Wednesday, 16 September 2015

No Escape


Lama xdapat cite best. Kali ni tgok cite wayang ni sampai xsenang duduk. Tahu sebab apa xsenang duduk sebab cite ni buat anda terfikir-fikir apa jadi lepas tu. Diorang selamat ke tak?. Biasa kita tgok cite dia mesti da bole agak apa kesudahan dia ada apa jalan cite dia, atau apa yang akan terjadi lepas tu. Cite ni kita memang xdpt teka apa peristiwa akan diaorg tempuhi. panjang betul mukadimah.

Ok tajuk cite ni No escape. Cite ni mengisahkan family warga Amerika telah berpindah ke Thailand. Si ayah ni seorang jurutera yang dilantik di company air di Thai. Tapi masa ketibaan di sana mereka tdk disambut di airport then seorg yg dikenali di kpal terbang offer tumpangkan ke hotel. Di hotel segala perhubungan terputus. Keesokan pagi, si ayah nak g cari surat khabar. Then berlaku rusuhan. Dia lari ke hotel. Tapi di depan hotel seorang rakyat Amerika ditembak oleh pengganas Thai.


Jadi si ayah, menyelusup panjat naik ke hotel untuk selamatkan family dia. Di setiap bilik juga diaorag geledah dan bunuh semua orang Amerika aka org luar. So, dia berjaya naik atas bumbung. Fikir da selamat sbb dtg helikopter. Tapi helikopter tu tembak org-org putih atas bumbung tu. Jadi nak tak nak anak2 kecil dia terpaksa si ayah baling ke bangunan sebelah. Diaorg selamat masuk ke bangunan sebelah dan sembunyi.

Diaorg jumpa kunci motor. Lepas tu diaorg menyambar mcm org Thai naik moto. Masa lalu di kawasan rusuhan tu moto jatuh. memang berdebar2 ingat diorg akan dapat detect. masih selamat. Diorng naik moto nak g ke kedutaan Amerika. tapi tempat tu da musnah. Lepas tu kena kejar dengan pengganas2 ni. Si ayah dan bini dia kena tangkap. Anak dia dua org perempuan masih kecil menyorok celah pokok. Bini dia hampir2 nak kena rogol. Kemudiaannya diselamatkan oleh org yang dikenali di kapal terbang tu. Dia dan kawan dia rupa-rupanya CIA. 

Tapi mereka pun terbunuh semasa nak berlari meyeberangi sungai masuk ke negara Vietnam. Si ayah kena tangkap dengan pengganas, si isteri terus pukul dari belakang. Mereka selamat naik sampan nak cross sungai ke negara Vietnam tetapi tetap dikejar orang Thai. Namun mereka berjaya sampai ke negara Vietnam terlebih dahulu sebelum ditangkap pengganas Thai. Pengganas Thai sebelum ni telah bunuh Perdana Menteri mereka. Mereka buat rusuhan sebab org Amerika ambik concuer air dan kemudahan lain menyebabkan rakyat susah.

Cite ni xberapa famous. Mungkin sebab ada cite lain yang pemasaran dia lebih gah.. Tapi aku rasa cite ni lagi best daripada Ant Man, UNCLE , etc... Cuma mungkin pemasaran kurang tu yg org xtahu cite ni best.

Thursday, 13 August 2015

Paper Town

Kisah ni kisah cinta. Ku tgok cite ni dekat Jusco Cheras. Selama ku tgok cite wayang xpernah lagi la tgok cite cinta, tapi disebabkan xde cite best. relakan je la tgok. Cite ni best juga la. Cite ni based on buku novel yang laris dijual. Tajuk Paper Town juga. Apa kena mengena tajuk ni dengan cite ni. takkan bandar ni dibuat dari kertas kan. Kisahnya bermula seorang kanak2 lelaki yang baru berpindah ke perumahan baru tu namanya Quentin. Then dia kenal seorang kanak-kanak perempuan yang mana dia adalah jiran sebelah rumahnya, Margo. Quentin ni suka sangat kat perempuan ni tapi dia pendam je.Semakin menginjak dewasa haluan mereka semakin berbeza. Margo ni suka keluar mlm, bergaul dengan org sana sini yg bukan2 dan sgt suka kepada kehidupan yang excited, adventure gitu. Si Quentin pula kehidupannya seperti normal, study, g sekolah, then cita2 nk dpat kerja dan kawin dapat anak dan seterusnya tua cam tu la. Jadi, diaorg ni sejak meningkat remaja mereka xpernah bersembang lagi.



