Sunday, 22 January 2012

Rahsia Malam Sebagai Waktu Istirahat







Rahsia Malam Sebagai Waktu Istirahat

Quran menyatakan:
Dialah yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki”
Surah AL-Furqan, ayat 47

Ayat ini menegaskan bahawa manusia tidak dijadikan sebagai makhluk yang nocturnal. Dalam ilmu fisiologi, di sepanjang malam tubuh kita melalui proses detoksifikasi. Pada jam 9-11 malam terjadinya proses detoksifikasi atau pemghancuran racun dalam badan dilakukan kalenjar limpa. Pada jam 11malam- 1 pagi pula detoksifikasi dilakukan oleh hati, sementara pada jam 1-3 pagi detoksifikasi dilakukan oleh hempedu, dilanjutkan detosifikasi oleh paru-paru pada jam 3-5 pagi. Sebab itulah mengapa pada antara jam 3-5 pagi orang kerap terbatuk kerana banyak racun dibuang paru-paru.Sedangkan pada jam 5-7 pagi proses detosifikasi usus berlaku. Ketika itu yang terbaik membuang air besar. Oleh sebab itu tidak sama kualiti tidur pada siang dan malam hari, walaupun jumlah jam tidurnya sama.Tidur yang sihat adalah antara 4-7 jam sehari berbaring mengiring ke sebelah kanan dengan suasana kamar yang relative gelap. Suasana gelap membuatkan hormon melatonin bekerja pada tahap optimum. Jangan tidur pada pagi sesudah solat Subuh, di petang hari sesudah solat Asar dan tidur selepas makan adalah amalan tidur yang buruk. Menurut perubatan, tidur selepas makan menganggu aliran makanan daripada perut ke usus. Ketika tidur disiang hari, tubuh kita didominasi oleh peranan saraf simpatis. Hal ini menyebabkan pengeluran enzim-enzim perncernaan berkurang. Tidur selepas makan malam pula membawa kepada obesiti atau kegemukan kerana makanan dicernakan terlalu baik pula.

Posisi Tidur yang sihat
Tidur ke arah kanan adalah posisi yang terbaik dimana paru-paru kiri yang lebih kecil daripada sebelah kanan memberi tekanan yang sangat kecil kepada jantung. Hati juga tidak membebani perut sehinggakan perut menjadi lebih mudah dan cepat dikosongkan. Dari segi intervensi perubatan, tidur mengiring ke kanan membantu pembuangan rembesan mucus pada bronkhiolus respiratorius kiri. Apabila kita perhatikan struktur anatomi organ paru-paru, maka percabangan bronchus kanan dan kiri tidaklah semetri. Sebelah kanan relatif lebih lurus sedangkan sebelah kiri berposisi lebih vertikal sehingga pengeluaran mukus menjadi lebih sulit sedikit di bahagian kiri berbanding kanan. Dengan tidur mengiring ke kanan maka pembuangan akumulasi mukus dipermudahkan bagi bronchus sebelah kiri yang agak vertikal tadi. Juga dianjurkan kepala kita menghadap utara dan kaki menghadap ke kanan. Tubuh tidak menolak arus medan magnet konstan yang mengalir sekujur tubuh daripada kutub magnetik utara menuju ke selatan yang turut mempengaruhi keadaan tubuh kita seperti posisi menghadap kiblat.

Variasi makanan yang disebut di dalam Al-Quran

 Kelompok makanan sumber binatang

1.      Daging Burung (Surah al-Waqi’ah ayat 21)
2.      Daging yang segar (dari laut) (surah Fatir ayat12)
3.      Binatang ternakan (Surah an-Nahl, ayat 5& 14)
4.      Daging (Surah at-Tur, ayat 22)
5.      Salwa (burung puyuh) (surah al Baqarah, ayat 17)

Kelompok makanan Tumbuhan dan buahan

1.      Kurma dan anggur (Surah an-Nahl, ayat 67)
2.      Buah Tin (Surah at-Tin ayat1)
3.      Zaitun (surah Surah at-Tin ayat 1, Surah al-An’am. Ayat 99, surah al- Mukminun ayat 20)
4.      Tanaman yang menghijau, delima (surah al- Mukminun ayat 19, surah ar-Rahman , ayat 68)
5.      Pisang (Surah al-Waqiah ,ayat 29)
6.      Biji-bijian (Surah yaasin ayat 33)
7.      Biji-bijian berkulit (surah ar-Rahman , ayat 12)
8.      Biji sawi ( Surah Luqman, ayat 16)
9.      Biji-bijian yang diketam (Surah Qaf, ayat 9)
10.  Gandum ( Surah Yusuf, ayat 43 dan 46)
11.  Sayur-sayuran ( surah Abasa [80]: 28)
12.  Sayur, timun, bawang putih, bawang merah, kacang ( Surah al_baqarah ayat 61)
13.  Labu ( Surah as-Saffat ayat 146)
14.  Jahe (Surah al-Insan, ayat 17)

