Sushi merupakan makanan yang diperbuat daripada nasi bercuka yang digabungkan dengan pelbagai ramuan atau isi. Bahan-bahan yang digunakan sebagai ramuan atau isi sushi termasuklah ikan, makanan laut, sayuran atau telur. Sesetengah bahan isi sushi terdiri daripada bahan yang masih mentah, dimasak atau diperam. Terdapat pelbagai jenis sushi. Sushi yang digulung dalam nori (seaweed) dipanggil maki. Sushi yang diletakkan isi di atas nasi sushi dan dibentuk dengan tangan dipanggil nigiri. Sushi yang dibuat dengan cara memasukkan isi yang disumbat ke dalam tofu dipanggil inari dan sushi yang dibuat dengan meletakkan isi bahan-bahan diatas nasi di dalam mangkuk dipanggil Chirashi Sushi. resepi-resepi ini diambil daripada Chef Dino p'ng(japanese chef)...Selamat Mencuba!
KAPPA MAKI
Bahan-bahan
80gram nasi Sushi
40gram timun
1/2 keping nori (seaweed)
Cara membuat
- Sediakan nasi Sushi dan kemudian letakkan kepingan nori diatas alas buluh (bamboo mat)
- ratakan nasi sushi diatas kepingan nori
- Kemudian letakkan kesemua bahan-bahan tadi diatas nasi Sushi tersebut
- Gulungkan alas buluh kemudian tekankan bentuk sushi tersebut menjadi silinder.
- Tekankan alas buluh agar nasi Sushi menjadi padat. Kemudian keluarkan Sushi daripada alas buluh tadi.
- Potong Sushi yang telah dibentuk silinder tadi menjadi kepingan kecil.
Cara sediakan nasi Sushi
Bahan Nasi Sushi
1kg beras (short grain rice)
300ml sushi su
nota: semasa memasak nasi gunakan 3 cawan beras bersama dengan 4cawan air
Bahan Sushi su (cuka untuk nasi Jepun)
1.8 liter Mitsukan su (cuka)
1kg gula
120 gram garam
Cara membuat sushi Su
campurkan kesemua bahan-bahan dan kacau dengan rata
TAKUAN MAKI (pickled Yellow Raddish Roll)
Bahan-bahan
80gram nasi Sushi
40gram takuan (jeruk raddish kuning)
1/2 keping nori (seaweed)
Cara membuat
- Sediakan nasi Sushi dan kemudian letakkan kepingan nori diatas alas buluh (bamboo mat)
- ratakan nasi sushi diatas kepingan nori
- Kemudian letakkan kesemua bahan-bahan tadi diatas nasi Sushi tersebut
- Gulungkan alas buluh kemudian tekankan bentuk sushi tersebut menjadi silinder.
- Tekankan alas buluh agar nasi Sushi menjadi padat. Kemudian keluarkan Sushi daripada alas buluh tadi.
- Potong Sushi yang telah dibentuk silinder tadi menjadi kepingan kecil.
MAGURO NIGRI SUSHI
Bahan-bahan
30 gram nasi Sushi
15 gram tuna
5 gram wasabi
Cara membuat
- Sediakan nasi sushi dengan mencampurkan cuka sushi su ke dalam nasi yang telah dimasak.
- Bersihkan tuna dan hiris menjadi segi empat
- Basahkan tapak tangan dan jari dengan campurkan sushi su yang digunakan untuk membuat nasi Sushi tadi. Ambil kira-kira 2 susu makan nasi Sushi dan letak di tapak tangan dan bentuk menjadi ketulan empat segi bujur.
- Ambil nasi tersebut dan kemudian letakkan wasabi di atasnya.
- Kemudian letakkan tuna di atas wasabi dan nasi tersebut.
- Siap untuk dihidangkan.
SHAKE NIGRI SUSHI
Bahan-bahan
30 gram nasi Sushi
15 gram salmon
5 gram wasabi
Cara membuat
- Sediakan nasi sushi dengan mencampurkan cuka sushi su ke dalam nasi yang telah dimasak.
- Bersihkan salmon dan hiris menjadi segi empat
- Basahkan tapak tangan dan jari dengan campurkan sushi su yang digunakan untuk membuat nasi Sushi tadi. Ambil kira-kira 2 susu makan nasi Sushi dan letak di tapak tangan dan bentuk menjadi ketulan empat segi bujur.
- Ambil nasi tersebut dan kemudian letakkan wasabi di atasnya.
- Kemudian letakkan salmon di atas wasabi dan nasi tersebut.
- Siap untuk dihidangkan.