Nak dijadikan satu cite, Margo ni pada satu malam datang rumah Quentin nk pinjam keta mak dia, mmg dia was2 jadi dia hantarkan.. rupanya si perempuan ni nk balas dendam dekat kawan2 dia yang belot dekat dia. rampas kekasih dia. tapi lepas si Quentin ni kawan dgn Margo hidup dia mcm jadi meyeronokkan. mcm kes balas dendam, mencuri kat hypermarket, lari dan kena kejar. Tapi, lepas kes Margo balas dendam tu. dia hilang dari rumah. Mak bapa dia da malas da nk ambik port bila polis siasat dan nak cari dia pun da tak da, sbb da selalu sgt buat perangai. Jadi si Quentin ni g cari la si Margo ni bersama kawan dia dan kawan baik perempuan tu. Dia ingat si Margo tu tinggalkan klu tuk dia cari Margo. Tapi sebenarnya tidak, Margo tu membawa diri sbb nak cari kehidupan lain. Akhirnya si lelaki ni berjaya jumpa perempuan ni, tapi dia xnak balik coz dia nak cari erti kehidupan.. agaknya dia da jumpa. Endingnya mmg xberapa best tapi ku suka gak la coz dia xbersama pompuan tu. ku xsuka pompuan tu. Dok buat macam dia sempoi dan bagus2. Apa kaitan dgn paper town ni. Paper Towns ni maksudnya kota palsu yang sengaja diletakkan oleh pembuat peta untuk menandakan hak cipta, diserderhanakan oleh Margo menjadi sebuah kota yang dipenuhi oleh orang-orang yang penuh kepura-puraan dalam kehidupan seharian mereka ....teeee.

Wednesday, 12 August 2015

Wild City

Sebab stress balik keja dan tak cukup tidur, jadi dengan lajunya pergi ke TGV cinema cari cite nak tgok. Tapi xde cite orang putih yang best. Tapi tgh stress sangat ni, maka tgok lah cite cina. Tak mengecewakan, best. Hero pun memang terkenal walaupun aku xkenal tapi aku selalu nampak la hero ni dalam cite cina. Beli pop corn dan air strawberi macam biasa. Masuk je wayang semua chinese..then lepas tu barulah couple melayu ni datang.

Yang inilah heronya...sapa kenal..
Cite ni mengisahkan seorang abang yang berhenti menjadi polis sebab semasa dia menangkap pencuri dia dapati adiknya (adik angkat) rupanya seorang pencuri, jadi dia lepaskan. Lepas tu dia berhenti menjadi polis sebab dia rasakan melepaskan adiknya yang merupakan seorang pencuri adalah bukan seorang polis yang baik. Jadi dia membuka kedai pub. Semasa dia menguruskan pub tu dia berjumpa dengan pelanggan wanita yang mabuk. Perempuan tu xbole memandu jadi dia bawa balik rumah mak angkat (dia anak angkat). Lepas tu, adik laki tu tolong perempuan tunda kereta tapi tiba-tiba ada orang jahat nak tangkap perempuan tu.

Perempuan tu dapat lepaskan diri dan sembunyi di hotel. Lepas tu dia telefon adik laki tu suruh bawa kereta dia. Dia suruh bawa beg yang penuh dengan wang. Masa dekat hotel tu diaorg kena serang lagi. Masa lawan tu ketua samseng tu mati, lepas tu ada anak buah dia yang nak balas dendam , so dia tangkap mak angkat dia ni.

Macam mana perempuan ni ada beg berisi wang banyak? Masa dia ikut boyfriend dia (lawyer) ke Hong kong dia kena tipu dengan Bf dia. Dia kena jual. Then dia tolak orang  yang nak rogol dia tu kemudian terantuk kepala. Dia curi duit orang jahat tu. The end cite ni anak buah penjahat tu mati kena tembak polis. Orang jahat yang nak rogol tu kena tangkap sebab laki yang asal polis tu letak pengesan kat wang tu masa dia bagi balik dekat lawyer konon berdamai dan nak mintak visa perempuan tu. Wang tu dia bagi balik dekat laki jahat tu. So polis dapat detect laki jahat tu melalui pengesan tu. Rupanya dalam rumah dia tu lagi berjuta-juta duit.

Mission Impossible



Tgok cite ni lepas balik keja kol 6.45 petang dan beli roti hotdog di TGV cinema beserta air strawberi. Memang lapar gila waktu ni, then roti hotdog tu baru nak masak. So, dapatlah servis penghantaran dalam panggung wayang. hihi. Tentang cite ni memang best, ada banyak aksi dan kelakar dan xde kiss2 atau sewaktu dengannya. clear cite ni. Cite ni mengisahkan seorang ejen yang melakukan misi yang mustahil boleh dilakukan bagi seorang manusia. Cite ni bermula apabila seorang ejen yang bekerja dalam agensinya sendiri ingin menumpaskan sindiket. Namun agensi perisik ni dibubarkan dan semua ejennya terpaksa bekerja di dalam CIA. 

Tapi seorang ejen dari agensi ni hilang sebab ditangkap ejen jahat. Tapi dia terlepas dari ejen jahat ni dan tak mati. Oleh sebab dia nak rungkai siapa yang tangkap dia ni jadi dia mencari maklumat ttg sindiket ni. Punca segalanya dari seorang perempuan yang menyelamatkan dia. Ejen ni nak selesaikan kes ni, jadi dia minta bantuan kawannya yang kena keja kat CIA. Jadi bermulalah misi yang mustahil. Apa misi mustahil tu?



