu, ia kelihatan seperti jarang berpenghuni. Secara fizikalnya pula, individu dari kategori ini gemar menjaga penampilan dan sentiasa ingin kelihatan bergaya walau di mana saja dia berada. Eii....tak rimas ke? Jangan terkejut sekiranya dia mengakui bahawa hobinya gemar tidur! Sememangnya itulah aktiviti yang akan dilakukan sekiranya berdiam diri di dalam bilik.  Baginya, rehat dalam keadaan amat tenang adalah amat diperlukan lebih-lebih lagi setelah seharian penat diluar! Kerana terlalu mementingkan penampilan, tidak hairanlah ada antara individu dari kategori ini yang memilih kerjaya sebagai pelatih gimnasium sebagai kerjayanya.



DIPENUHI BARANG SENTIMENTAL VALUE

Setiap apa yang dimilikinya disifatkan memiliki nilai kenangannya yang tersendiri. Individu ini gemar menyimpan kenangan dan akan menjaganya sebaik mungkin agar tidak hilang. Contohnya koleksi komik yang dikumpulkan sejak dari kecil. Ha, bahan sebegini pun boleh menjadi sebahagian daripada koleksi berharga di dalam bilik tidurnya itu! Individu dari kategori ini dilihat gemar memerap di dalam bilik! Ketika menyendiri itulah individu ini akan melakukan sesuatu khususnya kerja-kerja yang membabitkan hasil kerja tangan yang berseni. Pendek kata, individu ini memang kreatif. Bilik tidurnya juga gemar menjadi persinggahan teman-teman, tidak hairanlah sekiranya indivisu ini begitu mementingkan keindahan dan keselesaan bilik tidurnya itu. Oh ya! karier yang paling sesuai untuk individu sebegini terdiri dari bidang reka bentuk grafik, atau pereka fesyen.


MEWAH DAN PENUH PESONA

Aduh! Melangkah masuk ke bilik tidurnya, mampu membuatkan kamu terpegun. Semuanya serba mewah, kemas dan ada stail. Dari segi penampilan, dia memang bergaya habis dan nampak klass. Malah unsur-unsur etnik juga turut diselitkan dalam penampilannya. Tapi sayangnya seolah-olah seperti kurang berkeyakinan dan penakut. Hobinya pula suka berkhayal. Walau bagaimanapun, individu dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang gemar bersahabat dan mempunyai ramai kawan. Apabila menyenyuh soal kerjaya pula, bidang perekaan adalah paling sesuai untuk individu ini.



 SWEET ROMANTIS DAN SIMPLE

Dia bijak bermain dengan warna. Tapi sudah tentu warna yang mampu mencetuskan elemen romantis jadi pilihan. Dekorasi bilik itu juga kelihatan agak keanak-anakan atau 'sweet childish'. Hakikatnya, individu dari kategori ini boleh dikategorikan sebagai individu yang rapi serta teratur. Sikapnya yang romantis sering membuat orang yang terhampir dengannya mudah jatuh cinta! Meskipun begitu, individu ini boleh dikategorikan kekasih yang setia. Meyentuh soal perasaan pula, hati-hati ya! si pemilik bilik sebegini boleh dikatakan agak sensitif dan mudah tersentuh. Bidang perbankan pula adalah kerjaya yang paling sesuai bagi individu dari kategori ini, malah mereka juga amat sesuai sekiranya menceburkan diri dalam bidang perniagaan.




BERCITA RASA TINGGI

Terpegun bila melihat dekorasi bilik tidurnya itu, Ada 'taste' tersendiri. Walau bagaimanapun, sebenarnya si pemilik bilik sebegini lebih selesa bersederhana dalam segala hal. Namun disebabkan keperibadiaanya yang terlalu mementingkan personaliti dan penampilan, maka ramai yang beranggapan bahawa individu ini berasal dari golongan berada. Sikapnya yang terlalu mementingkan keselesaan ada kalanya merimaskan orang di sekelilingnya. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa individu dari kategori ini gak cerewet. Itulah Hakikatnya! Keselesaan adalah perkara yan terpenting dalam kehidupan sehariannya. Selain itu, dalam sola memilih teman hidup pula, individu dari kategori ini lebih gemar mencari individu yang boleh berkongsi minat dengannya!


