Kisah ni kisah cinta. Ku tgok cite ni dekat Jusco Cheras. Selama ku tgok cite wayang xpernah lagi la tgok cite cinta, tapi disebabkan xde cite best. relakan je la tgok. Cite ni best juga la. Cite ni based on buku novel yang laris dijual. Tajuk Paper Town juga. Apa kena mengena tajuk ni dengan cite ni. takkan bandar ni dibuat dari kertas kan. Kisahnya bermula seorang kanak2 lelaki yang baru berpindah ke perumahan baru tu namanya Quentin. Then dia kenal seorang kanak-kanak perempuan yang mana dia adalah jiran sebelah rumahnya, Margo. Quentin ni suka sangat kat perempuan ni tapi dia pendam je.Semakin menginjak dewasa haluan mereka semakin berbeza. Margo ni suka keluar mlm, bergaul dengan org sana sini yg bukan2 dan sgt suka kepada kehidupan yang excited, adventure gitu. Si Quentin pula kehidupannya seperti normal, study, g sekolah, then cita2 nk dpat kerja dan kawin dapat anak dan seterusnya tua cam tu la. Jadi, diaorg ni sejak meningkat remaja mereka xpernah bersembang lagi.
Nak dijadikan satu cite, Margo ni pada satu malam datang rumah Quentin nk pinjam keta mak dia, mmg dia was2 jadi dia hantarkan.. rupanya si perempuan ni nk balas dendam dekat kawan2 dia yang belot dekat dia. rampas kekasih dia. tapi lepas si Quentin ni kawan dgn Margo hidup dia mcm jadi meyeronokkan. mcm kes balas dendam, mencuri kat hypermarket, lari dan kena kejar. Tapi, lepas kes Margo balas dendam tu. dia hilang dari rumah. Mak bapa dia da malas da nk ambik port bila polis siasat dan nak cari dia pun da tak da, sbb da selalu sgt buat perangai. Jadi si Quentin ni g cari la si Margo ni bersama kawan dia dan kawan baik perempuan tu. Dia ingat si Margo tu tinggalkan klu tuk dia cari Margo. Tapi sebenarnya tidak, Margo tu membawa diri sbb nak cari kehidupan lain. Akhirnya si lelaki ni berjaya jumpa perempuan ni, tapi dia xnak balik coz dia nak cari erti kehidupan.. agaknya dia da jumpa. Endingnya mmg xberapa best tapi ku suka gak la coz dia xbersama pompuan tu. ku xsuka pompuan tu. Dok buat macam dia sempoi dan bagus2. Apa kaitan dgn paper town ni. Paper Towns ni maksudnya kota palsu yang sengaja diletakkan oleh pembuat peta untuk menandakan hak cipta, diserderhanakan oleh Margo menjadi sebuah kota yang dipenuhi oleh orang-orang yang penuh kepura-puraan dalam kehidupan seharian mereka ....teeee.
Thursday, 13 August 2015
Wednesday, 12 August 2015
Wild City
Sebab stress balik keja dan tak cukup tidur, jadi dengan lajunya pergi ke TGV cinema cari cite nak tgok. Tapi xde cite orang putih yang best. Tapi tgh stress sangat ni, maka tgok lah cite cina. Tak mengecewakan, best. Hero pun memang terkenal walaupun aku xkenal tapi aku selalu nampak la hero ni dalam cite cina. Beli pop corn dan air strawberi macam biasa. Masuk je wayang semua chinese..then lepas tu barulah couple melayu ni datang.
