Wednesday, 30 May 2012

RAHSIA BILIK TIDUR

Cuba perhatikan dekorasi bilik tidurmu!...Mari bongkarkan rahsia keperibadian anda melaluinya. Anda juga dapat mengenal karakter peribadi rakan-rakan anda. Berikut terdapat 5 kategori bilik tidur yang boleh membongkar rahsia keperibadian individu...Let check it out!!


RINGKAS DAN SIMPLE

Jelas dekorasi biliknya kelihatan ringkas. Sebenarnya. individu yang memiliki bilik sebegini  boleh dikategorikan sebagai orang yang agak lurus. Boleh dikatakan individu ini juga jarang berada dirumah kerana gemar bersosial bersama orang-orang tertentu. Lihat sahaja biliknya yang kemas dan rapi itu, ia kelihatan seperti jarang berpenghuni. Secara fizikalnya pula, individu dari kategori ini gemar menjaga penampilan dan sentiasa ingin kelihatan bergaya walau di mana saja dia berada. Eii....tak rimas ke? Jangan terkejut sekiranya dia mengakui bahawa hobinya gemar tidur! Sememangnya itulah aktiviti yang akan dilakukan sekiranya berdiam diri di dalam bilik.  Baginya, rehat dalam keadaan amat tenang adalah amat diperlukan lebih-lebih lagi setelah seharian penat diluar! Kerana terlalu mementingkan penampilan, tidak hairanlah ada antara individu dari kategori ini yang memilih kerjaya sebagai pelatih gimnasium sebagai kerjayanya.



DIPENUHI BARANG SENTIMENTAL VALUE

Setiap apa yang dimilikinya disifatkan memiliki nilai kenangannya yang tersendiri. Individu ini gemar menyimpan kenangan dan akan menjaganya sebaik mungkin agar tidak hilang. Contohnya koleksi komik yang dikumpulkan sejak dari kecil. Ha, bahan sebegini pun boleh menjadi sebahagian daripada koleksi berharga di dalam bilik tidurnya itu! Individu dari kategori ini dilihat gemar memerap di dalam bilik! Ketika menyendiri itulah individu ini akan melakukan sesuatu khususnya kerja-kerja yang membabitkan hasil kerja tangan yang berseni. Pendek kata, individu ini memang kreatif. Bilik tidurnya juga gemar menjadi persinggahan teman-teman, tidak hairanlah sekiranya indivisu ini begitu mementingkan keindahan dan keselesaan bilik tidurnya itu. Oh ya! karier yang paling sesuai untuk individu sebegini terdiri dari bidang reka bentuk grafik, atau pereka fesyen.


MEWAH DAN PENUH PESONA

Aduh! Melangkah masuk ke bilik tidurnya, mampu membuatkan kamu terpegun. Semuanya serba mewah, kemas dan ada stail. Dari segi penampilan, dia memang bergaya habis dan nampak klass. Malah unsur-unsur etnik juga turut diselitkan dalam penampilannya. Tapi sayangnya seolah-olah seperti kurang berkeyakinan dan penakut. Hobinya pula suka berkhayal. Walau bagaimanapun, individu dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang gemar bersahabat dan mempunyai ramai kawan. Apabila menyenyuh soal kerjaya pula, bidang perekaan adalah paling sesuai untuk individu ini.



 SWEET ROMANTIS DAN SIMPLE

Dia bijak bermain dengan warna. Tapi sudah tentu warna yang mampu mencetuskan elemen romantis jadi pilihan. Dekorasi bilik itu juga kelihatan agak keanak-anakan atau 'sweet childish'. Hakikatnya, individu dari kategori ini boleh dikategorikan sebagai individu yang rapi serta teratur. Sikapnya yang romantis sering membuat orang yang terhampir dengannya mudah jatuh cinta! Meskipun begitu, individu ini boleh dikategorikan kekasih yang setia. Meyentuh soal perasaan pula, hati-hati ya! si pemilik bilik sebegini boleh dikatakan agak sensitif dan mudah tersentuh. Bidang perbankan pula adalah kerjaya yang paling sesuai bagi individu dari kategori ini, malah mereka juga amat sesuai sekiranya menceburkan diri dalam bidang perniagaan.




