Sunday, 21 February 2016

The Finest Hour

Pada 20/2/2016 pukul 5.30 ptg tgok cite Finest Hour di Jusco Cheras. Cite Finest Hour merupakan cite sebenar yang pernah berlaku pada tahun 1951. Cite ni memang menarik dan ku pun tak tau pernah berlaku kejadian ni sebab ku pun tak lahir lagi. Best sangat cite ni. Lepas ni bole la cite kat orang sejarah yang impressive suatu ketika dulu lebih kurang mcm Titanic gak la. Tagline dia "Kalau hidup biar semua hidup, Kalau mati biar semua mati".

Masa turun dari kapal karam tu...Bot penyelamat ni bole muat 20- ke 22 org je..klu ikut prosedur hnya bole muat 12 org..tapi sekali bawa 32 org..wahhh
Ni la hero dia...Barnie Webber...
Cite ni mengisahkan bot yang dapat menyelamatkan 32 orang yang kapal mereka hampir nak karam. Bot ni merupakan bot penyelamat yang dihantar untuk menyelamatkan mangsa karam. Kapal yang karam tu juga berjaya untuk tidak karam untuk beberapa jam dengan menggerakkan enjin yang hampir tenggelam jauh dari gelombang laut yang kuat. Ada seorang laki yang berjaya kemudi kapal tu jauh dari ombak kuat tu. Semasa bot ni nk selamatkan kapal tersebut yang telah terbelah dua tu, kapten mereka iaitu Bernie Webber dan 3 org penyelamat terpaksa menempuhi gelombang laut yang sangat kuat.  Diorg sangka ramai yang da mati. Tapi tanpa diduga terdapat banyak mangsa yang masih hidup.

mangsa yang terselamat..banyak kan..diaorg still bertahan..masa ni mangsa dok turun nak p kat bot penyelamat..sorang mati sbb jatuh terkena kipas kapal.
Laki yang kemudi kapal karam tu..
Memang rasa terkejut sangat yang diaorang dapat lepas gelombang tu. Then diaorang berjaya jejak kapal karam tu dan balik dengan selamat walaupun kompas telah hilang oleh arus. Kisah ni juga ada seorang wanita yang bernama Miriam iaitu tunang Barnie. Miriam ni xsetuju Cluff pegawai menghantar Barnie untuk selamatkan kapal. Ya sepatutnya Cluff xhantar Barnie kerana ombak sangat kuat. Da la hantar bot kecik je. Tak patut betul. Kalau nk hantar pun guna la bot besar ckit. Tapi memang menjadi sejarah bila Barnie berjaya bawa balik mangsa kapal karam tu. Tak sia-sia Miriam tunggu Barnie balik tuk kawin. Usia kawin diaorg 58 tahun dan ada anak 3 org. Barnie meninggal dunia umur 81 tahun. Terbaik lah. 

Heroin dia Miriam... masa minta Cluffy pegawai atasan panggil Barnie balik...

No comments:

Post a Comment