Ejen tu, kawan dari CIA dia dan perempuan yang pernah selamatkan dia tu menceroboh tempat sindiket tersebut untuk cari maklumat tapi tempat tu kawalannya sangat ketat. Jadi dia dari CIA tu menyamar masuk dalam bangunan tu copy maklumat tapi untuk masuk ke situ diaorang kena masukkan data sebagai pekerja kat situ dalam sistem sindiket tu. Sistem tu ada dalam turbin dalam laut yang berpusar. Jadi perempuan ni yang akan jaga dan berhentikan sistem pusaran tu tapi hanya 3 minit je pusaran tu boleh berhenti. Jadi macam mana nak masukkan?. Ejen ni berjaya tapi dia xdapat tahan nafas 3 minit jadi dia pengsan dalam laut. Jadi perempuan ni yang selamatkan dia. 


Tapi lepas tu perempuan tu belot dan rupanya dia gunakan ejen ni dapatkan maklumat sindiket tu untuk agensi dia. tapi agensi dia pula belot dekat dia. Lepad tu perempuan tu tolong ejen tu. Ada aksi lawan2 dan kawan CIA dia ni kena ugut dengan sindiket ni. Ada juga dikaitkan denga perdana menteri diaorg (presiden) untuk buka data yang dicuri dari sindiket tu. Sebab xde orang lain yg boleh buka cuma presiden tu je. 

At the end. tertangkap jugalah ketua sindiket tu. siap masuk dalam balang kaca lagi...best boleh hilangkan stress...

Fantastic Four


Hari sabtu 8/8/2015 tgok cite fantastic 4 bersama roti hotdog dan air strwberi di TGV cinema Cheras. Cite ni mengisahkan seorang pelajar (Reed Richard) yang telah mencipta mesin teleporting (bole hantar ke suatu tempat yang jauh/ merentas planet). Pelajar ni cipta mesin ni sejak kecil dan berkenalan dengan seorang pelajar di sekolahnya namanya Ben. So Ben ni yang bantu dia cipta mesin ni sehinggalah mereka remaja. Masa dekat pesta sains sekolah, ada sebuah syarikat tertarik hati dengan ciptaan dia, walaupun cikgu dia byak kali reject ciptaan mesin yang dia reka. Then dia terpilih dengan biasiswa penuh untuk satu tajaan reka cipta di sekolah sains macam tulah. Dia dengan saintis-saintis lain bersama-sama cipta mesin ni. Then terhasillah mesin ni. Saintis ni terdiri daripada dua orang anak pemilik sekolah ni dan seorang lagi saintis yang pernah hasilkan mesin ni tapi gagal sebab mesin tu hanya boleh hantar sahja tapi xbole pulang balik. 



Selepas berjaya mereka mesin ni, kemudian ada syarikat besar ni nk beli mesin ni dan of course orang lain yang akan naik mesin ni dan bukan saintis2 ni. Sebab rasa hendak menjadi orang pertama yang guna mesin teleport ni, jadi 3 orang saintis ni tak masuk seorang saintis perempuan ni termasuk Ben guna mesin ni. Then mereka sampai ke sebuah planet. Planet ni dipenuhi sejenis sel saraf berwarna hijau yg boleh mebuat seorang manusia itu berubah (mutasi) atau ada kuasa. Masa diorang mengembara tu, tiba-tiba planet tu meletup macam gunung berapi. 3 orang berjaya balik dan seorang jatuh dalam sel hijau ni. Saintis perempuan (Susan) ni yang tolong 3 orang ni balik tapi dia pun turut terkena kesan sel hijau tu. Akibatnya, dia juga bermutasi. Saintis perempuan ni ada kuasa macam pertahanan, Ben menjadi manusia batu dengan tenaga kekuatan yang luar biasa, Reed ada kuasa elastik, dan adik Susan ni ada kuasa api. 



Untuk memulihkan diaorang balik, direka satu mesin lain untuk dibuat ujikaji tentang planet tersebut. Masa syarikat sekolah sains ni berjaya mereka mesin lain dan pergi ke planet tersebut, syarikat ni berjaya jumpa seorang saintis yang jatuh itu. Diaorg bawa balik dia. Dia ada kuasa minda, dan badan dia penuh dengan sel hijau tu. Dia berubah menjadi jahat, tamak dan mahu hanya dia berkuasa di seluruh planet. Jadi dia nak musnahkan panet bumi. Jadi empat orang yang ada kuasa ni mempertahankan bumi. Sebab tu lah nama team diorang dinamakan fastastik four. The end.... Tapi yang aku tak puas ati tu kuasa tiga orang tu boleh berubah manusia balik dan manusia batu tak boleh berubah jadi rupa manusia dan kekal rupa batu. Macam mana dia nak kawin dan bukan dia nak pergi sangat pun, kawan dia yang ajak.. kesian betul dekat dia. Waaa Waaa Waaaa (nada sedih)