BERCITA RASA TINGGI

Terpegun bila melihat dekorasi bilik tidurnya itu, Ada 'taste' tersendiri. Walau bagaimanapun, sebenarnya si pemilik bilik sebegini lebih selesa bersederhana dalam segala hal. Namun disebabkan keperibadiaanya yang terlalu mementingkan personaliti dan penampilan, maka ramai yang beranggapan bahawa individu ini berasal dari golongan berada. Sikapnya yang terlalu mementingkan keselesaan ada kalanya merimaskan orang di sekelilingnya. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa individu dari kategori ini gak cerewet. Itulah Hakikatnya! Keselesaan adalah perkara yan terpenting dalam kehidupan sehariannya. Selain itu, dalam sola memilih teman hidup pula, individu dari kategori ini lebih gemar mencari individu yang boleh berkongsi minat dengannya!


Wednesday, 23 May 2012

RAHSIA WARNA WAKTU SOLAT




Alam Semesta ini penuh dengan misterinya...kenapa cuaca waktu senja berbeza dengan waktunya? Malahan warna yang terpancar melalui dada langit juga berbeza apabila masuk waktu solat lima waktu. Kenapa ini semua terjadi?? Itu ada petanda kebesaran kuasa Allah SWT.

Warna Biru Muda
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolosme tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa)-dalam erti kata yang lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap olah tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna Hijau
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (israq dan dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan penghadamana. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Warna Oren
Kemudian warna akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar dimana kemudian warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu....). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu ini amat diperlukan oleh organ organ reproduktif kita.

Warna Merah
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan diwaktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada diluar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini antara bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seeloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dahulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Warna Indigo
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya mamasuki warna kegelapan . Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kalenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.... Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taici, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah SWT tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini, seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih kerana DIA tahu hambaNya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

Wednesday, 9 May 2012

TANYA SAMA POKOK


Tanya sama pokok, apa sebab goyang nanti jawab pokok , tanyalah awan. Pokok ada kaitan yang unik dengan individu. Tahukah anda bahawa personaliti juga boleh dibongkar menerusinya. Jom kita mencari pokok hari jadi kamu!


23 DISEMBER - 1 JANUARI : POKOK APPLE
2 JANUARI - 11 JANUARI : POKOK FIR
12 JANUARI - 24 JANUARI : POKOK ELM
25 JANUARI - 3 FEBRUARI : POKOK CYPRESS

4 FEBRUARI - 8 FEBRUARI : POKOK POPLAR
9 FEBRUARI - 18 FEBRUARI : POKOK CEDAR
19 FEBRUARI - 29 FEBRUARI : POKOK PINE

1 MAC -  10 MAC : POKOK WEEDING WILLOW
11 MAC -  20 MAC : POKOK LIME
21 MAC : POKOK OAK
22 MAC - 31 MAC : POKOK HAZELNUT

1 APRIL - 10 APRIL : POKOK ROWAN
11 APRIL - 20 APRIL : POKOK MAPLE
21 APRIL - 30 APRIL : POKOKWALNUT

1 MEI - 14 MEI : POKOK POPLAR
15 MEI - 24 MEI : POKOK CHESTNUT
25 MEI - 3 JUN : POKOK ASH

4 JUN - 13 JUN : POKOK HORNBEAM
14 JUN - 23 JUN : POKOK FIG
24 JUN : POKOK BIRCH 
25 JUN - 4 JULAI : POKOK APPLE

5 JULAI - 14 JULAI : POKOK FIR
15 JULAI - 25 JULAI : POKOK ELM
26 JULAI - 4 OGOS : POKOK CYPRESS

5 OGOS - 13 OGOS : POKOK POPLAR  
14 OGOS - 23 OGOS : POKOKCEDAR
24 OGOS - 2 SEPTEMBER : POKOK PINE

3 SEPTEMBER - 12 SEPTEMBER : POKOK WEEDING WILLOW
13 SEPTEMBER - 22 SEPTEMBER : POKOK LIME
23SEPTEMBER - 3 OKTOBER  : POKOK HAZELNUT


