Saturday, 30 June 2012

RAHSIA HOBI



Membaca

Mungkin ramai yang berpendapat individu yang memiliki hobi sebegini agak membosankan. Mereka bukanlah dari kategoti 'ulat buku' sebaliknya hobi membaca yang diterapkan banyak membantu mereka dalam mematangkan diri. Usulkan apa jua topik untuk dibualkan, pasti kamu akan memperoleh respons yang mengembirakan kerana individu dari kategori ini bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan. Walaupun, segelintir mereka kelihatan agak pendiam hakikatnya mereka boleh diibaratkan sebagai pemerhati...

Mengumpul

Individu yang gemar mengumpul koleksi peribadi seperti minyak wangi, novel, komik, beg dan sebagainya disifatkan sebagai seorang insan yang berjiwa seni. Sifat sabar yang ada dalam dirinya sering mendapat perhatian namun agak sukar untuk mendekati individu dari kategori ini, namun jika kamu benar-banar memahami jiwanya kamu boleh diibaratkan sebagai pasangan yang ideal kerana ini terbukti bahawa kalian sehati dan sejiwa!

Melancong

Sesuai dengan hobi ini, mereka dikatakan memiliki jiawa yang agak sentimental dan cintakan keindahan. Ada segelintir berpendapat individu dari kategori memiliki sikap yang agak kurang sabar dan 'moody'. Walau bagaimanapun, mereka disifatkan sebagai individu yang memiliki sifat kepimpinan yang tinggi dan memiliki tahap pengetahuan yang mengagumkan.

Memelihara Binatang

Penyayang dan sensitif adalah sifat yang dapat dilihat dengan jelas dalam diri individu dari kategori ini. Selain itu, mereka juga dikatakan memiliki sifat bertanggungjawab dalam diri dan sedia menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Dalam perhubungan pula, mereka dikatakan memiliki sifat cemburu dan ada kalanya gemar mengongkong pasangan! Jadi berhati-hati memilih pasangan!

Membeli-Belah/ Window Shopping

Periang da manja mungkin itulah gambaran terdekat tentang keperibadian individu dari kategori ini. Waktu yang terluang akan dipergunakan dengan sebaik mungkin sehingga ada yang bependapat individu dari kategori ini bagaikan 'tak reti nak duduk diam'. Selain itu, mereka juga disifatkan sebagai individu yang berfikiran jauh serta bijak mengatur perjalanan hidup. Oh ya! mereka juga alah dengan perkataan CINTA... Sebaliknya mereka lebih gemar hidup bersendirian disamping memiliki ramai teman.....

No comments:

Post a Comment