Nak tahu tentang sedalam mana cintamu pada si dia tersayang anda boleh melihatnya melalui cara makannya...jom check it out!...
Makan Penuh sopan dan tenang
Kamu yang makan dengan penuh sopan dan tenang ini khabarnya seorang yang skema! Tidak percaya? Erm cuba kamu tanya kawan di sebelah tentang gaya makan kamu. Adakah tenang? atau Kalut? Setiap suapan dilakukan dengan hati-hati dan kemas. Umpama si ratu yang menjamu selera di majlis makan malam berprestij! Gaya kamu ini memberitahu dirimu tergolong dalam kategori perfectionist. Segalanya perlu sempurna dan tiada cacat dan cela. Kamu juga tegas dalam membuat sebarang keputusan. Soal cinta pula, jangan digusarkan. Ternyata kamu pasangan yang kuat dan mampu berdikari. Bukannya kamu tak mahu pertolongan dari si dia, cuma kamu selesa menyelesaikan masalah sendiri. Sebenarnya, jauh di sudut hatimu, kamu amat mementingkan hubungan cinta yang terbina. Mungkin luaran dirimu tampak 'dingin' namun cintamu hanya untuk dirinya! Percaya pada cinta.
Asyik 'belek' makan
Wah! Asyiknya kamu membelek makanan ya? Apa yang sedap tu ya? Sampai 'pakwe' di sebelah pun kamu tak pandang! hehehhe....Kadang-kadang, timbul juga rasa bimbang ya kalau sidia merajuk. Maklumlah kamu nampaknya lebih 'berminat' kepada makanan dan bukan dirinya! Sedangkan masa makan berdua itulah saat paling istimewa untuk kamu dan dia bercanda setelah sekian lama tidak bersua! Tabiat kamu yang gemar membelek dan menyusun lauk-pauk ditepi pinggan ini mengambarkan dirimu seorang yang prihatin dan teliti orangnya. Ketika bercinta pula, kamu lebih serius membincangkan masa depan hubungan. Kamu tidak mahu ia terhenti di pertengahan jalan dan kerana itulah kamu pastikan segala rancangan dan persiapan dilaksanakan sebaik mungkin. Kamu dambakan kisah cinta yang mekar dan indah sepanjang hayat....pastinya dengan si dia!
Serius ketika makan
Jika kamu seorang yang kelihatan serius ketika makan, kamu digambarkan sebagai indivisu yang tegas dan amat sayangkan pasangan. Ketika makan, kamu tidaklah terlalu lambat atau cepat menghabiskan makanan. Adakalanya kamu akan berbual dengan si dia tetapi tidaklah terlalu kerap. Bagimu, dirinya masih 'wujud' di depan mata walaupun tika itu kamu sedang enak menjamu selera! Cuma kamu tidak terlampau mengepretasikannya. Bercinta dengan kamu memang indah! Arjunamu pasti berfikir berkali-kali untuk melepaskan kamu pergi sungguhpun ada waktunya kamu terlalu degil menerima kesalahan diri. Apa yang pasti, padanya kamu gadis yang bukan sahaja manis, penyayang malah bertanggungjawab orangnya. Cuba ingat balik, pernah tak kamu menjaga isi buah hati yang sedang salah. Jika ya, wah sayangnya kamu pada si dia! Itu belum kahwin lagi. Kalau sudah berumahtangga, bagaimana agaknya ya? Selamat Berbahagia!
Makan Disulami perbualan
Selalunya orang makan bersulam airkan? Kamu ni pula sambil makan, mulut juga tak henti bercerita itu dan ini. Haiii masa bilalah agaknya kamu mengunyah dan menelan makanan itu ye? Nasib baiklah bukan selalu kamu bersikap begini. Masa bersama keluarga , teman dan si dia tersayang sahaja, mulutmu akan becok berbiacara sampaikan nasi di piring pun tidak luak sebenarnya, kamu seorang yang ceria, peramah dan gila-gila. Jarang sekali kamu marah, tarik muncung 14. Setakat merajuk tu perkara biasalah. Amaran, sesekali cuba menaikan amarah kamu, silap haribulan habislah semua orang 'diserang'. Dalam hubungan cinta pula, kamu gemar berterus terang jika yidak berkenan pendapat atau tingkah pasangan. Kamu amat menitikberatkan aspek tersebut kerana bagimu komunikasi yang jujur perlu bagi memastikan ikatan kasih kekal terjalin selamanya. Aduh Romantis sekali!
Makan + jam
Apa kaitannya makan dan jam? Peliknya! Setiap kali menikmati hidangan, pasti kamu menoleh jam. Tidak kisahlah di pergelangan tangan atau di dinding. Kamu seolah-olah 'mengejar' sesuatu walaupun sebenarnya masa masih panjang. Mungkinkah kamu sedang 'berjanji temu' dengan seseorang? Secret admire atau apa ya? Gelagat kamu itu pastinya menimbulkan syak wasangka kekasih hati. Boleh terbantut selera si dia melihat kamu yang tergesa-gesa. Macam nak date je! oppss jangan salah faham ye cik abang. Sebenarnya, tindakan kamu itu mencerminkan dirimu amat mementingkan masa. Tiada istilah lewat dalam kamus hidup kamu. Jadi tak hairanlah jika kamu sering hadir tepat pada masanya dan menepati janji yang terpatri. Selain itu, kamu juga seorang insan yang setia terhadap pasangan. Walaupun nampak pelik kerana makan sambil kerap melihat jam, positifnya rasa cintamu yang mendalam tidak terluah dengan perkataan! Wah eratnya setia yang kamu hulurkan.....
Makan dan membebel
Makan sambil membebel atau merungut? Erm kamu tahu atau tidak sebenarnya kamu seorang yang suka membebel ketika makan? Pelikkan? Tapi itulah kenyataannya. Bagi kamu ada sahaja yang tidak kena. Hidangan yang dijamah tidak enaklah, terlebih garam, kurang manis dan sebagainya. Kawan-kawan atau sidia menemani kamu menjamu selera pasti geram dan sakit hati. Disebalik karenah kamu yang terlalu peka, cerewet dan sedikit 'menjengkelkan' itu sebenarnya terselit nilai positif yang ada dalam dirimu. Sikap suka berterus terang dan jujur mencerminkan keperibadianmu. Apa sahaja yang tidak berkenan cepat-cepat kamu luahkan terhadap pasangan meskipun ada kalanya ia cukup merimaskan! Namu hakikatnya kamu tidak sebegitu, kamu terlalu sayangkan hubungan cinta dan sedaya upaya mempertahan keutuhannya. Sebab itulah, kamu sangat menjaga si buah hati supaya tidak jatuh ke tangan gadis lain. Kuatnya cemburu kamu sampaikan si dia tidak boleh jeling gadis di sebelah walaupun hanya mencuci mata. Aduh...takkan lari gunung di kejar....
No comments:
Post a Comment