4 OKTOBER - 13 OKTOBER : POKOK ROWAN
14 OKTOBER - 23 OKTOBER : POKOK MAPLE
24 OKTOBER - 11 NOVEMBER : POKOK WALNUT

12 NOVEMBER - 21 NOVEMBER : POKOK CHESTNUT
22 NOVEMBER - 11 DISEMBER : POKOK ASH

2 DISEMBER -11 DISEMBER : POKOK HORNBEAM
12 DISEMBER -21 DISEMBER : POKOKFIG
23 DISEMBER : POKOK BEECH


POKOK APPLE- KAMU SANG PENCINTA

Bagi kamu yang bernaung di bawah pokok ini, kamu seorang yang pendiam dan pemalu. Diri kamu penuh dengan pesona, pandai bergaya dan mepunyai daya penarik yang tersendiri. Sikap kamu menyenangkan orang disekeliling kamu tetapi awas, kamu seorang yang mudah memberi cinta. Kamu selalu mencintai, ingin mencintai dan akan murung jika tiada cinta. Kamu juga suka kepada kanak-kanak. Harapan kamu adalah untuk mendapat pasangan yang setia, pemurah dan juga gemarkan kanak-kanak.

POKOK ASH- KAMU SEORANG YANG BECITA-CITA TINGGI

Wah, kamu seorang yang mempunyai cita rasa tinggi. Kamu menawan, periang, seorang memilih kawan dan bijak. Kamu juga ada dikurniakan bakat oleh Maha Pencipta. Kamu tidak gentar bermain dengan risiko tetapi ego kamu setinggi langit. Kamu bersifat agak realistik kerana wang adalah segala-galanya bagi kamu. Disamping mahukan pasangan yang bijak, kamu juga dambakan perhatian yang penuh daripada pasangan. Tambahan pula, kamu memang berjiwa romantik!


POKOK BEECH- KAMU Si KREATIF

Cita rasa kamu adalah yang terbaik! Kamu pandai bermain dengan warna, tahu suai padankan sesuatu serta gemarkan seni dan abstrak. Kamu mempunyai karier yang bagus kerana minda kamu sentiasa terbuka untuk menerima kritikan. Kamu tidak ambil serius terhadap kritikan yang diberikan kerana kamu berjiwa bebas. Sifat panas baran itu juga perlu dikurangkan sedikit. Kamu tidak suka dikongkong, boleh menjadi seorang ketua yang baik dan seorang yang menitikberatkan isu kesihatan. Pasangan yang sesuai buat kamu? Tentulah sealiran dengan kamu. Baru sidia dapat memahami karenah kamu bagaimana.

 POKOK BINCH- KAMU PEMBERI INSPIRASI
 
Kamu seorang yang penuh berwawasan. Cita-cita kamu juga tinggi sehingga ia mendorong orang disekeliling kamu turut memberikan sokongan. Kamu seorang yang peramah dan gemar berkawan. Fikiran kamu penuh dengan imaginasi dan kamu seorang yang kuat berangan. Sikap kamu tidak dapat dijangka kerana hati keras kamu itu. Kamu juga seorang yang aktif dan bekerja keras. Kamu gemarkan pasanagan yang berjiwa lembut dan juga peramah. Memang sesuai jika dipadankan bersama. Tentu ada sahaja cerita antara kamu berdua. Letih bercerita kerana kedua-duanya banyak mulut. Jangan bosan sudah!

POKOK CEDAN- KAMU YANG BERKEYAKINAN 

Kamu seorang yang berkarisma. Punya kekuatan dalaman dan luaran mebuatkan kamu tidak gentar menghadapi cabaran. Kamu tidak pemalu dan sentiasa memikirkan masa depan. Kata-kata kamu yang berkeyakinan membuatkan orang lain iri hati dengan kamu. Jangan sampai ada yang terluka mendengar kata-katamu. Selain seorang pendengar yang baik, kamu juga terkenal dengan sikap ringan tulang. Hmm, kamu nampaknya ingikan cinta sejati yang benar-benar boleh menerima kamu seadanya. Teruskan mencari ya.

POKOK CHESTNUT- KAMU SI JUJUR
 
Wah, kamu memang tidak pandai menipu. Apa sahaja yang dilontarkan adalah yang bersifat telus. Kamu juga seorang yang berterus-terang dan tidak suka memendam rasa. Kamu juga seorang pekerja yang rajin. Namun, sikap kedekut kamu perlu dikurangkan sedikit. Sememangnya sikap berjimat cermat itu perlu tetapi janganlah sampai terlalu lokek mengeluarkan wang. kamu gemar tersenyum. Kamu mahukan pasangan yang mementingkan sikap kekeluargaan. Kamu memang boleh jadi ibu bapa yang penyayang. 