Wednesday, 23 May 2012

RAHSIA WARNA WAKTU SOLAT




Alam Semesta ini penuh dengan misterinya...kenapa cuaca waktu senja berbeza dengan waktunya? Malahan warna yang terpancar melalui dada langit juga berbeza apabila masuk waktu solat lima waktu. Kenapa ini semua terjadi?? Itu ada petanda kebesaran kuasa Allah SWT.

Warna Biru Muda
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolosme tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa)-dalam erti kata yang lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap olah tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna Hijau
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (israq dan dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan penghadamana. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Warna Oren
Kemudian warna akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar dimana kemudian warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu....). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu ini amat diperlukan oleh organ organ reproduktif kita.

Warna Merah
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan diwaktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada diluar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini antara bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seeloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dahulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Warna Indigo
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya mamasuki warna kegelapan . Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kalenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.... Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taici, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah SWT tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini, seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih kerana DIA tahu hambaNya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

Wednesday, 9 May 2012

TANYA SAMA POKOK


Tanya sama pokok, apa sebab goyang nanti jawab pokok , tanyalah awan. Pokok ada kaitan yang unik dengan individu. Tahukah anda bahawa personaliti juga boleh dibongkar menerusinya. Jom kita mencari pokok hari jadi kamu!


23 DISEMBER - 1 JANUARI : POKOK APPLE
2 JANUARI - 11 JANUARI : POKOK FIR
12 JANUARI - 24 JANUARI : POKOK ELM
25 JANUARI - 3 FEBRUARI : POKOK CYPRESS

4 FEBRUARI - 8 FEBRUARI : POKOK POPLAR
9 FEBRUARI - 18 FEBRUARI : POKOK CEDAR
19 FEBRUARI - 29 FEBRUARI : POKOK PINE

1 MAC -  10 MAC : POKOK WEEDING WILLOW
11 MAC -  20 MAC : POKOK LIME
21 MAC : POKOK OAK
22 MAC - 31 MAC : POKOK HAZELNUT

1 APRIL - 10 APRIL : POKOK ROWAN
11 APRIL - 20 APRIL : POKOK MAPLE
21 APRIL - 30 APRIL : POKOKWALNUT

1 MEI - 14 MEI : POKOK POPLAR
15 MEI - 24 MEI : POKOK CHESTNUT
25 MEI - 3 JUN : POKOK ASH

4 JUN - 13 JUN : POKOK HORNBEAM
14 JUN - 23 JUN : POKOK FIG
24 JUN : POKOK BIRCH 
25 JUN - 4 JULAI : POKOK APPLE

5 JULAI - 14 JULAI : POKOK FIR
15 JULAI - 25 JULAI : POKOK ELM
26 JULAI - 4 OGOS : POKOK CYPRESS

5 OGOS - 13 OGOS : POKOK POPLAR  
14 OGOS - 23 OGOS : POKOKCEDAR
24 OGOS - 2 SEPTEMBER : POKOK PINE

3 SEPTEMBER - 12 SEPTEMBER : POKOK WEEDING WILLOW
13 SEPTEMBER - 22 SEPTEMBER : POKOK LIME
23SEPTEMBER - 3 OKTOBER  : POKOK HAZELNUT


