Sunday, 21 February 2016

Allah Maha pengampun

Jom muhasabah diri di pagi ari... Kalau anda rasa macam malas je nak sembahyang..baca kisah ni..mesti anda tersedar...cepat2 g sebahyang..segera g bertaubat.

Suatu hari datang seorang perempuan menghadap Nabi Musa. Perempuan itu meminta Nabi Musa untuk mendoakan dirinya agar Allah mengampuni dosa dan menerima taubatnya.

“Apakah yang kau lakukan hingga kau merasa berdosa dan ingin bertaubat?” tanya Nabi Musa.

“Alu telah berbuat zina hingga melahirkan seorang anak. Kerana aku tidak ingin diketahui oleh orang lain, yang kelak akan membuat aku malu, anak yang tidak berdosa itu akhirnya aku bunuh,” kata perempuan itu berterus terang.

Mendengar keterangan perempuan itu, Nabi Musa menjadi marah. Wajahnya menjadi merah padam kerana menahan geram.

“Pergi kau pelacur hina!” teriak Nabi Musa. “Jangan kau bakar aku dengan api nerakamu. Jangan ada api langit turun ke bumi kerana perbuatan kotormu!”.

Begitu mendengar celaan Nabi Musa, lemaslah tubuh perempuan itu. Harapannya untuk bertaubat dan menjadi orang baik-baik menjadi sirna.

“Apakah orang yang telah melakukan perbuatan jahat dan ingin bertaubat seperti aku ini tidak diampuni oleh Tuhan?” rintih perempuan itu seraya meninggalkan Nabi Musa.

Setelah perempuan itu pergi, malaikat Jibril turun menemui Nabi Musa untuk menyampaikan firman Allah.

“Wahai Musa, Allah telah menyampaikan teguran kepadamu. Mengapa kau menolak perempuan yang telah berbuat dosa dan datang kepadamu untuk bertaubat?”

“Perbuatan perempuan itu sangat nista dan jahat. Tisak patut orang semacam dia untuk mendapatkan ampunan,” jawab Nabi Musa. 

“Tidakkah kau tahu, perbuatan yang lebih jahat daripada apa yang telah diperbuat oleh perempuan itu, Allah masih mengampuninya?”.

“Perbuatan jahat yang bagaimana yang melebihi kejahatan perempuan itu, wahai Jibril?” tanya Nabi Musa.

“Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja.”

Mendengar ucapan Jibril itu, menyesallah Nabi Musa kerana telah menolak taubat perempuan itu. Padahal masih ada perbuatan yang lebih jahat daripada apa yang telah diperbuat oleh perempuan itu. Allah adalah maha pengampun, siapapun akan diampuniNya, asal mahu bertaubat.

The Finest Hour

Pada 20/2/2016 pukul 5.30 ptg tgok cite Finest Hour di Jusco Cheras. Cite Finest Hour merupakan cite sebenar yang pernah berlaku pada tahun 1951. Cite ni memang menarik dan ku pun tak tau pernah berlaku kejadian ni sebab ku pun tak lahir lagi. Best sangat cite ni. Lepas ni bole la cite kat orang sejarah yang impressive suatu ketika dulu lebih kurang mcm Titanic gak la. Tagline dia "Kalau hidup biar semua hidup, Kalau mati biar semua mati".

Masa turun dari kapal karam tu...Bot penyelamat ni bole muat 20- ke 22 org je..klu ikut prosedur hnya bole muat 12 org..tapi sekali bawa 32 org..wahhh
Ni la hero dia...Barnie Webber...
Cite ni mengisahkan bot yang dapat menyelamatkan 32 orang yang kapal mereka hampir nak karam. Bot ni merupakan bot penyelamat yang dihantar untuk menyelamatkan mangsa karam. Kapal yang karam tu juga berjaya untuk tidak karam untuk beberapa jam dengan menggerakkan enjin yang hampir tenggelam jauh dari gelombang laut yang kuat. Ada seorang laki yang berjaya kemudi kapal tu jauh dari ombak kuat tu. Semasa bot ni nk selamatkan kapal tersebut yang telah terbelah dua tu, kapten mereka iaitu Bernie Webber dan 3 org penyelamat terpaksa menempuhi gelombang laut yang sangat kuat.  Diorg sangka ramai yang da mati. Tapi tanpa diduga terdapat banyak mangsa yang masih hidup.

