Jom muhasabah diri di pagi ari... Kalau anda rasa macam malas je nak sembahyang..baca kisah ni..mesti anda tersedar...cepat2 g sebahyang..segera g bertaubat.
Suatu hari datang seorang perempuan menghadap Nabi Musa. Perempuan itu meminta Nabi Musa untuk mendoakan dirinya agar Allah mengampuni dosa dan menerima taubatnya.
Suatu hari datang seorang perempuan menghadap Nabi Musa. Perempuan itu meminta Nabi Musa untuk mendoakan dirinya agar Allah mengampuni dosa dan menerima taubatnya.
“Apakah yang kau lakukan hingga kau merasa
berdosa dan ingin bertaubat?” tanya Nabi Musa.
“Alu telah berbuat zina hingga melahirkan
seorang anak. Kerana aku tidak ingin diketahui oleh orang lain, yang kelak akan
membuat aku malu, anak yang tidak berdosa itu akhirnya aku bunuh,” kata
perempuan itu berterus terang.
Mendengar keterangan perempuan itu, Nabi
Musa menjadi marah. Wajahnya menjadi merah padam kerana menahan geram.
“Pergi kau pelacur hina!” teriak Nabi Musa.
“Jangan kau bakar aku dengan api nerakamu. Jangan ada api langit turun ke bumi
kerana perbuatan kotormu!”.
Begitu mendengar celaan Nabi Musa, lemaslah
tubuh perempuan itu. Harapannya untuk bertaubat dan menjadi orang baik-baik
menjadi sirna.
“Apakah orang yang telah melakukan
perbuatan jahat dan ingin bertaubat seperti aku ini tidak diampuni oleh Tuhan?”
rintih perempuan itu seraya meninggalkan Nabi Musa.
Setelah perempuan itu pergi, malaikat
Jibril turun menemui Nabi Musa untuk menyampaikan firman Allah.
“Wahai Musa, Allah telah menyampaikan teguran
kepadamu. Mengapa kau menolak perempuan yang telah berbuat dosa dan datang
kepadamu untuk bertaubat?”
“Perbuatan perempuan itu sangat nista dan
jahat. Tisak patut orang semacam dia untuk mendapatkan ampunan,” jawab Nabi
Musa.
“Tidakkah kau tahu, perbuatan yang lebih jahat daripada apa yang telah
diperbuat oleh perempuan itu, Allah masih mengampuninya?”.
“Perbuatan jahat yang bagaimana yang
melebihi kejahatan perempuan itu, wahai Jibril?” tanya Nabi Musa.
“Orang yang meninggalkan solat dengan
sengaja.”
Mendengar ucapan Jibril itu, menyesallah
Nabi Musa kerana telah menolak taubat perempuan itu. Padahal masih ada
perbuatan yang lebih jahat daripada apa yang telah diperbuat oleh perempuan
itu. Allah adalah maha pengampun, siapapun akan diampuniNya, asal mahu
bertaubat.
No comments:
Post a Comment