4 OKTOBER - 13 OKTOBER : POKOK ROWAN
14 OKTOBER - 23 OKTOBER : POKOK MAPLE
24 OKTOBER - 11 NOVEMBER : POKOK WALNUT

12 NOVEMBER - 21 NOVEMBER : POKOK CHESTNUT
22 NOVEMBER - 11 DISEMBER : POKOK ASH

2 DISEMBER -11 DISEMBER : POKOK HORNBEAM
12 DISEMBER -21 DISEMBER : POKOKFIG
23 DISEMBER : POKOK BEECH


POKOK APPLE- KAMU SANG PENCINTA

Bagi kamu yang bernaung di bawah pokok ini, kamu seorang yang pendiam dan pemalu. Diri kamu penuh dengan pesona, pandai bergaya dan mepunyai daya penarik yang tersendiri. Sikap kamu menyenangkan orang disekeliling kamu tetapi awas, kamu seorang yang mudah memberi cinta. Kamu selalu mencintai, ingin mencintai dan akan murung jika tiada cinta. Kamu juga suka kepada kanak-kanak. Harapan kamu adalah untuk mendapat pasangan yang setia, pemurah dan juga gemarkan kanak-kanak.

POKOK ASH- KAMU SEORANG YANG BECITA-CITA TINGGI

Wah, kamu seorang yang mempunyai cita rasa tinggi. Kamu menawan, periang, seorang memilih kawan dan bijak. Kamu juga ada dikurniakan bakat oleh Maha Pencipta. Kamu tidak gentar bermain dengan risiko tetapi ego kamu setinggi langit. Kamu bersifat agak realistik kerana wang adalah segala-galanya bagi kamu. Disamping mahukan pasangan yang bijak, kamu juga dambakan perhatian yang penuh daripada pasangan. Tambahan pula, kamu memang berjiwa romantik!


POKOK BEECH- KAMU Si KREATIF

Cita rasa kamu adalah yang terbaik! Kamu pandai bermain dengan warna, tahu suai padankan sesuatu serta gemarkan seni dan abstrak. Kamu mempunyai karier yang bagus kerana minda kamu sentiasa terbuka untuk menerima kritikan. Kamu tidak ambil serius terhadap kritikan yang diberikan kerana kamu berjiwa bebas. Sifat panas baran itu juga perlu dikurangkan sedikit. Kamu tidak suka dikongkong, boleh menjadi seorang ketua yang baik dan seorang yang menitikberatkan isu kesihatan. Pasangan yang sesuai buat kamu? Tentulah sealiran dengan kamu. Baru sidia dapat memahami karenah kamu bagaimana.

 POKOK BINCH- KAMU PEMBERI INSPIRASI
 
Kamu seorang yang penuh berwawasan. Cita-cita kamu juga tinggi sehingga ia mendorong orang disekeliling kamu turut memberikan sokongan. Kamu seorang yang peramah dan gemar berkawan. Fikiran kamu penuh dengan imaginasi dan kamu seorang yang kuat berangan. Sikap kamu tidak dapat dijangka kerana hati keras kamu itu. Kamu juga seorang yang aktif dan bekerja keras. Kamu gemarkan pasanagan yang berjiwa lembut dan juga peramah. Memang sesuai jika dipadankan bersama. Tentu ada sahaja cerita antara kamu berdua. Letih bercerita kerana kedua-duanya banyak mulut. Jangan bosan sudah!

POKOK CEDAN- KAMU YANG BERKEYAKINAN 

Kamu seorang yang berkarisma. Punya kekuatan dalaman dan luaran mebuatkan kamu tidak gentar menghadapi cabaran. Kamu tidak pemalu dan sentiasa memikirkan masa depan. Kata-kata kamu yang berkeyakinan membuatkan orang lain iri hati dengan kamu. Jangan sampai ada yang terluka mendengar kata-katamu. Selain seorang pendengar yang baik, kamu juga terkenal dengan sikap ringan tulang. Hmm, kamu nampaknya ingikan cinta sejati yang benar-benar boleh menerima kamu seadanya. Teruskan mencari ya.