mangsa yang terselamat..banyak kan..diaorg still bertahan..masa ni mangsa dok turun nak p kat bot penyelamat..sorang mati sbb jatuh terkena kipas kapal.
Laki yang kemudi kapal karam tu..
Memang rasa terkejut sangat yang diaorang dapat lepas gelombang tu. Then diaorang berjaya jejak kapal karam tu dan balik dengan selamat walaupun kompas telah hilang oleh arus. Kisah ni juga ada seorang wanita yang bernama Miriam iaitu tunang Barnie. Miriam ni xsetuju Cluff pegawai menghantar Barnie untuk selamatkan kapal. Ya sepatutnya Cluff xhantar Barnie kerana ombak sangat kuat. Da la hantar bot kecik je. Tak patut betul. Kalau nk hantar pun guna la bot besar ckit. Tapi memang menjadi sejarah bila Barnie berjaya bawa balik mangsa kapal karam tu. Tak sia-sia Miriam tunggu Barnie balik tuk kawin. Usia kawin diaorg 58 tahun dan ada anak 3 org. Barnie meninggal dunia umur 81 tahun. Terbaik lah. 

Heroin dia Miriam... masa minta Cluffy pegawai atasan panggil Barnie balik...

Tuesday, 16 February 2016

Belajar Master

Masa dulu-dulu nak masuk belajar master rasa takut sangat.. Sebab..

-Pertama aku ambik bidang yang berbeza masa degree..so aku zero pasal bidang aku ni. Jadinya disebabkan tu ku pilih coursework yang ada kelas banyak tu dan ku tak buat research. Kalau ku ambik research ku pun tak tau nak kaji apa. Dan sudah tentu aku pun tak kenal lecture2 kat UPM tuk jadi aku punya supervisor. kan susah tu. Jadi ku perlu ambik basic. Kelas ni agak tough sebab banyak kerja dan ada exam. Kalau orang lain benci exam dan lebih suka present paper. Ku pula lebih suka exam. Present paper ko tahu kan nak debat dengan warga pelajar yang super hebat dan byak pengalaman dari kalangan guru, pensyarah, editor berbanding aku yang fresh graduate yang bidang lain+ zero. Da la diaorang pangkat mak, kakak atau bole cakap bukan budak2 masa kita degree tu.

-Kedua aku buat keputusan belajar last minute. Saja2 mintak then dapat. Tapi sebenarnya aku dapat tawaran belajar di UUM juga tempat degree aku sambung bidang yang sama. Tapi disebabkan aku xminat aku tolak tawaran ni. 

-Ketiga, walau orang cakap niat sambung belajar sebab xdapat kerja, bukan pilihan yang betul.. tapi itu lah salah satu sebab aku sambung belajar.. alhamdulillah..daripada buang masa kerja cashier, promoter, menganggur segala..aku da dapat ilmu yang baru. lagipun xlama pun belajar master 2 tahun je.

-Keempat, Ku xda kawan langsung dekat UPM.. bayangkan hidup aku...haha. tapi lepas masuk kelas tu terus aku terpaksa beramah mesra..walhal aku ni sangat pemalu. 

-Kelima, Ku xda tempat tinggal..jadi aku terpaksa tinggal di rumah pakcik aku...sebab masa tu mintak asrama pun penuh. Ko tahu betapa kekoknya aku kat rumah orang. sebab aku xpandai nak buat kerja rumah segala dan yang pasti aku memang xreti nak sembang tambah2 dengan orang tua..Lagi budaya pakcik aku bukan macam org Melayu diaorg org Boyan..cuba2 akhirnya sem 2 aku dapat asrama. Nak tido sampai petang pun xpa. bahagianya...hahah

-Keenam, aku xda transport. Aku terpaksa belajar segala cara tuk naik KTM, LRT, bas, MONOREL.lagipun train aku xpernah naik..tempat aku kan xda..terpaksa aku mintak tlg abang aku yg belajar degree kat UPM..Dia ni sibuk ja memanjang..dan dia hanya bawa aku cuba semua pengangkutan ni sekali je. Then aku sorang2 la survive.

