Tuesday, 16 February 2016

Belajar Master

Masa dulu-dulu nak masuk belajar master rasa takut sangat.. Sebab..

-Pertama aku ambik bidang yang berbeza masa degree..so aku zero pasal bidang aku ni. Jadinya disebabkan tu ku pilih coursework yang ada kelas banyak tu dan ku tak buat research. Kalau ku ambik research ku pun tak tau nak kaji apa. Dan sudah tentu aku pun tak kenal lecture2 kat UPM tuk jadi aku punya supervisor. kan susah tu. Jadi ku perlu ambik basic. Kelas ni agak tough sebab banyak kerja dan ada exam. Kalau orang lain benci exam dan lebih suka present paper. Ku pula lebih suka exam. Present paper ko tahu kan nak debat dengan warga pelajar yang super hebat dan byak pengalaman dari kalangan guru, pensyarah, editor berbanding aku yang fresh graduate yang bidang lain+ zero. Da la diaorang pangkat mak, kakak atau bole cakap bukan budak2 masa kita degree tu.

-Kedua aku buat keputusan belajar last minute. Saja2 mintak then dapat. Tapi sebenarnya aku dapat tawaran belajar di UUM juga tempat degree aku sambung bidang yang sama. Tapi disebabkan aku xminat aku tolak tawaran ni. 

-Ketiga, walau orang cakap niat sambung belajar sebab xdapat kerja, bukan pilihan yang betul.. tapi itu lah salah satu sebab aku sambung belajar.. alhamdulillah..daripada buang masa kerja cashier, promoter, menganggur segala..aku da dapat ilmu yang baru. lagipun xlama pun belajar master 2 tahun je.

-Keempat, Ku xda kawan langsung dekat UPM.. bayangkan hidup aku...haha. tapi lepas masuk kelas tu terus aku terpaksa beramah mesra..walhal aku ni sangat pemalu. 

-Kelima, Ku xda tempat tinggal..jadi aku terpaksa tinggal di rumah pakcik aku...sebab masa tu mintak asrama pun penuh. Ko tahu betapa kekoknya aku kat rumah orang. sebab aku xpandai nak buat kerja rumah segala dan yang pasti aku memang xreti nak sembang tambah2 dengan orang tua..Lagi budaya pakcik aku bukan macam org Melayu diaorg org Boyan..cuba2 akhirnya sem 2 aku dapat asrama. Nak tido sampai petang pun xpa. bahagianya...hahah

-Keenam, aku xda transport. Aku terpaksa belajar segala cara tuk naik KTM, LRT, bas, MONOREL.lagipun train aku xpernah naik..tempat aku kan xda..terpaksa aku mintak tlg abang aku yg belajar degree kat UPM..Dia ni sibuk ja memanjang..dan dia hanya bawa aku cuba semua pengangkutan ni sekali je. Then aku sorang2 la survive.

- Ketujuh, masalah kewangan..yang ni memang parah sebab kalau masa degree mungkin kita boleh la nk mtak byar ckit2 ke atau dapat pendahuluan ptptn ke. Tapi bila da daftar terus kena bayar yuran. dan kena buat medical checkup segala. Yuran dia pun mahal..Ku ambik tu coursework dan perlu bayar yuran asas dan yuran jam kredit subjek tu. Sem pertama terpaksa la mak aku bayarkan tuk aku. Tapi untuk sem 2 aku xda kewangan da. takkan nk mtak kat mak lagi. jadinya aku mintak Mybrain 15. Aku tahu pasal mybrain 15 pun melalui surat twaran UUM yg ku dapat. Kat ctu ada dinyatakan tuk dapatkan financial. dia bagi 2 cara PTPTN dan mybrain 15. Masa tu Mybrain 15 tu masih baru lagi. Then aku apply kedua-duanya. Tapi di UPM tak diberitahu mcm mana nak dapt finacial dalam surat tawran. nasib UUM ada. Mybrain ni tanggung yurang korang saja. PTPTN tu aku guna tuk duit sara diri aku kat UPM. Mak aku pun ada bagi gak duit poket bulan2. Tapi ku salah langkah di situ. Bagi yang da dapat Mybrain tu ku syorkan xyah la mintak PTPTN..sebab ni menambah hutang korang je. Korang buatla kerja partime ke. perlu berjimat ckit. Masa zaman ni ku kira mewah gak la sbb ada PTPTN. Tapi bagi ku lebih baik susah dulu senang kemudian. skrg ni terpaksa menambah hutang degree dan master...wuaa...da kos pentadbiran tinggi. sebulan je degree kos pentadbiran RM20+master RM 10= RM 30. Kalau korang mampu bayar paling sikit sebulan RM 50 pun jadinya macam bayar RM 20. Bila nak abis da...sampai ke kubur bawa nanti. wuuuaaaa  wuaaa...tapi da buat terpaksa la go on. sebab aku tak da penasihat waktu ni. tak tahu nak tanya sapa. 

- Kelapan,  ku tak tahu nak g KL. Masa ni juga mak aku yang hantar aku masuk UPM daftar. macam budak kecik ja kan. Sebab aku tak tahu macam mana nak g KL waktu tu. Tapi mak ku hantar dia terus balik. sebab ku pun xkenal pak cik aku dan nk p rmh dia mcm mna. so aku perlu mak aku hantar kan.

-Kesembilan, ku tak tahu jalan2 di KL, macam mna nak g perpustakaan negara, dewan bhasa dan cari bahan rujukan segala. termasuk jalan di dalam UPM, bangunan kat mana..nasib ada abang ku tempat bertanya. tapi terpaksa p sorang2. xbest kan.. apa bole buat. cuma da lama2 tu ada la kawan teman sekelas teman. Cuma xbest semua kawan aku belajar tu da kawin. So macam kalau da dapat bahan rujukan nak singgah shopping complex ke nak merayap mana2 terpaksa sorang2 la. sebab diaorang ada anak laki dan perlu balik. So sad.

-Kesepuluh, nanti aku fikir....


Da graduate akhirnya.


 Gambar aku bersama mak ayah...


 Gambar family kenangan di UPM masa konvo....semua datang kecuali kakak aku je xda.

Hadiah dan bunga yang aku dapat masa konvokesyen..


 Ni masa belajar statistik dulu....yang tudung coklat depan tu aku la..


No comments:

Post a Comment