Yang inilah heronya...sapa kenal.. |
Cite ni mengisahkan seorang abang yang berhenti menjadi polis sebab semasa dia menangkap pencuri dia dapati adiknya (adik angkat) rupanya seorang pencuri, jadi dia lepaskan. Lepas tu dia berhenti menjadi polis sebab dia rasakan melepaskan adiknya yang merupakan seorang pencuri adalah bukan seorang polis yang baik. Jadi dia membuka kedai pub. Semasa dia menguruskan pub tu dia berjumpa dengan pelanggan wanita yang mabuk. Perempuan tu xbole memandu jadi dia bawa balik rumah mak angkat (dia anak angkat). Lepas tu, adik laki tu tolong perempuan tunda kereta tapi tiba-tiba ada orang jahat nak tangkap perempuan tu.
Perempuan tu dapat lepaskan diri dan sembunyi di hotel. Lepas tu dia telefon adik laki tu suruh bawa kereta dia. Dia suruh bawa beg yang penuh dengan wang. Masa dekat hotel tu diaorg kena serang lagi. Masa lawan tu ketua samseng tu mati, lepas tu ada anak buah dia yang nak balas dendam , so dia tangkap mak angkat dia ni.
Macam mana perempuan ni ada beg berisi wang banyak? Masa dia ikut boyfriend dia (lawyer) ke Hong kong dia kena tipu dengan Bf dia. Dia kena jual. Then dia tolak orang yang nak rogol dia tu kemudian terantuk kepala. Dia curi duit orang jahat tu. The end cite ni anak buah penjahat tu mati kena tembak polis. Orang jahat yang nak rogol tu kena tangkap sebab laki yang asal polis tu letak pengesan kat wang tu masa dia bagi balik dekat lawyer konon berdamai dan nak mintak visa perempuan tu. Wang tu dia bagi balik dekat laki jahat tu. So polis dapat detect laki jahat tu melalui pengesan tu. Rupanya dalam rumah dia tu lagi berjuta-juta duit.
Mission Impossible
Tgok cite ni lepas balik keja kol 6.45 petang dan beli roti hotdog di TGV cinema beserta air strawberi. Memang lapar gila waktu ni, then roti hotdog tu baru nak masak. So, dapatlah servis penghantaran dalam panggung wayang. hihi. Tentang cite ni memang best, ada banyak aksi dan kelakar dan xde kiss2 atau sewaktu dengannya. clear cite ni. Cite ni mengisahkan seorang ejen yang melakukan misi yang mustahil boleh dilakukan bagi seorang manusia. Cite ni bermula apabila seorang ejen yang bekerja dalam agensinya sendiri ingin menumpaskan sindiket. Namun agensi perisik ni dibubarkan dan semua ejennya terpaksa bekerja di dalam CIA.
Tapi seorang ejen dari agensi ni hilang sebab ditangkap ejen jahat. Tapi dia terlepas dari ejen jahat ni dan tak mati. Oleh sebab dia nak rungkai siapa yang tangkap dia ni jadi dia mencari maklumat ttg sindiket ni. Punca segalanya dari seorang perempuan yang menyelamatkan dia. Ejen ni nak selesaikan kes ni, jadi dia minta bantuan kawannya yang kena keja kat CIA. Jadi bermulalah misi yang mustahil. Apa misi mustahil tu?
Ejen tu, kawan dari CIA dia dan perempuan yang pernah selamatkan dia tu menceroboh tempat sindiket tersebut untuk cari maklumat tapi tempat tu kawalannya sangat ketat. Jadi dia dari CIA tu menyamar masuk dalam bangunan tu copy maklumat tapi untuk masuk ke situ diaorang kena masukkan data sebagai pekerja kat situ dalam sistem sindiket tu. Sistem tu ada dalam turbin dalam laut yang berpusar. Jadi perempuan ni yang akan jaga dan berhentikan sistem pusaran tu tapi hanya 3 minit je pusaran tu boleh berhenti. Jadi macam mana nak masukkan?. Ejen ni berjaya tapi dia xdapat tahan nafas 3 minit jadi dia pengsan dalam laut. Jadi perempuan ni yang selamatkan dia.