- Ketujuh, masalah kewangan..yang ni memang parah sebab kalau masa degree mungkin kita boleh la nk mtak byar ckit2 ke atau dapat pendahuluan ptptn ke. Tapi bila da daftar terus kena bayar yuran. dan kena buat medical checkup segala. Yuran dia pun mahal..Ku ambik tu coursework dan perlu bayar yuran asas dan yuran jam kredit subjek tu. Sem pertama terpaksa la mak aku bayarkan tuk aku. Tapi untuk sem 2 aku xda kewangan da. takkan nk mtak kat mak lagi. jadinya aku mintak Mybrain 15. Aku tahu pasal mybrain 15 pun melalui surat twaran UUM yg ku dapat. Kat ctu ada dinyatakan tuk dapatkan financial. dia bagi 2 cara PTPTN dan mybrain 15. Masa tu Mybrain 15 tu masih baru lagi. Then aku apply kedua-duanya. Tapi di UPM tak diberitahu mcm mana nak dapt finacial dalam surat tawran. nasib UUM ada. Mybrain ni tanggung yurang korang saja. PTPTN tu aku guna tuk duit sara diri aku kat UPM. Mak aku pun ada bagi gak duit poket bulan2. Tapi ku salah langkah di situ. Bagi yang da dapat Mybrain tu ku syorkan xyah la mintak PTPTN..sebab ni menambah hutang korang je. Korang buatla kerja partime ke. perlu berjimat ckit. Masa zaman ni ku kira mewah gak la sbb ada PTPTN. Tapi bagi ku lebih baik susah dulu senang kemudian. skrg ni terpaksa menambah hutang degree dan master...wuaa...da kos pentadbiran tinggi. sebulan je degree kos pentadbiran RM20+master RM 10= RM 30. Kalau korang mampu bayar paling sikit sebulan RM 50 pun jadinya macam bayar RM 20. Bila nak abis da...sampai ke kubur bawa nanti. wuuuaaaa  wuaaa...tapi da buat terpaksa la go on. sebab aku tak da penasihat waktu ni. tak tahu nak tanya sapa. 

- Kelapan,  ku tak tahu nak g KL. Masa ni juga mak aku yang hantar aku masuk UPM daftar. macam budak kecik ja kan. Sebab aku tak tahu macam mana nak g KL waktu tu. Tapi mak ku hantar dia terus balik. sebab ku pun xkenal pak cik aku dan nk p rmh dia mcm mna. so aku perlu mak aku hantar kan.

-Kesembilan, ku tak tahu jalan2 di KL, macam mna nak g perpustakaan negara, dewan bhasa dan cari bahan rujukan segala. termasuk jalan di dalam UPM, bangunan kat mana..nasib ada abang ku tempat bertanya. tapi terpaksa p sorang2. xbest kan.. apa bole buat. cuma da lama2 tu ada la kawan teman sekelas teman. Cuma xbest semua kawan aku belajar tu da kawin. So macam kalau da dapat bahan rujukan nak singgah shopping complex ke nak merayap mana2 terpaksa sorang2 la. sebab diaorang ada anak laki dan perlu balik. So sad.

-Kesepuluh, nanti aku fikir....


Da graduate akhirnya.


 Gambar aku bersama mak ayah...


 Gambar family kenangan di UPM masa konvo....semua datang kecuali kakak aku je xda.

Hadiah dan bunga yang aku dapat masa konvokesyen..


 Ni masa belajar statistik dulu....yang tudung coklat depan tu aku la..