IKA NIGRI SUSHI
Bahan-bahan
30 gram nasi Sushi
15 gram sotong (cuttle fish)
5 gram wasabi
Cara membuat
- Sediakan nasi sushi dengan mencampurkan cuka sushi su ke dalam nasi yang telah dimasak.
- Bersihkan sotong dan potong
- Basahkan tapak tangan dan jari dengan campurkan sushi su yang digunakan untuk membuat nasi Sushi tadi. Ambil kira-kira 2 susu makan nasi Sushi dan letak di tapak tangan dan bentuk menjadi ketulan empat segi bujur.
- Ambil nasi tersebut dan kemudian letakkan wasabi di atasnya.
- Kemudian letakkan sotong di atas wasabi dan nasi tersebut.
- Siap untuk dihidangkan.
TAKO NIGRI SUSHI
30 gram nasi Sushi
15 gram sotong kurita
5 gram wasabi
Cara membuat
- Sediakan nasi sushi dengan mencampurkan cuka sushi su ke dalam nasi yang telah dimasak.
- Bersihkan sotong kurita danhiris menjadi segi empat
- Basahkan tapak tangan dan jari dengan campurkan sushi su yang digunakan untuk membuat nasi Sushi tadi. Ambil kira-kira 2 susu makan nasi Sushi dan letak di tapak tangan dan bentuk menjadi ketulan empat segi bujur.
- Ambil nasi tersebut dan kemudian letakkan wasabi di atasnya.
- Kemudian letakkan sotong kurita di atas wasabi dan nasi tersebut.
- Siap untuk dihidangkan.
UNAGI NIGRI SUSHI
Bahan-bahan
30 gram nasi Sushi
15 gram belut (Japenese eel)
5 gram wasabi
Cara membuat
- Sediakan nasi sushi dengan mencampurkan cuka sushi su ke dalam nasi yang telah dimasak.
- Bersihkan belut dan panggang. Setelah masak, hiriskan ia menjadi segi empat
- Basahkan tapak tangan dan jari dengan campurkan sushi su yang digunakan untuk membuat nasi Sushi tadi. Ambil kira-kira 2 susu makan nasi Sushi dan letak di tapak tangan dan bentuk menjadi ketulan empat segi bujur.
- Ambil nasi tersebut dan kemudian letakkan wasabi di atasnya.
- Kemudian letakkan belut yang telah dipanggang di atas nasi dan wasabi tadi.
- Siap untuk dihidangkan.
EBI NIGRI SUSHI
Bahan-bahan
30 gram nasi Sushi
1 ekor udang
5 gram wasabi
Cara membuat
- Sediakan nasi sushi dengan mencampurkan cuka sushi su ke dalam nasi yang telah dimasak.
- Bersihkan udang dan potong.
- Basahkan tapak tangan dan jari dengan campurkan sushi su yang digunakan untuk membuat nasi Sushi tadi. Ambil kira-kira 2 susu makan nasi Sushi dan letak di tapak tangan dan bentuk menjadi ketulan empat segi bujur.
- Ambil nasi tersebut dan kemudian letakkan wasabi di atasnya.
- Kemudian letakkan udang di atas nasi dan wasabi tadi.
- Siap untuk dihidangkan.
CHIRASHI SUSHI
Bahan-bahan
30 gram nasi Sushi
50 gram maguro (tuna)
50 gram shake (salmon)
60 gram hamachi (yellow tail)
40 gram aburo
30 gram amoebi (udang)
40 gram tamagoyaki (telur goreng)
40 gram shime sasa (mackerel)
Cara membuat
- Masukkan nasi Sushi ke dalam mangkuk
- Kemudian susunkan bahan-bahan tadi diatasnya
- Hidangkan
FUTOMAKI SUSHI
Bahan-bahan
200 gram nasi Sushi
30 gram kani stick (ketam)
30 gram timun
30 gram takuan (jeruk raddish)
30 gram oboro
30 gram kanpyo (labu) yang telah dimasak
30 gram shitake (cendawan) yang telah dimasak
40 gram tamago yaki (telur hancur)
2 keping udang
1 keping nori (seaweed)
Cara membuat
- Sediakan nasi sushi dan kemudian letakkan kepingan nori diatas alas buluh
- Ratakan nasi sushi diatas kepingan nori
- Kemudian letakkan kesemua bahan-bahan tadi diatas nasi sushi tersebut.
- Gulungkan alas buluh dan kemudian tekankan bentuk sushi tersebut menjadi silinder
- Tekankan alas buluh agar nasi susdhi menjadi padat. Kemudian keluarkan sushi daripada alas buluh tadi.
- Potong sushi yang telah dibentuk silinder tadi menjadi kepingan kecil.
No comments:
Post a Comment