Tapi lepas tu perempuan tu belot dan rupanya dia gunakan ejen ni dapatkan maklumat sindiket tu untuk agensi dia. tapi agensi dia pula belot dekat dia. Lepad tu perempuan tu tolong ejen tu. Ada aksi lawan2 dan kawan CIA dia ni kena ugut dengan sindiket ni. Ada juga dikaitkan denga perdana menteri diaorg (presiden) untuk buka data yang dicuri dari sindiket tu. Sebab xde orang lain yg boleh buka cuma presiden tu je.
Fantastic Four
Hari sabtu 8/8/2015 tgok cite fantastic 4 bersama roti hotdog dan air strwberi di TGV cinema Cheras. Cite ni mengisahkan seorang pelajar (Reed Richard) yang telah mencipta mesin teleporting (bole hantar ke suatu tempat yang jauh/ merentas planet). Pelajar ni cipta mesin ni sejak kecil dan berkenalan dengan seorang pelajar di sekolahnya namanya Ben. So Ben ni yang bantu dia cipta mesin ni sehinggalah mereka remaja. Masa dekat pesta sains sekolah, ada sebuah syarikat tertarik hati dengan ciptaan dia, walaupun cikgu dia byak kali reject ciptaan mesin yang dia reka. Then dia terpilih dengan biasiswa penuh untuk satu tajaan reka cipta di sekolah sains macam tulah. Dia dengan saintis-saintis lain bersama-sama cipta mesin ni. Then terhasillah mesin ni. Saintis ni terdiri daripada dua orang anak pemilik sekolah ni dan seorang lagi saintis yang pernah hasilkan mesin ni tapi gagal sebab mesin tu hanya boleh hantar sahja tapi xbole pulang balik.
Selepas berjaya mereka mesin ni, kemudian ada syarikat besar ni nk beli mesin ni dan of course orang lain yang akan naik mesin ni dan bukan saintis2 ni. Sebab rasa hendak menjadi orang pertama yang guna mesin teleport ni, jadi 3 orang saintis ni tak masuk seorang saintis perempuan ni termasuk Ben guna mesin ni. Then mereka sampai ke sebuah planet. Planet ni dipenuhi sejenis sel saraf berwarna hijau yg boleh mebuat seorang manusia itu berubah (mutasi) atau ada kuasa. Masa diorang mengembara tu, tiba-tiba planet tu meletup macam gunung berapi. 3 orang berjaya balik dan seorang jatuh dalam sel hijau ni. Saintis perempuan (Susan) ni yang tolong 3 orang ni balik tapi dia pun turut terkena kesan sel hijau tu. Akibatnya, dia juga bermutasi. Saintis perempuan ni ada kuasa macam pertahanan, Ben menjadi manusia batu dengan tenaga kekuatan yang luar biasa, Reed ada kuasa elastik, dan adik Susan ni ada kuasa api.
Untuk memulihkan diaorang balik, direka satu mesin lain untuk dibuat ujikaji tentang planet tersebut. Masa syarikat sekolah sains ni berjaya mereka mesin lain dan pergi ke planet tersebut, syarikat ni berjaya jumpa seorang saintis yang jatuh itu. Diaorg bawa balik dia. Dia ada kuasa minda, dan badan dia penuh dengan sel hijau tu. Dia berubah menjadi jahat, tamak dan mahu hanya dia berkuasa di seluruh planet. Jadi dia nak musnahkan panet bumi. Jadi empat orang yang ada kuasa ni mempertahankan bumi. Sebab tu lah nama team diorang dinamakan fastastik four. The end.... Tapi yang aku tak puas ati tu kuasa tiga orang tu boleh berubah manusia balik dan manusia batu tak boleh berubah jadi rupa manusia dan kekal rupa batu. Macam mana dia nak kawin dan bukan dia nak pergi sangat pun, kawan dia yang ajak.. kesian betul dekat dia. Waaa Waaa Waaaa (nada sedih)
Subscribe to:
Posts (Atom)