Thursday, 9 July 2015

Mad Max

Mad Max



Cite ni memang best gile dan wajib tgok cite ni tau klu da xda kat panggung bole g beli dvd sbb mmg xrugi pun. Da lama nak update cite ni tapi keja terlupa ja dan memory pun da lost pasal movie ni. tapi aku try juga la cite. Cite ni ada seorang laki ni nama apa ku lupa tapi of course lah hero cite ni kena tangkap satu puak ni. Puak ni ada raja dia yg sgt buruk dan ada penyakit kulit. Jadi sapa yg kena tgkap tu diorg akan kena jadi hamba. Kaum puak ni sanggup bergadai nyawa demi raja diorg. Raja dan golongan bangsawan puak ni semua pelik2 dan berpenyakit. Ada seorang  perempuan kena culik masa kecil sepatutnya jadi hamba tapi dia ni hebat berlawan so dia jadi ketua pada puak ni tuk rampas sumber minyak atau apa2 bahan. Masa misi dia nk dapatkan sumber minyak tu dia belot. Mmg dia berdendam lama da cuma tuggu masa tuk lari. Dia larikan diri dengan lori dan dia bawa sekali bini-bini raja dan bangsawan ni sekali. Bini raja tu mengandung. Memang cantik gila bini-bina diorg ni. Bini-bini diorg ni kena kurung. Diorg pun mmg xsuka dan perempuan ni yg selamatkan perempuan2 ctik ni.

Hero & Heroin cite ni...


Then masa puak-puak ni nk serang perempuan ni, ada seorang pejuang raja (askar) dia ni sakit dan perlu darah jadi dia guna darah hero ni bawa sekali berperang. (bole pula dia ikat hero ni kat keta jadi tabung darah). Then masa berlawan tu puting berliung pasir berlaku tpi pejuang puak yg sakit tu sanggup berkorban demi raja dia, jadi dia redah juga taufan tu dan bawa sekali la hero ni. Jadi lepas taufan tu berhenti, hero ni bertemu dgn perempuan yg bwa bini-bina raja dan bangsawan tu. Jadi dia pun bersepakat tuk selamatkan diorg walaupun pada mulanya dia tak nak campur. Dalam cite ni, bini raja tu mati kena langgar kereta. Akhir cite ni raja tu mati, then pejuang yg sakit tu berpihak pada hero tu sbb berkenan kat salah seorg bini bangsawan tu tapi last pejuang tu pun mati, berkorban diri mcm kamekaze la mcm tu. Diorg patah balik ke tempat raja ni dan alirkan air yang disekat oleh raja tu. Air yang disekat tu yang menyebabkan rakyat kebuluran dan sakit. Suka betul cite ni dan aksi-aksi dia mmg xhenti je.Mesti tgok ok!..

Terminator Genisys

4/7/2015

Cite teminator ni ku tgok kat Jusco Cheras kol 9 malam. Cite ni best tapi bagi ku biasa-biasa saja. Mungkin masa tgok cite ni ku terlalu mengantuk lalu terlelap. Tak tau sebab apa terlelap mungkin letih sgt dan selalunya klu tgok wayang xpernah la tertido. Tapi ku tahulah jalan cite ni sebab terlelap kejap-kejap je. Cite ni sambungan terminator dulu walaupun cite ni ada part yg merepek ckit tapi byak aksi-aksi. Apa yg ku ckp merepek sbb anak dia John Corner jadi jahat jadi terminator kena rasuk. Kisah dia bermula ada seorg laki ni nama apa tah ku lupa tapi laki ni merupakan bapa John Corner masa dulu. Jadi dia ni p masa dulu balik tuk halang sky net dari diwujudkan jadi masa dia masuk mesin masa tu ada org jahat tgkp John Corner ni dan rasuk John Corner ni. Di masa depan, John Corner ni diaorg berjaya hapuskan robot2 skynet tu dan masa utk cegah dari wujudnya skynet ni jadi diaorg ambik keputusan htr pejuang diorg tuk bgtau mak dia Sarah Corner.



Lepas kena rasuk John Corner ni pun pergi ke masa lepas tuk bunuh Sarah dan ayah John Corner ni. So, pastinya terminator yg pelakonnya Arnold yang protect mak dia ni. So, dekat ctu ada aksi2 lawan. Sebenarnya, ayah John Corner ni tak tau yg dia ni ayah John Corner lps John Corner smpai baru dia tau. Last cite ni, terminator Arnold ni upgrade jadi terminator timah (salvation) masa dia lawan then jatuh dalam timah tup-tup upgrade. Walaupun byk merepek tapi panggung penuh mungkin sebab cite ni mmg dinanti-nantikan org ramai.