POKOK CHESTNUT- KAMU SI JUJUR
 
Wah, kamu memang tidak pandai menipu. Apa sahaja yang dilontarkan adalah yang bersifat telus. Kamu juga seorang yang berterus-terang dan tidak suka memendam rasa. Kamu juga seorang pekerja yang rajin. Namun, sikap kedekut kamu perlu dikurangkan sedikit. Sememangnya sikap berjimat cermat itu perlu tetapi janganlah sampai terlalu lokek mengeluarkan wang. kamu gemar tersenyum. Kamu mahukan pasangan yang mementingkan sikap kekeluargaan. Kamu memang boleh jadi ibu bapa yang penyayang. 

POKOK CYPRESS- KAMU YANG BOLEH DIPERCAYAI

Kamu sangat optimistik! Apa yang diinginkan, sedaya upaya akan dicapai. Kamu juga tabah dan tidak mudah patah semangat. Kamu seorang penyimpan rahsia yang baik. itulah punca kamu boleh dipercayai dan disenagi oleh orang ramai. KAmu bijak membahagikan masa serta mudah berasa simpati. Kamu tidak suka untuk bersendirian, kadang kala bersikap panas baran dan tidak penyabar. Pasanga kamu perlulah seorang yang banyak cakap supaya kamu tidak sunyi.


POKOK ELM- KAMUSI BERJIWA SUCI

 Hey, kamu yang bernaung di bawah pokok ini adalah seorang yang lembut hatinya. Hati kamu adalah mudah rapuh apabila dikecewakan atau apabila menerima berita sedih. Namun, sikap periang itu penyelamat kamu. Kamu seronok mengenali pelbagai ragam manusiadan membuat keputusan berdasarkan kata hati. KAmu tidak suka mendengar nasihat orang laindan agak degil. Pasangan kamu? Tentulah seorang yang bijak bergaya, lemah lembut dan penuh sikap sense of humour.


POKOK FIG- KAMU YANG BOLEH DIHARAP

Kamu mempunyai daya ingatan yang kuat di samping pemikiran yang tajam. Kamu tidak suka kepada pertelagahan yang membawa kepada pergaduhan. Sememangnya kamu pencinta kedamaian. Kamu seorang yang setia dan pandai mengambil hati. Namun, kamu seorang yang kuat cemburu dan tidak gemar bersosial. Kamu bijak, pencinta haiwan dan jujur. Pasangan kamu perlulah seorang yang tidak banyak ragam dan tidak kuat merajuk.


POKOK FIN- KAMU YANG MISTERI

 Kamu yang bernaung di bawah pokok ini adalah seorang yang mepunyai cita rasa yang hebat! Kamu suka kepada apa sahaja yang cantik dan menawan. Kamu tidak pandai mengawal kemarahan dan tidak mahir menghilangkan stress. Kamu degil serta tidak mahu menerima pendapat orang lain. Namun, kamu boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja. Kamu harus dikurniakan pasangan yang boleh diharap, mempunyai tahap sekual yang tinggi serta berbakat.


POKOK HAZELNUT- KAMU YANGLUAR BIASA

Kamu memang luar biasa dalam cita rasa. Kamu sangat memahami. Kamu peramah dan bijak melontarkan idea. Kamu seorang pejuang oleh itu jangan sesiapa cari pasal dengan kamu. Kamu mempunyai daya penarik seksual yang tinggi dan seorang yang popular dalam kalangan teman-temanmu. Kamu tidak suka menilai seseorang daripada luaran dan boros. Pasangan kamu, mestilah yang segak bergaya dan tidak kuat cemburu.


POKOK HONNBEAM- KAMU YANG BERCITARASA TINGGI

Kamu mempunyai kecantikan luaran dan dalaman. Tidak hiraulah mengapa lelaki ramai memuja kamu. Jika kamu seorang lelaki kamu dalam kategori yang kacak. Pada kamu, setiap cita rasa perlu dipilih kerana kecantikan itu harus dipuja. Kamu suka pada keselesaan dan suka pada muzik. Kamu tidak pandai membuat keputusan sendiri dan tidak boleh berdikari. Kamu mengindamkan pasangan yan baik hati, tidak beremosi dan serta berduit. ops!