Kisah Waktu ku Kecil


Omo....comelnya budak ni...sapa budak ni...itu lah aku...hihi

Gambar ni masa umur aku 2 tahun.. Comel tak. gambar ni kat komtar

Gambar ni masa aku tadika masuk pertandingan mewarna kat komtar. Ku yang dok depan sekali. Yang belakang tu abang-abang dan kakak aku.. Kami nampak sebaya je kan. Sebab abang dan kakak aku kembar. dan abang nombor dua kembar dengan abang nombor tiga. Jadi kalau nak main dan gaduh pun lima orang ni juga la. Dan aku dengan kakak aku selalu baju sama dan kadang2 tu kalau nak beza tu hanya pada warna. Contohnya kasut kat dalam gambar tu. Sama la pakaian abang2 aku. hehe. Masa aku kecil ku banyak main..tak tahu pun istilah belajar. Balik sekolah je main. pastu lupa makan. 

 Gambar ni masa aku masuk pertandingan menari dekat stadium Negara..aku yang tengah daripada tiga perempuan tu.

Gambar ni masa training pertandingan menari peringkat kebangsaan..umur masa ni 6tahun..yang hujung tu la aku...

Rating Cite Korea

Ku nak buat review Cite Korea Yg da pernah ku tengok ikut bintang kat bawah ni...

6 bintang- cite paling best dan paling aku suka dan aku da tgok ulang banyak kali.
5 bintang- cite ni best dan cite dia tak membosankan. rugi tak tengok.
4 bintang- cite ni best dan tak akan rugi masa korang tgok cite ni tapi ku tak pernah ulang tgok cite ni.
3 bintang- cite ni best dan ada beberapa part yang bosan.
2 bintang- cite ni sederhana dan byak part cite bosan.
1 bintang- cite ni tak best dan merugikan masa korang kalau tgok antara sbab mungkin ending xbest, jalan cite xlogik dan byak part bosan.

6 Bintang

- The moon embraces the sun
- Full House
- My Beautiful Bride
- Winter Sonata
- Pasta
- Iljimae

5 Bintang

- My Girl
- Witch Yoo Hee
- Maids
- Yong Pal
- Time Between Dog and Wolf
- Secret Garden
- Healer
- Mask
- Anttena -Godess of war
- My Love from another star
- Sassy Girl
- Kill Me Heal Me
- The Greatest love
- Bride of The century
- 49 Days
- Scolar who walk at night
- Who Are You

4 bintang

- Falling in Love with Innoncent
- Fated to Love You
- Boy Over Flower
- City Hunter
- Pinochhio
Heartstrings
- Personal taste
- Playfull kiss
My Girlfriend Is A Gumiho
- Scent in Woman
- Time slip Dr Jin
- My Fair Lady
- Kim Sam Soon
- Hero
- Vampire Prosecutor 1
- Vampire Prosecutor 2


3 Bintang

- Oh My Ghost
- She was Pretty
- Dream High 1
- Dream High 2
- Innocent Man
- Rooftop Prince
- Love Rain
- Protect the boss
- Flower boy Ramyun shop
- Big
- The musical
- Oh My lady
- Princess Hour
- The Partner
- Sungkyunkwan Scandal
Queen Seok dok
- Hong Gil dong

2 Bintang

- Remember to you (2015) 
- My Princess 
Mary Stayed Out All Night
- Fashion King
- Me too Flower 
- Lie to me

1 Bintang

- Midnight Dinner


Historical drama yang best

- Iljimae
- The moon embraces the sun
- Scolar who walk at night
- Maids
- Queen Seok dok
Sungkyunkwan Scandal
Time slip Dr Jin
- Hong Gil Dong


Monday, 15 February 2016

HEALER

Cite ni aku bagi 4 bintang dari 5 bintang..best juga cite ni lbh kurang mcm city hunter la. Sebab aku bagi 4 bintang meh cek bgtau..