Jurasic World

Jurasic World
8/7/2015

Semalam tengok wayang cerita Jurasic World kat Jusco Cheras, kol 8 malam lepas buka posa kat Mcd Donald. Kat Mcd Donald beli foldover mashwi (beef), ice lemon tea, kentang goreng dan ais cream sundae strawberry. Lepas makan terus g tgok wayang. Berbalik cite Jurasic World ni, cite ni mengisahkan seorang perempuan bernama Charlie yang menguruskan taman tema macam zoo tu tapi bukan binatang yang selalu ada dalam zoo tapi dinasour yang diaorg bela dan jaga. So, taman tema ni terbuka pada orang awam untuk tgok dinasour-dinasour ni. Charlie ni ada dua orang anak saudara yang cuti sekolah datang kat taman tema ni. Nak dijadikan cerita, ada seekor dinasour ni nama apa tah terlepas dari kandang. Dinasour ni hidup terkurung dan xpernah terdedah dgn dunia luar dan sangat ganas serta cerdik juga sebab dinasour ni dicipta dengan gen pelbagai jenis haiwan.



So, masa anak buah dia ni bersiar-siar dengan kereta bulat (xtau nama apa keta tu), diorg kena serang dengan dinasaur yang terlepas ni, then diaorg berjaya larikan diri. Lepas tu diaorg terjumpa tempat jurasic park yang lama. Org ramai dapat tahu taman tema tu kenapa kena dikosongkan masa dinasour burung terlepas, habis dia serang orang. Kemudian ank buah Charlie ni dapat jumpa dia, kemudian Charlie dgn boyfriend dia ni nak bunuh raksasa ni. Masa akhir part cite ni Charlie buka gate yg ada dinasour jurasic part lama dulu. So dia lawan dengan diansour yg telepas tu. Akhirnya, dinasour yang tlepas tu mati. Part yg best masa 4 ekor dinasour raktor tu xnk serang pengasuh dia (boyfriend Chalie) tapi dia serang dinasour yang terlepas tu walaupun masa mula2 tu dia bersepakat degan dinasour tu utk serang org. Tahu tak sbb apa raktor ni bersepakat dgn dinasour ganas tu. Sebab dalam dinasour ganas tu ada gen raktor juga. Jadi dia ingat dinasour ganas tu family dia juga la. Best cite ni, xrugi tengok. Ku tgok cite ni lepas 3 mggu ditayangkan tapi still seat penuh.



Thursday, 25 June 2015

SElaMat Hari LAhir 2014

 Birthday Cake


Hadiah comel2 belaka...best giler

Sory la baru nak review...tahun lepas punya birthday..tapi tahun 2014 lah paling bermakna sekali.. sebab selama ni xde sapa yang nak buat birthday party kat saya.. or beli kek kecuali ada seorang yg pernah beli kek tahun lepas tapi just kek xde sambut bagai. Tahun 2014 dapat kek dan hadiah paling banyak..comel2 belaka.. dont be jealous..Kek kat atas tu emak dgn bapa belikan..tahun 2015 nak tahu ke dapat apa...nanti saya review..ok stay tunes.

Tuesday, 16 June 2015

Ujian Personaliti Bersituasi

Anda bosan tak tahu nak buat apa.. apa kata anda jawab ujian personaliti ni. Ujian ni melambangkan diri anda. Seronok tau masa buat ni..konon2 macam real je dalam situasi tu...Serius je masa aku jawab soalan ni kalah ambik exam.. pastu berdebar-debar je nk tgok jawapan..hihi.. Jom cepat ambil kertas dan jawab soalan kat bawah ni. Anda kena jawab dengan spontan tau. Dah jawab tgok analisis jawapan anda kat bawah selepas soalan. Jgn tukar2 da masa cek jawapan..Jom. Da test ujian ni bole buat kat kawan anda plak.



SITUASI

Anda berada di dalam hutan 
(1) Nyatakan dengan siapa anda berjalan?

Sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) Nyatakan apakah haiwan itu?
(3) Tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

Anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) Nyatakan bilangan kunci itu(dari 1-10 anak kunci)

Anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan. 
pada fikiran anda..
(5) Adakah rumah itu berpagar?
(6) Pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

Anda pun masuk ke rumah itu, pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) Apakah bentuk meja itu?(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

Atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?(Penuh / Setengah / Kosong)
(9) Pasu itu diperbuat daripada apa? [(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)] 

Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. Anda melihat sebuah air terjun dari jauh. 
(10) Berapakah laju air itu?(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)


Anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. Tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti. 
(11) Apa ukuran kotak itu?(kecil / sederhana / besar)
(12) Kotak itu diperbuat daripada? (cupboard/ kertas / kayu / logam) 


Tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) Jambatan diperbuat daripada apa?(logam / kayu / rotan) 


Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu? (putih / kelabu / coklat / hitam) 
(15) Apa yang kuda lakukan? (diam dan tenang / menggigit rumput / berlari) 


TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh daripada kuda. 
(16) Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) Lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) Lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) Lari ke kuda, naik dan terus pergi?