POKOK CYPRESS- KAMU YANG BOLEH DIPERCAYAI

Kamu sangat optimistik! Apa yang diinginkan, sedaya upaya akan dicapai. Kamu juga tabah dan tidak mudah patah semangat. Kamu seorang penyimpan rahsia yang baik. itulah punca kamu boleh dipercayai dan disenagi oleh orang ramai. KAmu bijak membahagikan masa serta mudah berasa simpati. Kamu tidak suka untuk bersendirian, kadang kala bersikap panas baran dan tidak penyabar. Pasanga kamu perlulah seorang yang banyak cakap supaya kamu tidak sunyi.


POKOK ELM- KAMUSI BERJIWA SUCI

 Hey, kamu yang bernaung di bawah pokok ini adalah seorang yang lembut hatinya. Hati kamu adalah mudah rapuh apabila dikecewakan atau apabila menerima berita sedih. Namun, sikap periang itu penyelamat kamu. Kamu seronok mengenali pelbagai ragam manusiadan membuat keputusan berdasarkan kata hati. KAmu tidak suka mendengar nasihat orang laindan agak degil. Pasangan kamu? Tentulah seorang yang bijak bergaya, lemah lembut dan penuh sikap sense of humour.


POKOK FIG- KAMU YANG BOLEH DIHARAP

Kamu mempunyai daya ingatan yang kuat di samping pemikiran yang tajam. Kamu tidak suka kepada pertelagahan yang membawa kepada pergaduhan. Sememangnya kamu pencinta kedamaian. Kamu seorang yang setia dan pandai mengambil hati. Namun, kamu seorang yang kuat cemburu dan tidak gemar bersosial. Kamu bijak, pencinta haiwan dan jujur. Pasangan kamu perlulah seorang yang tidak banyak ragam dan tidak kuat merajuk.


POKOK FIN- KAMU YANG MISTERI

 Kamu yang bernaung di bawah pokok ini adalah seorang yang mepunyai cita rasa yang hebat! Kamu suka kepada apa sahaja yang cantik dan menawan. Kamu tidak pandai mengawal kemarahan dan tidak mahir menghilangkan stress. Kamu degil serta tidak mahu menerima pendapat orang lain. Namun, kamu boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja. Kamu harus dikurniakan pasangan yang boleh diharap, mempunyai tahap sekual yang tinggi serta berbakat.


POKOK HAZELNUT- KAMU YANGLUAR BIASA

Kamu memang luar biasa dalam cita rasa. Kamu sangat memahami. Kamu peramah dan bijak melontarkan idea. Kamu seorang pejuang oleh itu jangan sesiapa cari pasal dengan kamu. Kamu mempunyai daya penarik seksual yang tinggi dan seorang yang popular dalam kalangan teman-temanmu. Kamu tidak suka menilai seseorang daripada luaran dan boros. Pasangan kamu, mestilah yang segak bergaya dan tidak kuat cemburu.


POKOK HONNBEAM- KAMU YANG BERCITARASA TINGGI

Kamu mempunyai kecantikan luaran dan dalaman. Tidak hiraulah mengapa lelaki ramai memuja kamu. Jika kamu seorang lelaki kamu dalam kategori yang kacak. Pada kamu, setiap cita rasa perlu dipilih kerana kecantikan itu harus dipuja. Kamu suka pada keselesaan dan suka pada muzik. Kamu tidak pandai membuat keputusan sendiri dan tidak boleh berdikari. Kamu mengindamkan pasangan yan baik hati, tidak beremosi dan serta berduit. ops!


POKOK LIME- KAMUSI RAGU-RAGU

Kamu bijak, rajin dan sentiasa bersyukur dengan kehidupan. Kamu tidak mudah mempercayai orang lain dan sentiasa berhati-hati apbila berhadapan dengan orang lain. Kamu sukakan kehidupan yang sederhana dan gemarkan suasana kepulauan. Kamu sanggup berkorban apa sahaja untuk orang yang tersayang. Kamu seorang yang setia dan tidak kuat cemburu. Oleh itu, pasangan kamu haruslah seorang yang peramah, sukakan kanak-kanak serta pemalu.

POKOK MAPLE- KAMU SANG BEBAS BERFIKIR 

Kamu seorang yang mementingkan keaslian. Kamu tidak suka berpura-pura dan tidak suka hipokrit. Kamu bercita-cita tinggi dan suka membangga diri. Kamu mempunyai tahap keyakinan yang tinggi sehingga ada orang yang tergugat dengan kemampuan kamu. Kamu mudah menerima  pendapat orang lain dan sentiasa ingin belajar perkara baru. Namun, sikap mamilih kawan itu perlu dikurangkan sedikit. Pasangan kamu? Haruslah yang bijak mengambil hati dan manja.

