COKLAT-KELAKAR
Kamu yang menerima hadiah coklat dari si dia memang cukup bertuah. Maklumlah hari-hari indah kamu dihiasi dengan gelak tawa dan lawak dirinya. Tak kering gusi. Jejaka yang suka menghadiahkan coklat ini di hari-hari istimewa ini sentiasa mahukan kegembiraan subur dalam diri insan tersayang. Justeru, mereka mereka sedaya upaya melakukan yang terbaik demi membahagiakan kamu. Cuba imbas balik kerap tak sidia beri kamu coklat tak kisahlah yang mahal/ pun murah? Jika ya, nah itu jawapannya.
BUNGA-PENYAYANG
Sidia gemar memberi kamu bunga tak kisahlah sekuntum atau sejambak. Macam orang dulu-dulu kan? Nampak tradisional tetapi bunga-bunga itulah yang mewarnai hidup kamu. Malah kalau sehari kamu tidak terima bunga darinya, bisa berdentam dentum hatimu seketika. Khabarnya jejaka yang gemar menghadiahkan bunga kepada sang 'juwita' seorang yang penyayang dan berjiwa lembut. Dia sangat menginginkan kamu dalam hidupnya. Setiap saat kamu yang diingati dan didambakan. Kasih sayang si dia umpama bunga yang sentiasa kembang mekar, walau si bunga layu, cinta dan kasihnya masih tetap utuh!
PEN-MATANG
Jejaka ini memang matang, bertanggungjawab dan punya wawasan tersendiri. Dia tahu matlamat hidupnya. Malah dia sedaya upaya menjadikan dirinya suksess dan berjaya dalam apa jua yang diusahakan. Dia tegar, kukuh, mantap dan kuat memburu kejayaan. Cuba selidik kekasih hatimu, jika dia masih belajar, dia seorang yang bijak, rajin mengulangkaji pelajaran dan dalam masa yang sama memimpin beberapa pertubuhan dan persatuan. Sekiranya si dia sedang bekerja pula, dia sering diberi tugas menjayakan sesuatu projek atau program dan biasanya dia melakukannya dengan pantas dan cekap. Hasilnya pula, cukup memberangsangkan! seperti pen diperlukan oleh kita untuk mencatat apa-apa sahaja dan begitu juga dirinya, menjadi sandaran dan harapan orang dan di persekitaran.
CINCIN-SETIA
Dia mahu kamu menjadi miliknya selamanya. Jejaka ini digambarkan sebagai seorang sang setia dan berani menanggung risiko. Bukan mudah memberikan sesuatu yang boleh dianggap berisiko seperti ikatan cinta/ perkahwinan. Tetapi berlainan pula dengan sidia. Jika dia benar-benar sayang dan jatuh cinta pada kamu seorang, hanya kamulah yang menjadi pujaan. Tiada yang lain walau ramai gadis jelita yang datang mengoda. Si dia juga sedaya upaya untuk mendapatkan kamu dengan apa cara sekalipun. Tiada istilah gagal dalam kamus hidupnya dan semestinya puteri idaman hati adalah matlamat utama si dia. Jadi, terima sajalah apa-apa saja jenis cincin yang diberikan olehnya sama ada cincin emas, cincin plastik, cincin permata mahupun cincin silver. Yang penting ikhlas kan?
BABY DOLL & TEDDY BEAR-MANJA
'so sweet' !, Si dia yang menghadiahkan patung beruang, anak patung comel padamu sememangnya seorang yang sensitif dan manja. Lagak seperti anak patung kan? Comel, kiut, manja dan menghiburkan. Begitu jugalah dirinya. Perasan tak sidia yang selalu nak bermanja dengan kamu. Malah dia sering merajuk dan minta dipujuk. Aduh macam mana ni? Apa-apa pun yang penting kamu 'happy' saat bersama dengannya! tak gitu? Sungguhpun kekasih hatimu agak keanak-anakan sedikit, tidak mengapa kerana ia mengindahkan percintaan kamu berdua. Sikapnya yang manja bakal menyentuh naluri keibuan kamu. Sambil bercinta, dapat juga kamu belajar cara-cara untuk melayan anak-anak kamu yang bakal dilahirkan?
AISKRIM/ LOLIPOP-PERAMAH
Aha! Si dia memang ringan mulut orangnya. Susah nak cari lelaki yang banyak cakap dan ramah dengan semua orang. Kamu yang bertuah dapat kekasih hati sepertinya yang peramah, mesra dan ceria dan periang orangnya. Jarang melihat dirinya stress/ tension dengan sesuatu perkara. Walaupun kadang-kadang muncul rasa benggang dan bosan melayan kerenah dan cerita-cerita basinya. Kamu masih tetap sayang dan cinta pada si dia. Entah kenapa, ada sesuatu yang berharga dan bermakna dalam dirinya yang kamu sendiri tidak tahu apa. Macam aiskrim dan lolipop kan? Ada masanya kamu amat mengilainya dan ada masanya pula kamu jelak tapi ia tetap jadi pilihan utama hati. Betul tak?
MINYAK WANGI-CEREWET
Si dia yang suka menghadiahkan kamu wangian seperti minyak wangi dilihat sebagai seorang yang cerewet. Contoh sahaja pada penampilan dirinya, kemas, segak dan harum sentiasa. Ala-ala lelaki metroseksual. Jadi tidak hairanlah jika si dia juga mahukan orang disekelilingnya terutama kamu si kekasih hati menjadi seperti dia. Mujurlah sikap cerewetnya kena pada tempat. Taklah dia memarahi/ menegur kamu tidak tentu hala jika kamu menyepahkan barang-barangnya/ berpenampilan selekeh. Bagus juga kekasih cerewet ini sebab dia tidak sesekali ambil mudah dalam apa jua perkara.
KAD/ SMS/ E-MEL-WORKHOLIC
Janganlah bersedih hati jika kamu hanya mendapat kad ucapan sms/ e-mel dari si dia. Bukannya dia tidak sayang pada kamu. Padanya ucapan itu lebih berharga berbanding perkara lain. Lagipun kalau dia workholic kamu juga yang senang nanti. Maklumlah si dia memang sentiasa mengimpikan kesempurnaan dalam setiap perhubungan begitu juga dengan percintaan. Pun begitu kamu juga perlu bersedia untuk menghadapi detik-detik sukar dalam perhubungan sebab ada kalanya si dia memang seolah-olah mengabaikan dirimu dan lebih mementingkan kerjanya. Namun, kamu sentiasa di hatinya.
CANDLE LIGHT DINNER-ROMANTIS
Aduh......alangkah indahnya makan malam yang disinari lilin, malah mata kamu dan si dia bertentangan. Telinga pula didendangkan dengan alunan muzik sentimental yang membelai jiwa.....Asyik sekali! Dunia ini pula ibarat kamu berdua yang punya. Itulah penagan cinta jejaka romantis. Wah si dia memang jejaka yang romantis dan bermulut manis. Tiada lain yang diungkap dari bibirnya selain ucapan cinta dan pujian yang melambung tinggi. Bukan kamu sahaja, bahkan gadis-gadis yang berada disekeliling jejaka ini pasti terpesona denggannya. Lihat sahaja cara si dia melayan kamu. Senyuman manis, bicara tersusun indah, madah bicara yang halus dan tulus, pandangan mata memukau dan segala ciri 'prince charming' ada padanya! Kamu pasti lemas dalam cinta yang panas dam membara.