Wednesday, 18 April 2012

KRITERIA LELAKI




 1. Maskulin

Ramai gadis memuji andai lelaki itu mempunyai sifat maskulin. Dalam erti kata lain, sikap lelakinya itu cukup terserlah. Lelaki maskulin dikatakan mampu menjadi pelindung kepada perempuan.

2. Sensual

Ada juga yang menyatakan gadis boleh 'cair' apabila berada dalam dakapan seorang lelaki. Masakan tidak, secara lahiriahnya gadis mendambakan lelaki yang boleh menjadi tempat bermanja dan berkongsi perasaan.

3. Humor

Lelaki yang suka berjenaka yang dikategorikan sebagai lelaki seksi! malah pelakon Hollywood, Cameron Diaz pernah menyuarakan hasratnya untuk berkahwin dengan lelaki yang punya karakter yang selamba dan humor.

4. Ambil berat

Si gadis tentunya tidak boleh berenggang dengan lelaki yang cukup mengambil berat perihal dirinya, biarpun hanya untuk perkara  yang kecil. Dan tentunya lelaki, seperti ini mendapat perhatian yang bukan sebarangan.

5. Handsome

Lelaki handsome sudah tentu menjadi perhatian sesiapa saja walaupun dimana-mana. Namun perlu diingat, setiap gadis punya pandangan yang berbeaza-beza bila bercakap bab kekacakan seseorang lelaki.

6. Murah senyuman

Mesra! Itulah kata kunci yang menggambarkan lelaki seperti ini yang mendapat tumpuan dimanan saja sama ada di sekolah atau di kolej ataupun di tempat kerja. Mereka yang sebegini boleh  serasi bergaul dengan sesiapa sahaja.

7. Pendiam

Jangan tidak tahu, lelaki yang bersikap pendiam juga ada si pemerhati! Masakkan tidak, lelaki seperti ini dikatakan mampu mencairkan hati gadis dengan sikap egoisnya itu. Aduh....

8. Aktif

Lelaki yang aktif sama ada dalam bidang kurikulum/ ko-kurikulum juga senang mendapat perhatian gadis. Buktinya, atlet lelaki di sekolah / kolej/ ditempat kerja selalu menjadi 'bahan gosip' si gadis!

9. Berkarisma

Tidak hanya rupa parasnya sahaja, karisma yang dimiliki seseorang lelaki juga dikatakan sebab mengapa seseorang lelaki itu mendapat perhatian dari para gadis. Mereka dikatakan boleh mengemudi hubungan cinta dengan baik.

10. Tinggi

Rata-rata gadis mengakui cukup tertarik dengan lelaki yang tinggi. Kononnya rasa selamat bila berjalan seiringan . Namun itu bukan kayu pengukurnya!..

No comments:

Post a Comment