Wednesday, 12 August 2015

Fantastic Four


Hari sabtu 8/8/2015 tgok cite fantastic 4 bersama roti hotdog dan air strwberi di TGV cinema Cheras. Cite ni mengisahkan seorang pelajar (Reed Richard) yang telah mencipta mesin teleporting (bole hantar ke suatu tempat yang jauh/ merentas planet). Pelajar ni cipta mesin ni sejak kecil dan berkenalan dengan seorang pelajar di sekolahnya namanya Ben. So Ben ni yang bantu dia cipta mesin ni sehinggalah mereka remaja. Masa dekat pesta sains sekolah, ada sebuah syarikat tertarik hati dengan ciptaan dia, walaupun cikgu dia byak kali reject ciptaan mesin yang dia reka. Then dia terpilih dengan biasiswa penuh untuk satu tajaan reka cipta di sekolah sains macam tulah. Dia dengan saintis-saintis lain bersama-sama cipta mesin ni. Then terhasillah mesin ni. Saintis ni terdiri daripada dua orang anak pemilik sekolah ni dan seorang lagi saintis yang pernah hasilkan mesin ni tapi gagal sebab mesin tu hanya boleh hantar sahja tapi xbole pulang balik. 



Selepas berjaya mereka mesin ni, kemudian ada syarikat besar ni nk beli mesin ni dan of course orang lain yang akan naik mesin ni dan bukan saintis2 ni. Sebab rasa hendak menjadi orang pertama yang guna mesin teleport ni, jadi 3 orang saintis ni tak masuk seorang saintis perempuan ni termasuk Ben guna mesin ni. Then mereka sampai ke sebuah planet. Planet ni dipenuhi sejenis sel saraf berwarna hijau yg boleh mebuat seorang manusia itu berubah (mutasi) atau ada kuasa. Masa diorang mengembara tu, tiba-tiba planet tu meletup macam gunung berapi. 3 orang berjaya balik dan seorang jatuh dalam sel hijau ni. Saintis perempuan (Susan) ni yang tolong 3 orang ni balik tapi dia pun turut terkena kesan sel hijau tu. Akibatnya, dia juga bermutasi. Saintis perempuan ni ada kuasa macam pertahanan, Ben menjadi manusia batu dengan tenaga kekuatan yang luar biasa, Reed ada kuasa elastik, dan adik Susan ni ada kuasa api. 



Untuk memulihkan diaorang balik, direka satu mesin lain untuk dibuat ujikaji tentang planet tersebut. Masa syarikat sekolah sains ni berjaya mereka mesin lain dan pergi ke planet tersebut, syarikat ni berjaya jumpa seorang saintis yang jatuh itu. Diaorg bawa balik dia. Dia ada kuasa minda, dan badan dia penuh dengan sel hijau tu. Dia berubah menjadi jahat, tamak dan mahu hanya dia berkuasa di seluruh planet. Jadi dia nak musnahkan panet bumi. Jadi empat orang yang ada kuasa ni mempertahankan bumi. Sebab tu lah nama team diorang dinamakan fastastik four. The end.... Tapi yang aku tak puas ati tu kuasa tiga orang tu boleh berubah manusia balik dan manusia batu tak boleh berubah jadi rupa manusia dan kekal rupa batu. Macam mana dia nak kawin dan bukan dia nak pergi sangat pun, kawan dia yang ajak.. kesian betul dekat dia. Waaa Waaa Waaaa (nada sedih)

No comments:

Post a Comment