Wednesday, 23 May 2012

RAHSIA WARNA WAKTU SOLAT




Alam Semesta ini penuh dengan misterinya...kenapa cuaca waktu senja berbeza dengan waktunya? Malahan warna yang terpancar melalui dada langit juga berbeza apabila masuk waktu solat lima waktu. Kenapa ini semua terjadi?? Itu ada petanda kebesaran kuasa Allah SWT.

Warna Biru Muda
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolosme tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa)-dalam erti kata yang lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap olah tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna Hijau
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (israq dan dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan penghadamana. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Warna Oren
Kemudian warna akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar dimana kemudian warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu....). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu ini amat diperlukan oleh organ organ reproduktif kita.

Warna Merah
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan diwaktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada diluar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini antara bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seeloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dahulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Warna Indigo
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya mamasuki warna kegelapan . Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kalenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.... Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taici, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah SWT tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini, seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih kerana DIA tahu hambaNya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

No comments:

Post a Comment