Wednesday, 27 May 2015

Tengok Bola Kelantan VS Lion XII FC


23/05/2015

Sedih kalah....

Tengok Bola Kelantan VS Lion XII FC kat Satdium Bukit Jalil kol 8.45 mlm. P sana awal sebab ramai orang dalam kol 4 ptg dah keluar rumah walaupun rumah aku dengan stadium tu xjauh mana la kan. Bawa bekal makan siap2 bihun singapore and nasi ikan bilis masak petai. Aku posa masa p tgok bola ni..mau xberkat tgok bola ni..hihi. apa kena berkat ke tak kan.. So aku beli tiket ni pun online..beli kat opis..bukan main standby depan komputer..takut tiket sold out. Masa masuk stadium..memang da tahu orang ramai..penyokong Kelantan..dibanjiri dengan lautan merah.. coz baju semua kena la pakai warna merah..kalau tak rasa malu la kan baju lain daripada org lain. Aku beli baju jessy Kelantan ni kat Down town... harga Rm 25. Suruh org belikan je..coz aku malas nak sesak2 g downtown. Da masuk sana ok..dapat tempat xberapa nak strategik.. xberapa nak nampak apa jadi kat side sebelah belakang. tapi so far oklah..cuma aku xtahan orang2 kat belakang aku dok take turn hisap rokok.. so aku yg dok depan ni dok take turn juga dok bau asap rokok diaorg..mau aku yang semput kot.. so dek xtahan ubah la tempat.. ambik tempat yg belakang aku ni semua pompuan.. nk elak bau rokok.. Tapi xtahan pula makcik kat belakang tu dok berleter n terpekik-pekik.. and pompuan yg terjerit-jerit..gol xpe la juga nk jerit kann.. but bagi aku better la daripada dok depan lelaki-lelaki hisap rokok. Mau pening da.. At the end kalah 3 vs 1....so sad.. huhu


Lautan merah.....ramai tak?

Spy

27/05/2015
Tengok Wayang Cerita Spy




Semalam tengok wayang di Jusco Cheras pukul 10.30pm. Cerita ni kelakar..bole hilangkan stress anda semua yang penat bekerja. Mengisahkan seorang perempuan gemuk ni yang bekerja dengan CIA tapi xde keyakinan diri untuk bekerja di lapangan..just jadi orang belakang tabir yang main2 komputer yang membantu spy. Kemudian sebab nak balas dendam kepada kawannya yang telah meninggal dunia dia ni volunteer nak kerja di lapangan. Dekat ctu la kelakar mcm mana badan dia yg gemuk ni bole jdi spy. Diaorg ni nak cari org yang akan jual bom nuklear. Ending dia paling best..hahaha..kena tengok la sendiri. Ada watak yg famaous dalam cite ni yg jadi watak sokongan. Memang Kelakar. Sebelum tgok wayang makan kfc harga rm 11.50... kfc garlic terbaru with kentang goreng+ air strawbery.



Thursday, 21 May 2015

SEPI

Mengapa aku rasa sesuatu yang masih belum sempurna dalam kehidupan aku
aku rasakan kenangan dahulu masih menghantui aku
aku fikirkan dahulu aku terlalu ego, sehingga aku kehilangan
sentiasa terfikir apa yang terjadi adalah salah aku atau keadaan atau orang lain
aku cuba perbaiki, buang ego, terima adanya, harap itu ketentuan aku
tapi aku dihimpit dengan bertambahnya masalah
Sesungguhnya aku terlalu banyak dosa...

Kemana harus aku tuju, dimana jalan yg sebetulnya
adakah aku perlu hidup keseorangan tanpa memikirkan sesiapa lagi
meneruskan kehidupan hingga akhir hayatku
tidak perlu memikirkan bahagia, kesusahan atau trend terkini
hanya berkhalwat pada Allah, bekerja, hiburkan hati dalam dunia ku
Namun aku takut pada kesunyian, keseorangan...



Ku serah takdir perjalanan hidupku kepadamu Ya Allah..
Andai sudah tertulis itu jodohku, matiku dengan redha ku terima
maka tunjukkanlah aku jalan yg betul
agar aku tidak membuat kesalahan dan menyakiti hati mana2 pihak.
Hanya satu yang aku mahu kini...dan tiada yang lain..
Bersama mu ya Allah..menuju ke jalan mu Allah
ku tiada siapa2 secara lahiriahnya...