Wednesday, 16 September 2015

No Escape


Lama xdapat cite best. Kali ni tgok cite wayang ni sampai xsenang duduk. Tahu sebab apa xsenang duduk sebab cite ni buat anda terfikir-fikir apa jadi lepas tu. Diorang selamat ke tak?. Biasa kita tgok cite dia mesti da bole agak apa kesudahan dia ada apa jalan cite dia, atau apa yang akan terjadi lepas tu. Cite ni kita memang xdpt teka apa peristiwa akan diaorg tempuhi. panjang betul mukadimah.

Ok tajuk cite ni No escape. Cite ni mengisahkan family warga Amerika telah berpindah ke Thailand. Si ayah ni seorang jurutera yang dilantik di company air di Thai. Tapi masa ketibaan di sana mereka tdk disambut di airport then seorg yg dikenali di kpal terbang offer tumpangkan ke hotel. Di hotel segala perhubungan terputus. Keesokan pagi, si ayah nak g cari surat khabar. Then berlaku rusuhan. Dia lari ke hotel. Tapi di depan hotel seorang rakyat Amerika ditembak oleh pengganas Thai.


Jadi si ayah, menyelusup panjat naik ke hotel untuk selamatkan family dia. Di setiap bilik juga diaorag geledah dan bunuh semua orang Amerika aka org luar. So, dia berjaya naik atas bumbung. Fikir da selamat sbb dtg helikopter. Tapi helikopter tu tembak org-org putih atas bumbung tu. Jadi nak tak nak anak2 kecil dia terpaksa si ayah baling ke bangunan sebelah. Diaorg selamat masuk ke bangunan sebelah dan sembunyi.

Diaorg jumpa kunci motor. Lepas tu diaorg menyambar mcm org Thai naik moto. Masa lalu di kawasan rusuhan tu moto jatuh. memang berdebar2 ingat diorg akan dapat detect. masih selamat. Diorng naik moto nak g ke kedutaan Amerika. tapi tempat tu da musnah. Lepas tu kena kejar dengan pengganas2 ni. Si ayah dan bini dia kena tangkap. Anak dia dua org perempuan masih kecil menyorok celah pokok. Bini dia hampir2 nak kena rogol. Kemudiaannya diselamatkan oleh org yang dikenali di kapal terbang tu. Dia dan kawan dia rupa-rupanya CIA. 

Tapi mereka pun terbunuh semasa nak berlari meyeberangi sungai masuk ke negara Vietnam. Si ayah kena tangkap dengan pengganas, si isteri terus pukul dari belakang. Mereka selamat naik sampan nak cross sungai ke negara Vietnam tetapi tetap dikejar orang Thai. Namun mereka berjaya sampai ke negara Vietnam terlebih dahulu sebelum ditangkap pengganas Thai. Pengganas Thai sebelum ni telah bunuh Perdana Menteri mereka. Mereka buat rusuhan sebab org Amerika ambik concuer air dan kemudahan lain menyebabkan rakyat susah.

Cite ni xberapa famous. Mungkin sebab ada cite lain yang pemasaran dia lebih gah.. Tapi aku rasa cite ni lagi best daripada Ant Man, UNCLE , etc... Cuma mungkin pemasaran kurang tu yg org xtahu cite ni best.