TAFSIRAN JAWAPAN


(1) Dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda. 

(2) Haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar.

(3) Tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah.

(4) Kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik 

(5) Rumah 
Berpagar : close-minded
Tidak berpagar : open minded

(6) Pintu
Terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
Tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya.
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja.
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda.

(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu! 

(9) Kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
      Logam / plastik / kayu - anda kuat dalam hidup anda

(10) Air terjun
0 - Tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - Ghairah seks rendah
5 - Ghairah seks sederhana
6-9 - Ghairah seks tinggi
10 - Ghairah seks sangat tinggi ... 

(11) Saiz kotak:
Kecil - ego rendah
Menengah - ego sederhana
Besar - ego tinggi

(12) Material peti:
Cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati 
Logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
Jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
Jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
Rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
Putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
Kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
Hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) Tindakan kuda:
Diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
Berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bahagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
Peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) Atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) Atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...

Ujian Personaliti Bergambar



Hari ni mari kita buat ujian personaliti. Nak tahu diri anda bagaimana orgnya dan teruk ke tak atau baik sgt ke.. cuba ujian ni. Mula2 sekali sila pilih gambar pokok yang paling anda suka kat atas ni dan kemudian semak keputusan di bawah..Jom ramai2 tgok..anda juga boleh check personaliti kawan-kawan dan special friend anda..a.k.a boyfriend or girlfriend atau sewaktu dengannya..
Nombor 1

Anda seorang yang pemurah dan bermoral. Anda selalu berusaha membaiki diri. Bercita-cita besar dan mempunyai standard yang tinggi. Orang lain mungkin merasakan susah berkomunikasi dengan anda, tetapi bagi anda, sebenarnya susah untuk anda menjadi diri sendiri. Anda bekerja dengan sangat kuat tetapi tidak mementingkan diri. Anda bekerja kerana anda ingin mengubah dunia. Anda berkemampuan untuk mencintai orang sehingga mereka menyakiti anda. Sekalipun demikian, anda akan masih menyintainya. Hanya sedikit orang yang dapat menghargai segala yang anda lakukan.

Nombor 2

Anda seorang yang menyeronokkan dan jujur. Anda sangat bertanggungjawab dan suka menjaga orang lain. Anda percaya bahawa kita perlu sentiasa bersikap jujur dalam setiap pekerjaan. Anda mempunyai personaliti yang baik dan orang akan cepat mempercayai anda. Anda juga bijak serta cepat berfikir. Sentiasa ada cerita menarik untuk anda kongsikan.

Nombor 3

Anda seorang yang bijak dan suka berfikir. Anda adalah pemikir yang hebat. Bagi anda, akal fikiran dan idea adalah sangat penting. Anda suka berfikir mengenai teori dan pandangan anda berseorangan. Anda juga jenis orang yang introvert. Anda hanya dapat menyesuaikan diri dengan orang yang suka berfikir dan belajar seperti anda. Anda juga banyak berfikir tentang moraliti. Sentiasa cuba melakukan yang elok pada fikiran anda, sekalipun majoriti menentang anda.

Nombor 4

Anda seorang yang perseptif dan berfalsafah. Anda unik dan berbeza dengan orang lain. Anda juga seorang yang mengikut naluri dan aneh sedikit. Selalu disalahanggap oleh orang lain, dan ianya menyakitkan hati anda. Anda perlukan ruang untuk diri anda. Kreativiti anda perlu diasah, dan ianya memerlukan anda menghormati orang lain. Anda adalah orang yang dapat melihat baik dan buruk dalam hidup dengan jelas. Anda sangat emosional.

Nombor 5

Anda jenis yang yakin dan menguasai keadaan. Anda sangat berdikari. Prinsip hidup anda 'Saua akan lakukan dengan cara saya'. Anda seorang yang bergantung pada diri sendiri dan tahu bagaimana untuk menjadi tabah pada diri sendiri dan orang yang anda cintai. Anda cukup tahu apa yang anda nak dan anda tidak takut untuk mengejar impian anda. Satu perkara yang anda perlukan dari orang lain ialah kejujuran. Anda juga cukup kuat untuk menerima kebenaran.

Nombor 6

Anda seorang yan baik dan sensitif. Orang lain cepat dapat bergaul dengan anda. Anda mempunyai ramai rakan dan suka membantu mereka. Anda mempunyai aura yang baik sehingga semua orang gembira untuk berada di sisi anda. Setiap hari, anda memikirkan cara memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Anda mahu menjadi lebih menarik, tersendiri dan unik. Lebih daripada orang lain di dunia, anda sangat memerlukan cinta. Malah termasuk mencintai orang yang tidak mencintai anda.