POKOK LIME- KAMUSI RAGU-RAGU

Kamu bijak, rajin dan sentiasa bersyukur dengan kehidupan. Kamu tidak mudah mempercayai orang lain dan sentiasa berhati-hati apbila berhadapan dengan orang lain. Kamu sukakan kehidupan yang sederhana dan gemarkan suasana kepulauan. Kamu sanggup berkorban apa sahaja untuk orang yang tersayang. Kamu seorang yang setia dan tidak kuat cemburu. Oleh itu, pasangan kamu haruslah seorang yang peramah, sukakan kanak-kanak serta pemalu.

POKOK MAPLE- KAMU SANG BEBAS BERFIKIR 

Kamu seorang yang mementingkan keaslian. Kamu tidak suka berpura-pura dan tidak suka hipokrit. Kamu bercita-cita tinggi dan suka membangga diri. Kamu mempunyai tahap keyakinan yang tinggi sehingga ada orang yang tergugat dengan kemampuan kamu. Kamu mudah menerima  pendapat orang lain dan sentiasa ingin belajar perkara baru. Namun, sikap mamilih kawan itu perlu dikurangkan sedikit. Pasangan kamu? Haruslah yang bijak mengambil hati dan manja.

POKOK OAK- KAMU SI GAGAH BERANI

Hah, ternyata kamu tidak gentar dengan cabaran. Kamu seorang pencinta alam semulajadi. Kamu tidak suka orang yang  mengutuk dan tikam belakang.Sikap natural kamu itu memudahkan orang disekeliling kamu. Kamu jenis yang tidak kisah dan sentiasa mendahului orang lain dalam pelbagai perkara. Namun, sikap pemalas kamu itu perlu segera dijauhi. Orang yang peramah, penyanyang dan sopan santun sesuai menjadi pasangan kamu.

POKOK OLIVE- KAMU SI PEMBERI HARAPAN

Kamu sukakan suasana damai dan tenang. Kamu tiadak sukakan keganasan dan tidak sentiasa mahu berkawan dengan sesiapa sahaja. Kamu seorang yang bertanggungjawab dan bertolenrasi. Kamu pendengar yang baik, gemar memberikan nasihat, pencinta keadilan dan pemurah. Kamu sangat sensitif dan sering berkecil hati dengan orang disekeliling mu. Kamu suka membaca, jujur dalam perhubungan dan mengharapkan pasangan juga begitu.

POKOK PINE - KAMU PENCINTA KEDAMAIAN

Kamu hidup dalam keadaan yang harmoni. Kamu suka berunding dan pandai mempengaruhi orang lain. Kamu gemar berkreativiti dan berseni. Kamu tidak suka kepada penipu dan tidak mahu berkawan denga sesiapa sahaja yang telah menipu kamu. Oleh itu, kamu harus pandai memilih kawan dan janan peramah sangat. Pasangan juga haruslah seorang yang bercita-cita tinggi, gemarkan kesenian seperti kamu dan bertanggungjawab.

POKOK POPLAN - KAMU YANG TIDAK KERUAN

Kamu seorang yang kelam-kabut. Ada sahaja yang kamu risaukan. Oleh itu, jangan selalu amalkan buat kerja disaat-saat akhir. Kamu mempunyai personaliti yang menyenangkan. Kamu tidak suka menyusahkan orang lain dan mudah berasa kasihan. KAmu seorang yang boleh diharap. Kamu seseorang yang memilih pasangan. Sampai bila akan mendapat pasanagn yang diidamkan jika terlalu memilih.

POKOK ROWAN - KAMU SI SENSITIF

Kamu seorang yang berfikiran logik akal. Kamu suka berpandukan fakta dan tidak akan berkata-kata sebarangan tanpa bukti. Kamu gemar mencari perhatian dan seorang yang periang. Kamu seorang yang bekerja keras namun, hati kamu selalu terusik apabila orang di sekeliling mu melawak kasar. Kamu beremosi, bersungguh-sungguh dan suka kepada nombor. Pasangan kamu? Semestinya seorang yang peramah, cantik luar dan dalam serta tahan lasak.

