Thursday 13 October 2016

Tukar cermin Kereta Depan

Alkisah..berlaku satu keretakan kecil pada cermin kereta aku. Tak tahu apa penyebabnya tapi aku rasa terkena batu seperti bunyi 'ketak' semasa tengah memandu. Jadi sumbing lah tapi tak retak, pastu cermin tu retak sedikit demi sedikit..jadi memanjang..nasib tak retak seribu. So survey la kedai cermin kereta yang boleh claim insurans.. Semua kedai mau potong kepala punya. Sudah claim insuran mau kita bayar lagi. Tak patut betoi...sakit hati betul.



Nampak tak keretakan memanjang kat cermin depan tu..

Survey kedai area Seri Kembangan semua tak boleh pakai. Ada yang Rm800 dan ada Rm 1000 tu tak termasuk upah. Siap demo bagai. Ada yang cermin original tapi tak da cop. sah2 la bukan original. Bila suruh keluarkan cermin cakap kena oder dululah. Ada yg cakap sama saja dengan ada cop. Ini lagi bagus padahal guna cermin brand china mana tah. Sapa tahu.

Tapi yang pasti aku cari cermin kereta aku mesti mau sama yang asal dan ada kod nombor pada cermin. dan mesti tunjuk dan pasang depan2. So cari punya cari sampai da give up da sebab semua kedai sama ja. Akhirnya jumpa satu kedai di Equine Park. Layanan tip top. siap bagi tip2 lagi. Pemasangan ambik masa selama 3 jam. Dan caj pun tak mahal. Ada code nombor.

Cermin keta dah tanggal da..

Cerita tentang insurans pula ada insuran tertentu kedai tak mau ambik. Macam insurans yang aku ambik ni kena buat report polis dan ada sesetengah insurans tak perlu buat report polis. Tapi menurut tauke kedai tu cakap kalu ambik kurnia lagi leceh sebab customer perlu bayar dulu lepas tu claim kemudian. Yang tu aku tak suka. Sangat melecehkan.

Dokumen yang korang kena kasi untuk claim insuran kat kedai adalah salinan ic, salinan lesen memandu, salinan geran kereta, salinan insurans, dan laporan polis. So ada benda tu korang boleh la claim insuran kat cermin keta korang. So lepas ni kalu nak renew road tax kena survey insurans juga baru senang kalau apa2 hal nk claim. Ada satu insurans ni langsung kedai keta tak nak sebab susah bebenoi nak claim.

Dan lagi satu masa nak beli insuran tu masukkan external coverage untuk cermin tak mahal pun ada yang rm 80, rm 90 dan lain2. Yang aku punya aku ambik Rm 150 coverage cermin. Malang tak berbau kan so sediakan payung sebelum hujan. Kalau xda external coverage untuk cermin walau ada insuran korang tak boleh claim insuran tuk cermin. so terpaksalah guna duit korang sendiri. da lah harga cermin saja da beratus-ratus...melayang duit kau jah...tak pasal2 takkan nak marah batu kan...


Kesian kena pakai palster untuk seketika...




Doraemon

Cakap tentang doraemon...teringat zaman kecik dulu suka sangat baca komik doraemon. tapi disebabkan waktu kecik dulu xda duit nak beli komik, bila kawan kasi pinjam seronok gila..tak sabar2 nak balik rumah baca. Sekarang hanya tinggal kenangan. Tapi still minat lagi.. dan ada seseorang telah hadiahkan patung doraemon..melompat-lompat la untuk seketika.. gembira betoi...

Siap balut kan..

Da tanggal pembalut plastik...comel kan..

Dorayaki blueberry...dulu masa kecik hairang sungguh napa doraemon suka makan sangat dorayaki ni..sedap sangat ke...teringin giler waktu tu nak rasa. Then sekarang da rasa. mmg sedap. Tapi tak da la fanatik macam doraemon.
 

Beli Cermin mata

Actually aku ni ada rabun jauh sejak sekolah lagi, tapi tak suka pakai spek. Tapi disebabkan nak bawa kereta selalu tak nampak sign board jalan. so decide nak beli cermin mata. Adik aku recommend satu kedai dekat Bukit Jambul dan harganya pun tak mahal.

Aku suka cermin mata frame yang ringan, dan design yang simple. Actually aku suka warna hitam. Tapi da habis so ambiklah yang kat tepi tu warna oren. Harga Rm 140 tapi aku nak cermin tu bole tukar warna waktu kena cahaya panas kena tambah Rm 80. Jadi lah RM220. Kriteria tu paling penting sebab aku ni anti cahaya. Takot benor almaklum lah ada sakit migrin tahap kritikal...buat teruk..hahaha..