Nombor 7

Anda seorang yang ceria dan sentiasa gembira. Anda sangat sensitif tetapi juga sangat memahami. Anda pendengar yang baik dan tahu untuk tidak bersikap menyebelahi sesiapa. Anda lebih terbuka dengan orang yang baru anda kenali dan di majlis-majlis. Anda sangat kebal daripada stress dan sangat jarang untuk merasa bimbang. Kebiasaaannya, anda sentiasa relaks. Anda sentiasa ada masa untuk berseronok dan tidak hilang tujuan.

Nombor 8

Anda seorang yang menawan dan bertenaga. Anda seorang yang menyeronokkan dan tahu untuk membuatkan orang ketawa. Anda sentiasa tenang dan selesa menjalani kehidupan anda. Anda seorang spontan dan enthusiastic. Tidak pernah mengatakan tidak kepada cabaran baru. Biasanya anda akan mengejutkan orang sekeliling anda pada akhirnya. Tetapi, itulah anda. Sentiasa menjadi diri sendiri. Mempunyai banyak minat dan jika menunjukkan minat pada sesuatu, anda akan cuba buat dengan sebaik mungkin.

Nombor 9

Anda seorang yang optimistik dan bernasib baik. Anda percaya bahawa hidup adalah satu anugerah dan sentiasa cuba untuk mencapai sebanyak mungkin dan meletakkan anugerah ini pada tempat yang sepatutnya. Anda sangat bangga dengan pencapaian anda. Anda juga sentiasa bersedia untuk setia dengan orang yang anda sayang. Anda mempunyai pendekatan hidup yang sihat. Anda gunakan sebarang peluang untuk memaafkan, terus belajar dan membesar kerana anda percaya hidup adalah terlalu pendek untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja.



Sunday, 14 June 2015

Survivor


10 Jun 2015



Kali ni nak cerita wayang cerita Survivor. Waktu tgok wayang ni kol 7.15 malam. Lepas balik keja terus g tgok. Actually teringin nak tgok cerita Jurasic World tapi cerita ni lama gak kat panggung so try tgok cite ni.. Well tak menghampakan. Cerita ni mengisahkan Seorang perempuan yang bekerja dalam jabatan imigresen then dia merupakan pekerja baharu dalam jabatan tersebut. Semasa dia bekerja dia ada syak seorang yang identiti dia nak keluar negara (New York) mencurigakan. Dia xluluskan dan disebabkan tu, perancang yang nk letupkan bandar New York tu pasang bom semasa dia makan dengan kawan-kawan dia di restoran semasa nak sambut birthday. Masa makan tu dia keluar ambik hadiah, jadi dia xkena bom tapi kesian semua kawan-kawan dia mati. Pembunuh dia cari dia, tapi malangnya jabatan imigresen telah syak dia yang rancang pembunuhan sebab dia melarikan diri. Walhal dia larikan diri sebab pembunuh cuba nak bunuh dia. Ada orang dalam telah luluskan pembuat bom ni ke luar negara. Then kawan dia orang dalam juga tlg dia berlepas ke New York guna pasport nama samaran. Akhirnya dia berjaya hentikan pembunuh tersebut letupkan bom. Baharulah org percaya kat dia bahawa ada org yang nak letupkan New York. Masa tgok wayang ni beli fish ball cheese, roti hotdog dan air strawbery. Fish ball cheese siap ada org delivery lagi coz masa beli tu xmasak lagi. Apa2 pun cite ni best and masa tgok cite ni xramai org pun ada kot dalam 10 org. xsesak...hihihi.


Wednesday, 3 June 2015

San Andreas

3/06/2015

Semalam tgok wayang cerita San Andreas..cite gempa bumi. Gempa bumi ni antara paling dahsyat pernah berlaku... gempa bumi yg berulang kali di San Fransico, tsunami pun berlaku gak. Best cite ni.. more to family.. macam mana seorang ayah nak selamatkan wife and anak dia....Ayah (the rock berlakon) dia ni bekerja dalam rescue org. Ayah dia ni terlibat dlm rescue pun sbb tragedi anak dia pernah lemas tapi dia xdpt slmatkan anak dia. Dia ada anak prmpuan 2 org. so tiggal la seorg saja. So dia sgt kesal. Cite ni ada boyfriend mak dia yg nk kawin dgn mak dia.. mak dia da nk bercerai dgn ayah prempuan ni. Masa berlaku gempa bumi ni boyfriend mak dia bersama dgn remaja ni. Tapi boyfriend mak dia ni tggal anak dia yg terperangkap dlm keta sorang2. demi nk selamat diri dia sendiri. dia just pergi mcm tu je. So anak dia ni terperangkap dalam keta n dtg la seorang lelaki and adik dia yg dtg interview kat bangunan tu yg selamatkan dia, Remaja perempuan ni knal lelaki ni pun masa tgh tuggu boyfriend mak dia. Boyfriend mak dia ni kaya gila. Bos  besar kat syarikat yg lelaki ni nk interview keja. Lelaki ni bawa adik dia. Diaorg ni org England. So ayah dia ni yg dtg selamatkan mak dia yg tgh lunch makan, n selamatkan anak dia. Boyfriend mak dia last mati kena hempap kontena masa tsunami. Ending mmg x mengecewakan.. semua terselamat. Byk aksi mencemaskan dan suspen. Masa tgok cite ni 2 kali g toilet.. dgn pantasnya aku berlari sbb xnk terlepas babak cite ni. Minum air byk sgt.. itula..sungguh annoy.. sapa suruh kan... huhu..