- Cite ni ada aksi lawan-lawan.
- Cite ni hero dia hensem sangat.
- Cite ni ada Taemi (ahli taekwondo) yang pernah muncul dalam running man episod 291.
- Heroin ni sama dengan heroin drama City Hunter.
- Xda konflik percintaan..smooth je

Cite ni mengisahkan tentang seorang penghantar barang mlm (courier night) tak kira la orag tu jahat atau baik dan prosedur dia xambik tahu profil customer. lepas hntr brg tu org tu akan tranfer duit. Org tu dipanggil healer. Helaer ni dibantu oleh hacker dia ahjumma. Berlatarbelakangkan kisah reporter konflik berlaku waktu healer tu berjumpa dengan heroin. Cite ni mengisahkan Healer yang mahu membersihkan nama ayah dia yg membunuh ayah heroin. Ada bibit percintaan antara healer dan heroin.

Sunday, 14 February 2016

KILL ME HEAL ME

Cite ni memang best.. sebab apa best meh nak cite.
- Cite ni memang kelakar..bole hilangkan stress korang
- Cite ni ada watak romatik yang aku suka..Shin Se gi..nak tau romatik cam ne kena tgok.

Ku da tgok sampai abis...memang xsabar2 nk tgok next episod apa yg jadi. Pelakon lelaki ni memang awesome lakonan dia.. Dia bole lakonkan tujuh watak..termasuk watak perempuan. Kisah cite ni tentang seorang lelaki yang sakit mental yang mempunyai tujuh perwatakan. Kalau dia stress dia akan tukar menjadi personaliti lain. Nak thu personaliti dia apa..

Pertama personaliti Choi Do Hyun iaitu seorang lelaki yang baik atau lebih mudah nak faham mcm seorang budak pandai yg ikut peraturan dan tak membantah. Kedua, personaliti, Shin Se Gi..watak dia macho, pandai lawan dan romantik gitu..ku suka watak ni. Ketiga, watak Perry Park, pakar buat bom, dan yang paling tua, suka minum arak. Keempat, Ahn Yon Sub berumur 17 tahun, personaliti yang suka bunuh diri dan selalu berfikiran negatif, mcam selalu down. nak cakap dgn dia kena slow2 nti terguris nti bunuh diri pula. Watak kelima yang paling best. Watak ni kalau dia muncul mesti huru-hara dan umpama malapetaka nak dtg..haha kelakar sgt. Namanya Ahn Yo na iaitu kembar kepada Ahn Yo Sub. Yo na ni watak perempuan yang mmg xbole tgok laki hensem. Kalau jumpa laki hensem mmg dia xlepas. Keenam, watak Nana, watak seorang budak perempuan yang berusia 8 tahun mcam tu. Rupanya dalam cite ni watak budak perempuan tu adalah doktor psikiatrik tu. Nana tu nama patung beruang budak perempuan tu Choi do Hyun. Ketujuh watak Mr X iaitu watak bapa perempuan Choi Do Hyun. Yg ni masa last baru keluar watak ni.

 Ahn Yo na yang pantang nampak laki hensem...oppa..oppa...






Buku Yang Saya Tulis


Ni buku pertama yang aku tulis tahun 2015..tentang rukun negara..ada cite tentang raja, perlembagaan, patriotik, pelbagai kepercayaan dan agama. Elok la untuk pembelajaran sivik dan kewarganegaraan untuk adik2 yang nak buat folio ke atau rujukan.



Buku ni bukan aku yang tulis..tapi jadi cover muka depan je...tak dapat jadi model betul..jadi model buku pun ok juga...hihi. Buku ni orang lain tulis tentang kaunseling..ku just ada satu buku ni je...siri dalam buku ni ku xda.


Buku ni tentang tatabahasa. Ajar tentang tatabahasa yang salah, maksud siap dengan contoh ayat kalau xfaham. Siri dalam buku ni ada 6 buku. Antara tajuk buku tu peribahasa, kata ganda, kata imbuhan, penjodoh bilangan, kesalahan tatabahasa, dan dua perkataan yang ejaan berbeza tapi bunyi hampir sama. Buku yang lastu tu bagus..sebab org selalu keliru macam cucuk dengan cocok...so confuse kan..Kadang2 mak budak, bapa, anak, cikgu pun bole confuse. Elok la buat rujukan tatabahasa.


