Saturday, 17 December 2011

PETUA KECANTIKAN ASLI



Kulit yang cantik bermula dengan apa yang anda makan dan penjagaan harian pada wajah kita. Oleh itu, disini saya ingin share resepi yang dipetik daripada sebuah buku berjudul The Natural Beauty Book oleh Clare Maxwell-Hudson untuk anda mencubanya.


KOKTEL
  • campurkan 2 cawan bayam berdaun hijau tua, secawan pasli dan 3 cawan jus oren dalam alat pengisar dan tapis. 
  • Campuran ini enak rasanya dan baik untuk kulit kerana kandungan vitamin C dan zat besinya yang diperlukan untuk kulit yang cantik. 
  • Jika anda minum 2 cawan minuman ini sehari, anda dapat melihat perubahan yang jelas pada kulit anda. 

MASKER MENCEGAH KEDUTAN

  •  Hancurkan betik yang benar-benar masak
  •  Campurkan  dengan 1 sudu teh madu 
  •  Sapu pada wajah anda dan Biar selama 20 minit 
  •  lakukan seminggu sekali
AIR KULIT KAYU MANIS
  • Ia dapat membantu menghilangkan nafas berbau jika diminum sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
  • Tumbuk kulit kayu manis itu sehingga halus 
  • Campurkan air, kacau dan minum.

MASKER MENHILANGKAN PARUT & JERAWAT
  • Serbuk kayu manis dicampurkan dengan sedikit air
  • sapu pada wajah dan dibiar kering kemudian dibilas
  • lakukan setiap hari
 
AIR PEGAGA
Pegaga merupakan sumber vitamin A dan C, zat besi, fosforus dan kalsium yang baik.
  • 2 ikat pegaga
  • 1/2 cawan gula putih atau perang
  • 6-8 gelas air & sedikit air garam
  • cuci pegaga (bersama daun dan akarnya). Rendam dalam air garam selama 5-10 minit.
  • Potong kecil-kecil pegaga yang direndam itu dan kisar bersama gula dan air.
  • tapis campuran itu dan hidangkan sejuk atau dengan ketulan ais.

MASKER MENGHILANGKAN TANDA HITAM, PARUT & JERAWAT
  • Kisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya.
  • Sapukan pada parut jerawat yang berwarna hitam pada muka pada setiap hari atau setiap malam sebelum tidur
  • Campuran kisaran ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk 

MASKER KULIT CERAH DAN LEMBAB
  • Hancurkan 3 biji strawberi dangan satu teh madu (jangan terlalu hnacur)
  • Sapukan pada wajah dan biarkan 30 minit
  • Setelah masker kering, gosok dengan gerakan melingkar
  • basuh dengan air sejuk

AIR TEMBIKAI
  • 1/4  biji tembikai
  • 3 biji Oren dan sebiji lemon
  • Ceduk secawan penuh tembikai menjadi bentuk bebola dan ketepikannya sebentar.
  • kupas, hiris atau potong bentuk dadu baki buah tembikai yang ada. 
  • kisar besama-sam buah yang lain.
  • Jika terlalu pekat, tambah sedikait air
  • Hidangkan ketika sejuk dengan hiasan bebola tembikai di atasnya.

MASKER MENGURANGKAN SUNBURN
  • Hiris tembikai nipis-nipis
  • lekapkan pada wajah & biar 20 minit kemudian bersihkan muka.

BIBIR KEKAL KEMERAHAN

  • Ambil sedikit madu asli dan sapukan pada bibir sebagai lips
  • Biarkan selama 30 minit 
  • Selepas itu, cuci bibir dengan limau nipis
  • kemudian basuhlah bibir dengan air suam
  • Lakukan 3 kali seminggu sebelum waktu tidur
MASKER KULIT BERMINYAK
  • Satukan satu susu yogurt sejuk dengan madu 
  • Selepas itu, gaul sehingga rata dan sapukan pada wajah yang telah dibersihkan.

No comments:

Post a Comment