Wednesday, 27 May 2015

Tengok Bola Kelantan VS Lion XII FC


23/05/2015

Sedih kalah....

Tengok Bola Kelantan VS Lion XII FC kat Satdium Bukit Jalil kol 8.45 mlm. P sana awal sebab ramai orang dalam kol 4 ptg dah keluar rumah walaupun rumah aku dengan stadium tu xjauh mana la kan. Bawa bekal makan siap2 bihun singapore and nasi ikan bilis masak petai. Aku posa masa p tgok bola ni..mau xberkat tgok bola ni..hihi. apa kena berkat ke tak kan.. So aku beli tiket ni pun online..beli kat opis..bukan main standby depan komputer..takut tiket sold out. Masa masuk stadium..memang da tahu orang ramai..penyokong Kelantan..dibanjiri dengan lautan merah.. coz baju semua kena la pakai warna merah..kalau tak rasa malu la kan baju lain daripada org lain. Aku beli baju jessy Kelantan ni kat Down town... harga Rm 25. Suruh org belikan je..coz aku malas nak sesak2 g downtown. Da masuk sana ok..dapat tempat xberapa nak strategik.. xberapa nak nampak apa jadi kat side sebelah belakang. tapi so far oklah..cuma aku xtahan orang2 kat belakang aku dok take turn hisap rokok.. so aku yg dok depan ni dok take turn juga dok bau asap rokok diaorg..mau aku yang semput kot.. so dek xtahan ubah la tempat.. ambik tempat yg belakang aku ni semua pompuan.. nk elak bau rokok.. Tapi xtahan pula makcik kat belakang tu dok berleter n terpekik-pekik.. and pompuan yg terjerit-jerit..gol xpe la juga nk jerit kann.. but bagi aku better la daripada dok depan lelaki-lelaki hisap rokok. Mau pening da.. At the end kalah 3 vs 1....so sad.. huhu


Lautan merah.....ramai tak?

Spy

27/05/2015
Tengok Wayang Cerita Spy




Semalam tengok wayang di Jusco Cheras pukul 10.30pm. Cerita ni kelakar..bole hilangkan stress anda semua yang penat bekerja. Mengisahkan seorang perempuan gemuk ni yang bekerja dengan CIA tapi xde keyakinan diri untuk bekerja di lapangan..just jadi orang belakang tabir yang main2 komputer yang membantu spy. Kemudian sebab nak balas dendam kepada kawannya yang telah meninggal dunia dia ni volunteer nak kerja di lapangan. Dekat ctu la kelakar mcm mana badan dia yg gemuk ni bole jdi spy. Diaorg ni nak cari org yang akan jual bom nuklear. Ending dia paling best..hahaha..kena tengok la sendiri. Ada watak yg famaous dalam cite ni yg jadi watak sokongan. Memang Kelakar. Sebelum tgok wayang makan kfc harga rm 11.50... kfc garlic terbaru with kentang goreng+ air strawbery.



Thursday, 21 May 2015

SEPI

Mengapa aku rasa sesuatu yang masih belum sempurna dalam kehidupan aku
aku rasakan kenangan dahulu masih menghantui aku
aku fikirkan dahulu aku terlalu ego, sehingga aku kehilangan
sentiasa terfikir apa yang terjadi adalah salah aku atau keadaan atau orang lain
aku cuba perbaiki, buang ego, terima adanya, harap itu ketentuan aku
tapi aku dihimpit dengan bertambahnya masalah
Sesungguhnya aku terlalu banyak dosa...

Kemana harus aku tuju, dimana jalan yg sebetulnya
adakah aku perlu hidup keseorangan tanpa memikirkan sesiapa lagi
meneruskan kehidupan hingga akhir hayatku
tidak perlu memikirkan bahagia, kesusahan atau trend terkini
hanya berkhalwat pada Allah, bekerja, hiburkan hati dalam dunia ku
Namun aku takut pada kesunyian, keseorangan...



Ku serah takdir perjalanan hidupku kepadamu Ya Allah..
Andai sudah tertulis itu jodohku, matiku dengan redha ku terima
maka tunjukkanlah aku jalan yg betul
agar aku tidak membuat kesalahan dan menyakiti hati mana2 pihak.
Hanya satu yang aku mahu kini...dan tiada yang lain..
Bersama mu ya Allah..menuju ke jalan mu Allah
ku tiada siapa2 secara lahiriahnya...