Wednesday, 18 April 2012

SAHABAT

Hai.... dah lama rasanya aku tak hangout dengan kengkawan aku, jadi sempena rindu kat sahabat baik aku yang dah lama tak jumpa so, nak share lah tentang SAHABAT dan aktiviti yang korang boleh berkongsi bersama-sama macam bersama pasangan kekasih anda juga la. check it out.....



1. Apabila kamu dalam kesusahan sahabatmu sentiasa setia disisi mendengar luahan kamu tanpa sedikit pun menunjukkan rasa bosan.

2. Bercuti besama-sama disebuah pulau tanpa terikat dengan sebarang aktiviti.

3. Satu kebiasaan kamu mendapat hadiah harijadi dari sahabatmu setiap kali harijadi kamu. Namun satu yang luar biasa dan paling indah apabila sahabatmu tiba-tiba sahaja memberikan kamu hadiah tanpa sebarang sebab.

4. Sememangnya indah apabila sahabatmu mengucapkan perkataan terima kasih kerana kamu sudi jadi sahabatnya yang paling baik.

5. Ketika kamu dan sahabatmu berkongsi rahsia yang tidak mungkin diceritakan pada orang lain.

6. Pastinya saat paling manis apabila kamu dan sahabatmu mampu menghalangi dengan baik masalah atau dugaan yang datang bertimpa-timpa.

7. Saat kamu dan sahabatmu sama-sama meraih kejayaan yang sekian lama diharap-harapkan.

8. Besantai bersama-sama menonton dvd sambil masing-masing memberikan komen tentang cerita dan watak dalam dvd yang ditonton.

9. Paling menyeronokkan apabila kamu dan sahabatmu mencuba resepi baru dan hasilnya sememangnya boleh dipuji.

10. Kamu dan sahabatmu berjaya menyelesaikan perselisihan yang berlaku dan perselisihan tersebut menjadikan persahabatan kamu berdua semakin akrab dan lebih menganali antara satu sama lain.

11. Berbasikal bersama-sama mengelilingi kawasan taman sambil menghirup udara segar

12. Berchatting sehingga ke pagi

13. Bergosip bersama tentang dunia selebriti.

14. Makan burger besama-sama ditepi jalan sambil melihat gelagat orang disekeliling.

15. Mengenang semula zaman kanak-kanak masing-masing yang kebanyakkan punya persamaan walaupun dibesarkan di tempat yang berbeza.

16. Kedua-duanya menemui cinta sejati dan saling berkongsi kisah cinta masing-masing.

17. menonton wayang bersama-sama sambil mengunyah pop corn.

18. meraikan harijadi bersama-sama dalam suasana yang santai dan tetamu yang datang hanya kamu berdua sahaja.

19. Mengambil gambar di studio bersama-sama sebagai kenang-kenangan.

20. Bershopping bersama-sama dengan bajet yang telah pun ditetapkan.

21. Makan mee segera dirumah bersama-sama sambil melayan facebook.

22. Saat pergi membeli hadiah untuk orang yang tersayang.

23. Berbual-bual sebelum tidur sambil membayangkan apa yang akan berlaku 10 tahun yang akan datang.

24. Berkaraoke hanya kamu dan dia dari pagi hingga ke petang.

25. Paling terharu apabila sahabatmu membetulkan kesilapan kamu kerana kamu tahu dia lakukannya kerana sentiasa mahukan yang terbaik untukmu.

26. Mengemas bilik bersama-sama sambil berusaha untuk mengubah bilik menjadi kamar ala 5 bintang.

27. Berkongsi kegembiraan dan kejayaan bersama-sama serta menariknya dengan penuh kesyukuran.

28. Berkongsi membeli bahan bacaan dan membacanya bersama-sama.

29. Melakukan aktiviti yang pernah dilakukan semasa kecil misalnya bermain congkak ataupun kad 'happy family'

30. Mengunting rambut dan memakai baju dengan gaya yang sama ala-ala kembar seiras.

No comments:

Post a Comment