Ni lah cermin matanya...lawa kan..dapat kotak yang cantik lagi. 

Jam tangan Solvil Titus

Tarikh 13/10/2016..aku beli jam tangan jenama Solvil Titus. Aku belum ada jam tangan lagi dan da lama impian nak beli jam. Akhirnya tercapai juga impian aku. Nk beli jam murah, tangan ni tak dapat terima.. kulit alergi atau mak aku cakap kulit orang kaya. Actually bab-bab jam ni aku tak tahu sangat. Cari kat google pun tak banyak yang buat review. Tapi kalau jam tangan mahal-mahal macam Rolex, Tag Heur dan seangkatan dengannya tu ada lah banyak review. Tapi aku tak nak lah beli jam sampai berpuluh ribu. Kriteria pilihan jam yang aku nak beli adalah

-Average harga RM 1000 ke bawah
-Tali jam tangan genuiene leather
-Tali jam tangan warna putih
-Jam tangan automatik pakai mesin (kunci)
-Ada bling bling (ada batu)
-Boleh nampak mesin

Cari punya cari akhirnya jumpa beberapa yang menepati kriteria dan berkenan di hati. Antaranya Roscani, Casio, Bonia dan Solvil Titus.

Yang Casio aku suka sebab ada lampu dan tali leather dan ada kacip macam tali besi jadi tak perlu tebuk lubang. Tapi batu di luar tak da warranty just di dalam. Warranty hanya 1 tahun. Diskaun pula hanya 10 %. Satu saja tak menepati ciri sebab pakai bateri.

Yang Bonia pula yang pertama sekali aku berkenan dan kedai pertama aku masuk. Jam Bonia ni menepati kriteria aku. Ada bling-bling yang sangat banyak.Cuma jam ni kena goyang waktu kena pakai. Promoter tu cakap lepas goyang boleh tahan 2 hari. Entah betul ke tidak. Sebab jam jenis goyang ni aku pernah pakai. Kalau tak pakai jam ini akan stop berjalan. Letih gila kot nk memakainya. Leceh. Ada dua jam Bonia aku berkenan. First masa aku survey promoter tu cakap ada diskaun 25% lepas tu esok aku datang promoter lain pula bagitau hanya diskaun 20% sahaja. Macam tak best je diaorg suka-suka letak diskaun. So aku hold la dulu. Warranty jam ni pula hanya 1 tahun.



Yang Solvil Titus aku da survey di dua tempat dan harganya tetap. Aku berkenan dua jam. Satu yang nampak mesin sepenuhnya di depan dengan harga Rm 1250 dan satu lagi nampak mesin sikit je dengan harga RM 1510. Dan diskaun dua jam ni berbeza. Yang nampak mesin tu diskaun 20% dan yang nampak mesin cikit tu diskaun 30%. Actually diskaun hanya 10 % kat Titus tapi minggu tu ada promotion. dan hanya this week. So, agaknya terpengaruh dengan diskaun aku decide ambik jam Titus yang harga Rm 1510. Lagipun jam Titus ni adalah jenama watchmaker berbanding jam yang lain yang aku berkenan yang mana jenama jam fesyen.




Orang cakap kalau nak beli jam beli jam jenama watchmaker. Lagipun aku beli jam ni sebab dia guna kunci. Aku kan jenis yang pemalas. Aku tak suka nak adjust bagai. So, kalau dalam dok saja2 tu boleh la pusing-pusing main punat jam ni. Itu namanya kunci macam main music box. cam tu la. Lagi satu jam ni permukaan jam sapphire (tahan lasak) permukaannya. Dan paling best warranty 2 tahun termasuk batu di luar dan dalam. Berbaloi tu. Aku berkenan gak yang nampak mesin sepenuhnya ala2 canggih gitu tapi macam agak susah cikit nak tengok nombor. Mata korang asyik nak tgok mesin tu gerak dari jarum jam. tu yg jadi pening. Tapi org tu cakap lama2 nati biasalah. Tapi mmg rare gila la pakai. Oh ya jam ni kena goyang tapi nak kunci pun boleh juga. Aku dengar goyang ni ada fobia cikit..hihi.


Jam ni memang canggih dan lawa tapi macam susah sikit aku nak tengok jam pukul berapa dan tak da batu kat dalam.

 
So aku decide ambik yang ni...senang nak tengok kan...

Sunday 24 April 2016

Criminal

Criminal
Tgok cite ni dekat Jusco Cheras, hari Ahad, 24/04/2016 kol 7.15 pm.