POKOK OAK- KAMU SI GAGAH BERANI

Hah, ternyata kamu tidak gentar dengan cabaran. Kamu seorang pencinta alam semulajadi. Kamu tidak suka orang yang  mengutuk dan tikam belakang.Sikap natural kamu itu memudahkan orang disekeliling kamu. Kamu jenis yang tidak kisah dan sentiasa mendahului orang lain dalam pelbagai perkara. Namun, sikap pemalas kamu itu perlu segera dijauhi. Orang yang peramah, penyanyang dan sopan santun sesuai menjadi pasangan kamu.

POKOK OLIVE- KAMU SI PEMBERI HARAPAN

Kamu sukakan suasana damai dan tenang. Kamu tiadak sukakan keganasan dan tidak sentiasa mahu berkawan dengan sesiapa sahaja. Kamu seorang yang bertanggungjawab dan bertolenrasi. Kamu pendengar yang baik, gemar memberikan nasihat, pencinta keadilan dan pemurah. Kamu sangat sensitif dan sering berkecil hati dengan orang disekeliling mu. Kamu suka membaca, jujur dalam perhubungan dan mengharapkan pasangan juga begitu.

POKOK PINE - KAMU PENCINTA KEDAMAIAN

Kamu hidup dalam keadaan yang harmoni. Kamu suka berunding dan pandai mempengaruhi orang lain. Kamu gemar berkreativiti dan berseni. Kamu tidak suka kepada penipu dan tidak mahu berkawan denga sesiapa sahaja yang telah menipu kamu. Oleh itu, kamu harus pandai memilih kawan dan janan peramah sangat. Pasangan juga haruslah seorang yang bercita-cita tinggi, gemarkan kesenian seperti kamu dan bertanggungjawab.

POKOK POPLAN - KAMU YANG TIDAK KERUAN

Kamu seorang yang kelam-kabut. Ada sahaja yang kamu risaukan. Oleh itu, jangan selalu amalkan buat kerja disaat-saat akhir. Kamu mempunyai personaliti yang menyenangkan. Kamu tidak suka menyusahkan orang lain dan mudah berasa kasihan. KAmu seorang yang boleh diharap. Kamu seseorang yang memilih pasangan. Sampai bila akan mendapat pasanagn yang diidamkan jika terlalu memilih.

POKOK ROWAN - KAMU SI SENSITIF

Kamu seorang yang berfikiran logik akal. Kamu suka berpandukan fakta dan tidak akan berkata-kata sebarangan tanpa bukti. Kamu gemar mencari perhatian dan seorang yang periang. Kamu seorang yang bekerja keras namun, hati kamu selalu terusik apabila orang di sekeliling mu melawak kasar. Kamu beremosi, bersungguh-sungguh dan suka kepada nombor. Pasangan kamu? Semestinya seorang yang peramah, cantik luar dan dalam serta tahan lasak.

POKOK WALNUT - KAMU SI PENYABAR

Hidup kamu penuh berwarna-warni. Kamu berfikiran jauh, mempunyai reaksi yang tidak boleh dijangka dan bercita-cita tinggi. Kamu tahan dengan karenah orang lain dan tidak suka dipermainkan. Kamu mempunyai tahap kesabaran yang harus dipuji. Namun, sekali, awas bagi sesiapa yang telah menyakiti kamu, kamu bukan seorang yang pemaaf. Pasangan kamu perlulah seorang yang memahami, ringkas bergaya dan bijak.

POKOK WEEPING WILLOW - KAMU SI PENARIK PERHATIAN

Kamu seorang yang suka berkeluarga. Pada kamu, keluarga merupakan aset utama dalam hidup. Hidup kamu penuh dengan harapan dan suka memberi pendapat. Kamu tidak mudah terpengaruh. Penampilan kamu menawan dan sering mendapat perhatian. Kamu tidak bijak mengawal kewangan dan sering mengabaikan soal kesihatan. Kamu sering kecewa dalam bercinta kan? Oleh itu, pasangan yang baik hati, memahami, setia dan cantik sesuai untuk kamu.

sumber: majalah remaja