Actually buku ni ada 8 buku dalam 1 siri..lagi dua buku ku xdapat sebab dah abis packing...2 tajuk buku tu tentang tamadun Mesir dengan tamadun Parsi. Ku suka betul buku tamadun Parsi tapi ku xdpt..sedih betul.. Buku ni tentang keagungan dan kecermelangan tamadun kuno waktu zaman prasejarah dulu-dulu..suku buku  ni..sepupu ku da baca. dia ckp best. Kalau sapa minat sejarah kena da buku ni. Buku ni sesuai gak tuk budak2 nk SPM dan sesuai tuk rujukan.




Buku ni tentang pencipta-pencipta pastu ada cite tentang alam pasal gua terdalam, air terjun tertinggi, sungai terpanjang dan bayak lagi la fakta menarik.. da nama pun buku fakta menarik. Ada fakta tentang sains gak.. macam cicak mcm mana bole lekat kat dinding.. banyak lagi la. Yg ni salah satu buku yang ku paling suka gak.



Buku ni ada cite di sebaliknya.. Masa ku buat buku ni, waktu nak snap gmbar buah ku ternampak la kat satu rumah uncle ni ada kebun. Actually mula ku tak tau kebun ni sapa punya. sebab uncle ni tanam kat padang bola camtu.. dan depan tu rumah taman. so ku tak tau nak mtak izin sapa nak snap gmbar. Nak dijadikan cite masa dok ambik gambar datg uncle tu marah dari atas rumahnya (rmh 2 tingkat). Jadi dalam hati ku ckp la, apahal uncle ni sawan tak tentu pasal.ceh..buat selamba je redah kebun dia. Lepas tu dia bawa batang kayu..nak hambat..ni kes parah ni..jadinya ku p la jumpa uncle tu cite yg sebenarnya..klu nk ku delete bole je xpe..ku cari kt tmpat lain..pling tidak xde pilihan g giant ke NSK ke snap..hihi..tapi sebenarnya dia ingat ku nak curi buah kat kebun dia..patut la dok pekik jagan ambik.. pastu bila da cite disuruhnya masuk kat halaman rmh dia ..katanya ada banyak lagi pokok..kelakar kan...pengalaman..teeee.. cite pasal buku pula. Buku ni tentang peribahasa dan asal usul bagaimana terbentuknya ayat peribahasa tu dan apa cerita di sebaliknya..Buku ni bagus kalau nak tau alam pemikiran Melayu..alamak termasuk pula subjek masa ku belajar master dulu...apa2 pun xrugi ada buku ni.




Buku ni tentang info kerjaya...Macam kalau korang tak tau kerjaya apa yang nak pilih..macam mana skop kerja dia, berapa gaji...pastu bidang apa yang kena ambik tuk jadi kerjaya yang korang pilih..semua ada kat dalam ni. Info tentang kerjaya yang korang minat..macam mana nak mohon...belajar kat mana..semua ada..lengkap meh...jom baca...



Buku ni buku kaunseling...Actually mula2 tu ingat nak buat tentang masalah disiplin di sekolah2..mcm mana nak nasihat budak2 nakal ni melalui buku ni. tapi dateline singkat sgt..tak sempat nak cari bahan tentang disiplin ni jadi ku tambah lah pengurusan masa ,diri, alam sekitar dengan kerja amal.

Buku ni buku muzik..Adik aku dia ambil aliran muzik kat sekolah menengah dia. So, buku ni dia dok baca la. Berguna juga la buku ni. Kalau org tak ambik muzik diaorg nk tau bidang muzik bole juga. macam alat-alat muzik, persembahan muzik dan sebagainya. Yang best raja muzik dunia...al-maklum la cite pasal artis..mesti korang suka kan... ada cite pasal bob marley, michael jackson, n bayak lagi raja2 yang sewaktu dengannya..kih kih.. Buku ni fokus pada muzik barat saja..tradisional xde kat cni...jgan dok cri kat cni..pastu rugi awat xda cite muzik tradisional..ku sekeh kang...

