Wednesday, 30 May 2012

RAHSIA BILIK TIDUR

Cuba perhatikan dekorasi bilik tidurmu!...Mari bongkarkan rahsia keperibadian anda melaluinya. Anda juga dapat mengenal karakter peribadi rakan-rakan anda. Berikut terdapat 5 kategori bilik tidur yang boleh membongkar rahsia keperibadian individu...Let check it out!!


RINGKAS DAN SIMPLE

Jelas dekorasi biliknya kelihatan ringkas. Sebenarnya. individu yang memiliki bilik sebegini  boleh dikategorikan sebagai orang yang agak lurus. Boleh dikatakan individu ini juga jarang berada dirumah kerana gemar bersosial bersama orang-orang tertentu. Lihat sahaja biliknya yang kemas dan rapi itu, ia kelihatan seperti jarang berpenghuni. Secara fizikalnya pula, individu dari kategori ini gemar menjaga penampilan dan sentiasa ingin kelihatan bergaya walau di mana saja dia berada. Eii....tak rimas ke? Jangan terkejut sekiranya dia mengakui bahawa hobinya gemar tidur! Sememangnya itulah aktiviti yang akan dilakukan sekiranya berdiam diri di dalam bilik.  Baginya, rehat dalam keadaan amat tenang adalah amat diperlukan lebih-lebih lagi setelah seharian penat diluar! Kerana terlalu mementingkan penampilan, tidak hairanlah ada antara individu dari kategori ini yang memilih kerjaya sebagai pelatih gimnasium sebagai kerjayanya.



DIPENUHI BARANG SENTIMENTAL VALUE

Setiap apa yang dimilikinya disifatkan memiliki nilai kenangannya yang tersendiri. Individu ini gemar menyimpan kenangan dan akan menjaganya sebaik mungkin agar tidak hilang. Contohnya koleksi komik yang dikumpulkan sejak dari kecil. Ha, bahan sebegini pun boleh menjadi sebahagian daripada koleksi berharga di dalam bilik tidurnya itu! Individu dari kategori ini dilihat gemar memerap di dalam bilik! Ketika menyendiri itulah individu ini akan melakukan sesuatu khususnya kerja-kerja yang membabitkan hasil kerja tangan yang berseni. Pendek kata, individu ini memang kreatif. Bilik tidurnya juga gemar menjadi persinggahan teman-teman, tidak hairanlah sekiranya indivisu ini begitu mementingkan keindahan dan keselesaan bilik tidurnya itu. Oh ya! karier yang paling sesuai untuk individu sebegini terdiri dari bidang reka bentuk grafik, atau pereka fesyen.


MEWAH DAN PENUH PESONA

Aduh! Melangkah masuk ke bilik tidurnya, mampu membuatkan kamu terpegun. Semuanya serba mewah, kemas dan ada stail. Dari segi penampilan, dia memang bergaya habis dan nampak klass. Malah unsur-unsur etnik juga turut diselitkan dalam penampilannya. Tapi sayangnya seolah-olah seperti kurang berkeyakinan dan penakut. Hobinya pula suka berkhayal. Walau bagaimanapun, individu dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang gemar bersahabat dan mempunyai ramai kawan. Apabila menyenyuh soal kerjaya pula, bidang perekaan adalah paling sesuai untuk individu ini.



 SWEET ROMANTIS DAN SIMPLE

Dia bijak bermain dengan warna. Tapi sudah tentu warna yang mampu mencetuskan elemen romantis jadi pilihan. Dekorasi bilik itu juga kelihatan agak keanak-anakan atau 'sweet childish'. Hakikatnya, individu dari kategori ini boleh dikategorikan sebagai individu yang rapi serta teratur. Sikapnya yang romantis sering membuat orang yang terhampir dengannya mudah jatuh cinta! Meskipun begitu, individu ini boleh dikategorikan kekasih yang setia. Meyentuh soal perasaan pula, hati-hati ya! si pemilik bilik sebegini boleh dikatakan agak sensitif dan mudah tersentuh. Bidang perbankan pula adalah kerjaya yang paling sesuai bagi individu dari kategori ini, malah mereka juga amat sesuai sekiranya menceburkan diri dalam bidang perniagaan.




BERCITA RASA TINGGI

Terpegun bila melihat dekorasi bilik tidurnya itu, Ada 'taste' tersendiri. Walau bagaimanapun, sebenarnya si pemilik bilik sebegini lebih selesa bersederhana dalam segala hal. Namun disebabkan keperibadiaanya yang terlalu mementingkan personaliti dan penampilan, maka ramai yang beranggapan bahawa individu ini berasal dari golongan berada. Sikapnya yang terlalu mementingkan keselesaan ada kalanya merimaskan orang di sekelilingnya. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa individu dari kategori ini gak cerewet. Itulah Hakikatnya! Keselesaan adalah perkara yan terpenting dalam kehidupan sehariannya. Selain itu, dalam sola memilih teman hidup pula, individu dari kategori ini lebih gemar mencari individu yang boleh berkongsi minat dengannya!


No comments:

Post a Comment