Kelompok produk sumber haiwan
1.      Susu (Surah an-Nahl ayat 66)
2.      Madu (surah an-Nahl ayat 69)

You Are What You Eat
Dalam kalangan pakar nutrisi terdapat ungkapan yang dipersetujui umum iaitu ‘You are what you eat’ iaitu selain menjadi sumber keperluan tenaga badan, makanan juga membentuk perilaku, mood serta keperibadian kita. Contohnya madu, Lebah hanya memakan makanan yang terbaik iaitu intipati atau nectar bunga. Lebah juga hanya mengeluarkan produk yang terbaik iaitu madu. Madu sangat bermanfaat kepada manusia. Lain-lain karakter terpuji lebah yang mungkin berkaitan dengan pola makanannya yang selektif adalah bekerja keras, tertib dan professional. Masing-masing mempunyai tugas yang spesifik, membela kehormatan diri dan tidak mengamalkan seks bebas. Lihatlah kambing, Karakternya yang lembut tidak terlepas daripada pengaruh pola pemakanannya sebagai haiwan herbivore. Berbeza daripada haiwan karnivor yang berkeperibadian keras dan ganas serta cenderung hidup secara individu seperti singa atau kucing. Pada ekstrem yang satu lagi kita dapat lihat haiwan khinzir yang sanggup memakan sisa kotorannya sendiri. Karakter yang dimiliki haiwan ini juga keji seperti pemalas dan suka melakukan seks bebas.

Bahaya makanan yang diharamkan

Bahaya bangkai

Cara kematian haiwan dapat ditentukan sama ada haiwan itu menjadi halal atau haram dimakan. Ada beberapa cara kematian haiwan ternakan yang menjatuhkan status haiwan itu menjadi haram. Diantaranya, dengan cara mati tercekik, mati dipukul benda keras, mati jatuh dari tempat tinggi, mati ditanduk dan mati sebagai mangsa haiwan pemangsa.
Mengikut ilmu patofisiologi, haiwan yang mati tercekik menjadi toksik. Ini berikutan terjadinya peristiwa terkumpulnya kabon dioksida didalam tubuh haiwan kerana oksigen tidak dapat masuk melalui paru-parunya. Mati akibat dibunuh haiwan pemangsa juga mengakibatkan haiwan tersebut menjadi toksik kerana terdapatnya racun ataupun mikroorganisma patogen daripada air liur gigitan haiwan pemangsa. Oleh itu, cara kematian haiwan begini juga membahaya kepada kesihatan. Oleh sebab itu, Islam mengajar cara mendapatkan makanan yang halal daripada haiwan ternakan dengan cara penyembelihan. Cara penyembelihan yang tepat pada saluran darah besar di leher iaitu arteri-vena carotid sehingga darahnya dapat mengalir keluar semuanya.

Bahaya Darah
Tahukah anda sajian darah seperti darah binatang buas, darah ular tedung yang kononya dipercayai mampu meningkatkan kesihatan akan turut dimakan bersama mikrob-mikrob pathogen di dalamnya dimana boleh menyebabkan penyebaran penyakit. Ada hadis menyatakan “Tidaklah Allah menjadikan ubat bagi umatku kepada sesuatu yang diharamkan keatasnya”. Kandungan urea dalam darah dapat menyebabkan hiperuremia yang mengakibatkan kegagalan fungsi ginjal ataupun disebut hipernamoniak. Apabila berlanjutan, keadaan ini juga boleh mengakibatkan koma.

Bahaya daging Khinzir
Tahukah anda daging Khinzir mempunyai 15 kali lebih tinggi kadar kolesterol berbanding lembu dan haiwan ternakan yang lain. Komposisi lemak Khinzir tidak mampu dihidrolisis oleh tubuh kita dan tersimpan di dalam tubuh manusia sebagai lemak khinzir itu sendiri. Selain itu, cacing taenia saginata, cacing trichinella spriralis, dan salmonella adalah antara bakteria dan parasit yang banyak ditemui dalam daging khinzir. Struktur anatomi cacing pita pada Khinzir adalah jenis yang paling berbahaya. Kepala cacing pita itu terdapat alat pengait atau rosteleum yang mengcengkam saluran pencernaan dengan kuat dan mustahil bagi dilepaskan.

Minuman alcohol
Pengambilan alcohol akan mempengaruhi sistem saraf manusia. Kesan toksik alcohol menyebabkan sejumlah gangguan perilaku seperti kehilangan kawalan, hilang rasa malu, penurunan mood, kehilangan ingatan, dan delirium ataupun khayalan. Minuman alcohol menyebabkan tercederanya sistem hormon dan mengakibatkan keadaan hipoglisemia, meningkatkan testosterone dan merosakkan sejumlah organ-organ penghadaman termasuk hati. Terdapat hubungan yang signifikan antara penyakit pancreatitis, ulkus peptikum, karsinoma gaster, cirrhosis hepatis dan serangan sakit jantung dengan tabiat pengambilan alcohol.


No comments:

Post a Comment