aku rasakan kenangan dahulu masih menghantui aku
aku fikirkan dahulu aku terlalu ego, sehingga aku kehilangan
sentiasa terfikir apa yang terjadi adalah salah aku atau keadaan atau orang lain
aku cuba perbaiki, buang ego, terima adanya, harap itu ketentuan aku
tapi aku dihimpit dengan bertambahnya masalah
Sesungguhnya aku terlalu banyak dosa...
Kemana harus aku tuju, dimana jalan yg sebetulnya
adakah aku perlu hidup keseorangan tanpa memikirkan sesiapa lagi
meneruskan kehidupan hingga akhir hayatku
tidak perlu memikirkan bahagia, kesusahan atau trend terkini
hanya berkhalwat pada Allah, bekerja, hiburkan hati dalam dunia ku
Namun aku takut pada kesunyian, keseorangan...
Ku serah takdir perjalanan hidupku kepadamu Ya Allah..
Andai sudah tertulis itu jodohku, matiku dengan redha ku terima
maka tunjukkanlah aku jalan yg betul
agar aku tidak membuat kesalahan dan menyakiti hati mana2 pihak.
Hanya satu yang aku mahu kini...dan tiada yang lain..
Bersama mu ya Allah..menuju ke jalan mu Allah
ku tiada siapa2 secara lahiriahnya...
No comments:
Post a Comment