Cite ni mengisahkan latar belakang penyiasatan CIA. Bermula dengan seorang agen CIA bernama Bill mati di tangan musuh. CIA tak sempat dapat maklumat dari ejen ni. kat mana duit tu di simpan dan kat mana dutchman seorang yang dikehendaki oleh kedua2 belah pihak baik dan jahat. sebab dia ni bole lancarkan bom. Rentetan daripada tu, jadi CIA ni guna pindahkan memori Bill yang da mati kepada Jericho seorang criminal dalam penjara yang jahat. Jadi dijalankan pembedahan ke atas Jericho. Jericho dapat semua maklumat yang ditinggalkan oleh Bill termasuk kenangan bersama isteri dan anaknya Emma.

Daripada jahat Jericho bertukar menjadi baik. Dia berjaya jejaki Duntchman tapi malangnya di akhir cite Dutchman mati di tangan musuh. Musuh tangkap isteri dan anak Bill, Jericho pergi menyelamatkan isteri dan anak Bill meskipun CIA da halang. Memang meluat betul dekat ketua CIA tu. dia nak misi berjaya je. Orang lain mati apa ke dia tak nak ambik tau. Akhir sekali, Jericho berjaya selamatkan isteri dan anak Bill. Musuh dia kena tembak dengan peluru berpandu. kapa terbang dia meletup. Jericho kena tembak tapi dia selamat. So, CIA cadang nak ambik Jericho masuk dalam CIA. Ingat dalam cite ni memori tetang Bill akan hilang sebab saintis tu cakap memori tu tak kekal lama. Tapi Jericho still bole ingat. Cite ni bole la. nak kata best sangat tak la sangat. Aksi pun kurang.

Bill masa kol isteri dia...

Jericho masa nak kena buat pembedahan...

Isteri Bill...


Wednesday 20 April 2016

Hunstman


Pada 20/4/2016 tgok cite Huntsman di Jusco Cheras pada kol 7.15 malam.

Cite ni mengisahkan cerita di sebalik cite kisah dongeng terkenal snow white. Cite ni mengisahkan adik Ravenna iaitu mak tiri snow white yang jahat yang mempunyai seorang adik perempuan bernama Freya. Kisah ini bukan cite snow white tapi ada kena mengena dengan cite snow white. Cite ni menceritakan kisah adik Ravena iaitu Freya. Freya ni bercinta dengan seorang laki di dalam istana kakak dia. Dan kemudian Freya ni mengandung dan melahirkan anak perempuan. Tapi kekasih dia kena kawin dengan orang lain pilihan keluarga. kekasih dia hantar surat nk lari dengan Freya. Tapi masa yang dijanjikan dia tgok bilik dia terbakar. dan kekasih dia bakar anak dia. Jadi dia bunuh kekasih dia tu dan tidak percaya pada cinta lagi.


Eric

Sara

Dia keluar dari istana kakak dia dan bina kerajaan dia sendiri. Dia tangkap semua budak2 jadi dia punya askar perang dan dalam kerajaan dia tidak boleh ada kasih sayang. Oh ya. Freya ni ada kuasa ais. macam puteri Frozen gitu. So, dalam banyak budak2 yang ditangkap ada seorang askar laki nama Eric dan askar perempuan, Sara jatuh cinta. Mereka membesar dan menjadi kuat hinggalah Freya dapat tahu diaorg bercinta. jadi kena hukuman. Freya membuat helah pada hunstman Eric dan Sara dengan pisahkan diaorag. Disebabkan itu Eric ingat Sara telah mati dan Sara ingat Eric tinggalkan dia. Sehinggalah berlalunya 7 tahun di mana kerajaan kakak dia Ravenna kalah di tangan Snow White.


Permaisuri Ais (Freya) dan Permaisuri jahat (Ravena)

Kemudian cermin sakti Ravena hilang. Jadi Freya mahu dapatkan cermin kakak dia. Hunstman telah halang. Akhirnya Freya berjaya dapatkan cermin saktu tu balik dan Ravena dihidupkan semula dengan sebadan dengan cermin tu. Masa Eric datang nak bunuh Freya, Ravena telah menyebabkan askar-askar dia memberontak. Jadi Freya telah halang dan dari situ Freya dapat tau yang sebenarnya anaknya mati disebabkan Ravenna rasuk kekasih dia bunuh anak dia sendiri. Sebab cermin sakti tu bagitau yang anak Freya akan jadi perempuan yang cantik daripada Ravena. Jadi berlaku pergaduhan Freya dengan Ravena. Akhirnya Ravena mati dan kemudian Freya pun turut mati. Memang kesian kat Freya. Happy ending Eric dengan Sara terselamat.

