Wednesday, 12 August 2015

Wild City

Sebab stress balik keja dan tak cukup tidur, jadi dengan lajunya pergi ke TGV cinema cari cite nak tgok. Tapi xde cite orang putih yang best. Tapi tgh stress sangat ni, maka tgok lah cite cina. Tak mengecewakan, best. Hero pun memang terkenal walaupun aku xkenal tapi aku selalu nampak la hero ni dalam cite cina. Beli pop corn dan air strawberi macam biasa. Masuk je wayang semua chinese..then lepas tu barulah couple melayu ni datang.

Yang inilah heronya...sapa kenal..
Cite ni mengisahkan seorang abang yang berhenti menjadi polis sebab semasa dia menangkap pencuri dia dapati adiknya (adik angkat) rupanya seorang pencuri, jadi dia lepaskan. Lepas tu dia berhenti menjadi polis sebab dia rasakan melepaskan adiknya yang merupakan seorang pencuri adalah bukan seorang polis yang baik. Jadi dia membuka kedai pub. Semasa dia menguruskan pub tu dia berjumpa dengan pelanggan wanita yang mabuk. Perempuan tu xbole memandu jadi dia bawa balik rumah mak angkat (dia anak angkat). Lepas tu, adik laki tu tolong perempuan tunda kereta tapi tiba-tiba ada orang jahat nak tangkap perempuan tu.

Perempuan tu dapat lepaskan diri dan sembunyi di hotel. Lepas tu dia telefon adik laki tu suruh bawa kereta dia. Dia suruh bawa beg yang penuh dengan wang. Masa dekat hotel tu diaorg kena serang lagi. Masa lawan tu ketua samseng tu mati, lepas tu ada anak buah dia yang nak balas dendam , so dia tangkap mak angkat dia ni.

Macam mana perempuan ni ada beg berisi wang banyak? Masa dia ikut boyfriend dia (lawyer) ke Hong kong dia kena tipu dengan Bf dia. Dia kena jual. Then dia tolak orang  yang nak rogol dia tu kemudian terantuk kepala. Dia curi duit orang jahat tu. The end cite ni anak buah penjahat tu mati kena tembak polis. Orang jahat yang nak rogol tu kena tangkap sebab laki yang asal polis tu letak pengesan kat wang tu masa dia bagi balik dekat lawyer konon berdamai dan nak mintak visa perempuan tu. Wang tu dia bagi balik dekat laki jahat tu. So polis dapat detect laki jahat tu melalui pengesan tu. Rupanya dalam rumah dia tu lagi berjuta-juta duit.

No comments:

Post a Comment