Wednesday, 3 February 2016

Bilik Sewa Saya

Hari ni nak cerita rumah yang ku tinggal sekarang ni...kat bawah ni ku nak tunjuk gambar ckit bilik aku..Bilik bujang la katakan...xdok la kemas sangat...tapi gatal gak tangan ni nak naip nak cite...bilik ku barang banyak sangat...especially buku..



Rumah ku rumah pangsapuri...gambar ni kat depan rumah...




Yang ini tempat tidur ku....nampak rak di belakang...Meh nak cite rak kat belakang ni beli kat giant je RM 20 x 3...jadinya RM 60.. sambil tidur bole membaca gitu...Buku yg sama tu komik yang ku kumpul..Conan dan Budak Getah..Ku ni peminat tegar baca komik sejak sekolah rendah lagi. Banyak buku yang da kumpul tapi banyak yang da rosak sebab kena gigit anai2 kat rumah family ku di penang..yang ni antara yang dapat diselamatkan. Dan ada sebahagian buku komik ku kena curi masa kat asrama dulu..sedih betul..dan tak tahu sapa yang ambik.





Ku juga ada kumpul buku agama dengan buku Novel Bahasa Inggeris dan Melayu, Actually ku banyak juga dulu novel..ku beli masa ku kerja butik dulu. Sebab butik ku tu dekat dengan popular. Dan disebabkan jaga butik teramatlah bosan menunggu customer yang tak kunjung tiba..jadi ku beli novel ni tuk menghilangkan kebosanan aku. Itu yang banyak.. Tapi sayangnya encik anai2 makan abis semua..tggal banyak ni je. Dan lebih malang lagi ada yang xsempat baca lagi.. Kesian encik anai2 lapar..tapi dalam hati kalau ku jumpa..ku tenyeh2 ko.. dendam kesumat ni..wahaha..


Cadar ni ku da pakai lama sangat.mmg nostalgia betul...sayang betul kat cadar ni walau da lusuh sebab bila tidur xkira panas tetap sejuk dan sedapnya tidur macam tak nak bangun.. Beli cadar ni harga rm450 lepas diskaun lebih krg rm 150 je..beli kat Sunshine Square Bayan Baru..selalu ada promosi. Kalau nak beli cadar ku syorkan kat ctu. Bear pink tu beli kat Giant Rm 49..besar dan murah...Bantal kecik harimau tu ku beli kat pesta bulan 12 ari tu...sebiji rm15..lembut bulu bantal ni.



Meja tulis...walaupun ada meja tapi jarang guna...Meja ni jadi tempat letak barang je...
Meja ni ku beli dekat Ikea Rm 90..


Meja masa baru beli dulu...dan barang ikea yg lain...



Meja yang ni la selalu guna...nampak pinggan...meja ni juga jadi meja tempat ku makan...hehe



Xda almari..just hanger pada besi yang dibuat untuk mengantung baju...Hanger ni my friend yg buat...dia kan ada kedai besi jadi ku suruh buat yang simple je..n perlu warna pink...perlu ke..perlu ke..Of cource la..baru matching.



Tuesday, 2 February 2016

Bukit Jalil golf & country club

Hari ni g makan lunch ngan kawan sekerja n my boss...dekat golf & country club bukit jalil..sedap makanan ni dan halal..

Kedai ni buka setiap hari dari kol 11.30 tghri sampai 10 malam. Kalau dim sum start kol 11.30 tghri sampai 2.30 ptg. Ramai juga org...goreng2 pun ada...tapi yg sedap dim sum...meh tgok gmbar kat bawah ni..

pintu masuk

Rupa dalam kedai


menyelerakan dim sum basah dan goreng..yg tengah tu kaki ayam..apa nama masakan tah da lupa..

Jus apple & teh


Ying mi ni kena kacau ramai2 nati...katanya kalau kacau dan angkat tinggi lagi ong...interesting...tapi percaya xbole la. ni kepercayaan msyarakat cina. 

Pau dan dim sum



Sang ha mi

ada udang besar tu



Yang ni la tempat dia...parking free je