POKOK WALNUT - KAMU SI PENYABAR

Hidup kamu penuh berwarna-warni. Kamu berfikiran jauh, mempunyai reaksi yang tidak boleh dijangka dan bercita-cita tinggi. Kamu tahan dengan karenah orang lain dan tidak suka dipermainkan. Kamu mempunyai tahap kesabaran yang harus dipuji. Namun, sekali, awas bagi sesiapa yang telah menyakiti kamu, kamu bukan seorang yang pemaaf. Pasangan kamu perlulah seorang yang memahami, ringkas bergaya dan bijak.

POKOK WEEPING WILLOW - KAMU SI PENARIK PERHATIAN

Kamu seorang yang suka berkeluarga. Pada kamu, keluarga merupakan aset utama dalam hidup. Hidup kamu penuh dengan harapan dan suka memberi pendapat. Kamu tidak mudah terpengaruh. Penampilan kamu menawan dan sering mendapat perhatian. Kamu tidak bijak mengawal kewangan dan sering mengabaikan soal kesihatan. Kamu sering kecewa dalam bercinta kan? Oleh itu, pasangan yang baik hati, memahami, setia dan cantik sesuai untuk kamu.

sumber: majalah remaja


Wednesday, 18 April 2012

SAHABAT

Hai.... dah lama rasanya aku tak hangout dengan kengkawan aku, jadi sempena rindu kat sahabat baik aku yang dah lama tak jumpa so, nak share lah tentang SAHABAT dan aktiviti yang korang boleh berkongsi bersama-sama macam bersama pasangan kekasih anda juga la. check it out.....



1. Apabila kamu dalam kesusahan sahabatmu sentiasa setia disisi mendengar luahan kamu tanpa sedikit pun menunjukkan rasa bosan.

2. Bercuti besama-sama disebuah pulau tanpa terikat dengan sebarang aktiviti.

3. Satu kebiasaan kamu mendapat hadiah harijadi dari sahabatmu setiap kali harijadi kamu. Namun satu yang luar biasa dan paling indah apabila sahabatmu tiba-tiba sahaja memberikan kamu hadiah tanpa sebarang sebab.

4. Sememangnya indah apabila sahabatmu mengucapkan perkataan terima kasih kerana kamu sudi jadi sahabatnya yang paling baik.

5. Ketika kamu dan sahabatmu berkongsi rahsia yang tidak mungkin diceritakan pada orang lain.

6. Pastinya saat paling manis apabila kamu dan sahabatmu mampu menghalangi dengan baik masalah atau dugaan yang datang bertimpa-timpa.

7. Saat kamu dan sahabatmu sama-sama meraih kejayaan yang sekian lama diharap-harapkan.

8. Besantai bersama-sama menonton dvd sambil masing-masing memberikan komen tentang cerita dan watak dalam dvd yang ditonton.

9. Paling menyeronokkan apabila kamu dan sahabatmu mencuba resepi baru dan hasilnya sememangnya boleh dipuji.

10. Kamu dan sahabatmu berjaya menyelesaikan perselisihan yang berlaku dan perselisihan tersebut menjadikan persahabatan kamu berdua semakin akrab dan lebih menganali antara satu sama lain.

11. Berbasikal bersama-sama mengelilingi kawasan taman sambil menghirup udara segar

12. Berchatting sehingga ke pagi

13. Bergosip bersama tentang dunia selebriti.

14. Makan burger besama-sama ditepi jalan sambil melihat gelagat orang disekeliling.

15. Mengenang semula zaman kanak-kanak masing-masing yang kebanyakkan punya persamaan walaupun dibesarkan di tempat yang berbeza.

16. Kedua-duanya menemui cinta sejati dan saling berkongsi kisah cinta masing-masing.

17. menonton wayang bersama-sama sambil mengunyah pop corn.

18. meraikan harijadi bersama-sama dalam suasana yang santai dan tetamu yang datang hanya kamu berdua sahaja.