Tuesday 8 March 2016

10 sifat isteri yang memberi rezeki kepada suami

1. Isteri yang pandai bersyukur
Isteri yang bersyukur atas segala kurniaan Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk rezeki. Mempunyai suami, bersyukur. Menjadi ibu, bersyukur. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberikan nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberikan kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).

2. Isteri yang tawakal kepada Allah
Di saat seseorang bertawakkal kepada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya.
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. Ath Thalaq: 3).
Jika seorang isteri bertawakkal kepada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya. Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak selalu semestinya terus diberikan kepada wanita tersebut. Boleh jadi Allah akan memberikan rezeki yang banyak kepada suaminya, lalu suami tersebut memberikan nafkah yang cukup kepada dirinya.

3. Isteri yang baik agamanya
Rasulullah menjelaskan bahwa wanita dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, nasabnya dan agamanya.
“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
Beruntung itu beruntung di dunia dan di akhirat. Beruntung di dunia, salah satu aspeknya adalah dimudahkan mendapatkan rezeki yang halal.
Cuba kita perhatikan, insya Allah tidak ada satu pun keluarga yang semua anggotanya taat kepada Allah kemudian mereka mati kelaparan atau nasibnya tidak baik. Lalu bagaimana dengan seorang suami yang banyak bermaksiat kepada Allah tetapi rezekinya lancar? Boleh jadi Allah hendak memberikan rezeki kepada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Jadi berkat taqwa isterinya dan bayi atau anak kecilnya yang belum berdosa, Allah kemudian mempermudah rezekinya. Suami semacam itu sebenarnya berhutang pada isterinya.

4. Isteri yang banyak beristighfar
Di antara keutamaan istighfar adalah mendatangkan rezeki. Hal itu boleh dilihat dalam Surat Nuh ayat 10 hingga 12. Bahawa dengan memperbanyak istighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyak harta.
“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu”(QS. Nuh : 10-12).

5. Isteri yang gemar silaturahim
Isteri yang gemar menyambung silaturahim, baik kepada orang tuanya, mertuanya, sanak keluarganya, dan saudari-saudari seaqidah, pada hakikatnya dia sedang membantu suaminya memperlancar rezeki. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.
“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahim.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

6. Isteri yang suka bersedekah
Isteri yang suka bersedekah, dia juga pada hakikatnya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Sebab salah satu keutamaan sedekah sebagaimana disebutkan dalam surat Al-Baqarah, akan dilipatgandakan Allah hingga 700 kali lipat. Bahkan hingga kelipatan lain sesuai kehendak Allah.
Jika isteri diberi nafkah oleh suaminya, lalu sebagiannya dia gunakan untuk sedekah, mungkin tidak terus dibalas melaluinya. Namun boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang ditumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha luas lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 261).

7. Isteri yang bertaqwa
Orang yang bertaqwa akan mendapatkan jaminan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan dia akan mendapatkan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Sebagaimana firman Allah dalam surat Ath-Talaq ayat 2 dan 3.
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq: 2-3).

8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya
Jika seseorang ingin mendapatkan sesuatu, dia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Dia tidak boleh mendapatkan sesuatu tersebut melainkan dari pemiliknya.
Begitulah rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah Azza wa Jalla. Dialah yang Maha Pemberi rezeki. Maka jangan hanya bergantung kepada usaha manusiawi namun perbanyaklah berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami agar senantiasa mendapatkan limpahan rezeki dari Allah, dan yakinlah jika isteri berdoa kepada Allah untuk suaminya pasti Allah akan mengabulkannya.

“DanTuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan” (QS. Ghafir: 60).

9. Isteri yang gemar solat Dhuha
Solat Dhuha merupakan solat sunnah yang luar biasa keutamaannya. Solat Dhuha dua rakaat setara dengan 360 sedekah untuk menggantikan hutang sedekah tiap sendi. Solat Dhuha empat rakaat, Allah akan menjamin rezekinya sepanjang hari.
“Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?” Beliau menjawab, “Engkau membersihkan kahak yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah sedekah. Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua raka’at Dhuha sudah mencukupimu.” (HR. Abu Dawud).
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, nescaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”(HR. Ahmad).

10. Isteri yang taat dan melayani suaminya
Salah satu kewajipan isteri kepada suami adalah mentaatinya. Sepanjang perintah suami tidak dalam rangka mendurhakai Allah dan RasulNya, isteri wajib mentaatinya.
Apa hubungannya dengan rezeki? Ketika seorang isteri taat kepada suaminya, maka hati suaminya pun tenang dan damai. Ketika hatinya damai, dia boleh berfikir lebih jernih dan kreativitinya muncul. Semangat kerjanya pun menggebu. Ibadah juga lebih tenang, rezeki mengalir lancar.