19. Mengambil gambar di studio bersama-sama sebagai kenang-kenangan.

20. Bershopping bersama-sama dengan bajet yang telah pun ditetapkan.

21. Makan mee segera dirumah bersama-sama sambil melayan facebook.

22. Saat pergi membeli hadiah untuk orang yang tersayang.

23. Berbual-bual sebelum tidur sambil membayangkan apa yang akan berlaku 10 tahun yang akan datang.

24. Berkaraoke hanya kamu dan dia dari pagi hingga ke petang.

25. Paling terharu apabila sahabatmu membetulkan kesilapan kamu kerana kamu tahu dia lakukannya kerana sentiasa mahukan yang terbaik untukmu.

26. Mengemas bilik bersama-sama sambil berusaha untuk mengubah bilik menjadi kamar ala 5 bintang.

27. Berkongsi kegembiraan dan kejayaan bersama-sama serta menariknya dengan penuh kesyukuran.

28. Berkongsi membeli bahan bacaan dan membacanya bersama-sama.

29. Melakukan aktiviti yang pernah dilakukan semasa kecil misalnya bermain congkak ataupun kad 'happy family'

30. Mengunting rambut dan memakai baju dengan gaya yang sama ala-ala kembar seiras.

KRITERIA LELAKI




 1. Maskulin

Ramai gadis memuji andai lelaki itu mempunyai sifat maskulin. Dalam erti kata lain, sikap lelakinya itu cukup terserlah. Lelaki maskulin dikatakan mampu menjadi pelindung kepada perempuan.

2. Sensual

Ada juga yang menyatakan gadis boleh 'cair' apabila berada dalam dakapan seorang lelaki. Masakan tidak, secara lahiriahnya gadis mendambakan lelaki yang boleh menjadi tempat bermanja dan berkongsi perasaan.

3. Humor

Lelaki yang suka berjenaka yang dikategorikan sebagai lelaki seksi! malah pelakon Hollywood, Cameron Diaz pernah menyuarakan hasratnya untuk berkahwin dengan lelaki yang punya karakter yang selamba dan humor.

4. Ambil berat

Si gadis tentunya tidak boleh berenggang dengan lelaki yang cukup mengambil berat perihal dirinya, biarpun hanya untuk perkara  yang kecil. Dan tentunya lelaki, seperti ini mendapat perhatian yang bukan sebarangan.

5. Handsome

Lelaki handsome sudah tentu menjadi perhatian sesiapa saja walaupun dimana-mana. Namun perlu diingat, setiap gadis punya pandangan yang berbeaza-beza bila bercakap bab kekacakan seseorang lelaki.

6. Murah senyuman

Mesra! Itulah kata kunci yang menggambarkan lelaki seperti ini yang mendapat tumpuan dimanan saja sama ada di sekolah atau di kolej ataupun di tempat kerja. Mereka yang sebegini boleh  serasi bergaul dengan sesiapa sahaja.

7. Pendiam

Jangan tidak tahu, lelaki yang bersikap pendiam juga ada si pemerhati! Masakkan tidak, lelaki seperti ini dikatakan mampu mencairkan hati gadis dengan sikap egoisnya itu. Aduh....

8. Aktif

Lelaki yang aktif sama ada dalam bidang kurikulum/ ko-kurikulum juga senang mendapat perhatian gadis. Buktinya, atlet lelaki di sekolah / kolej/ ditempat kerja selalu menjadi 'bahan gosip' si gadis!

9. Berkarisma

Tidak hanya rupa parasnya sahaja, karisma yang dimiliki seseorang lelaki juga dikatakan sebab mengapa seseorang lelaki itu mendapat perhatian dari para gadis. Mereka dikatakan boleh mengemudi hubungan cinta dengan baik.

10. Tinggi

Rata-rata gadis mengakui cukup tertarik dengan lelaki yang tinggi. Kononnya rasa selamat bila berjalan seiringan . Namun itu bukan kayu pengukurnya!..