Thursday, 9 July 2015

Mad Max

Mad Max



Cite ni memang best gile dan wajib tgok cite ni tau klu da xda kat panggung bole g beli dvd sbb mmg xrugi pun. Da lama nak update cite ni tapi keja terlupa ja dan memory pun da lost pasal movie ni. tapi aku try juga la cite. Cite ni ada seorang laki ni nama apa ku lupa tapi of course lah hero cite ni kena tangkap satu puak ni. Puak ni ada raja dia yg sgt buruk dan ada penyakit kulit. Jadi sapa yg kena tgkap tu diorg akan kena jadi hamba. Kaum puak ni sanggup bergadai nyawa demi raja diorg. Raja dan golongan bangsawan puak ni semua pelik2 dan berpenyakit. Ada seorang  perempuan kena culik masa kecil sepatutnya jadi hamba tapi dia ni hebat berlawan so dia jadi ketua pada puak ni tuk rampas sumber minyak atau apa2 bahan. Masa misi dia nk dapatkan sumber minyak tu dia belot. Mmg dia berdendam lama da cuma tuggu masa tuk lari. Dia larikan diri dengan lori dan dia bawa sekali bini-bini raja dan bangsawan ni sekali. Bini raja tu mengandung. Memang cantik gila bini-bina diorg ni. Bini-bini diorg ni kena kurung. Diorg pun mmg xsuka dan perempuan ni yg selamatkan perempuan2 ctik ni.

Hero & Heroin cite ni...


Then masa puak-puak ni nk serang perempuan ni, ada seorang pejuang raja (askar) dia ni sakit dan perlu darah jadi dia guna darah hero ni bawa sekali berperang. (bole pula dia ikat hero ni kat keta jadi tabung darah). Then masa berlawan tu puting berliung pasir berlaku tpi pejuang puak yg sakit tu sanggup berkorban demi raja dia, jadi dia redah juga taufan tu dan bawa sekali la hero ni. Jadi lepas taufan tu berhenti, hero ni bertemu dgn perempuan yg bwa bini-bina raja dan bangsawan tu. Jadi dia pun bersepakat tuk selamatkan diorg walaupun pada mulanya dia tak nak campur. Dalam cite ni, bini raja tu mati kena langgar kereta. Akhir cite ni raja tu mati, then pejuang yg sakit tu berpihak pada hero tu sbb berkenan kat salah seorg bini bangsawan tu tapi last pejuang tu pun mati, berkorban diri mcm kamekaze la mcm tu. Diorg patah balik ke tempat raja ni dan alirkan air yang disekat oleh raja tu. Air yang disekat tu yang menyebabkan rakyat kebuluran dan sakit. Suka betul cite ni dan aksi-aksi dia mmg xhenti je.Mesti tgok ok!..

Terminator Genisys

4/7/2015

Cite teminator ni ku tgok kat Jusco Cheras kol 9 malam. Cite ni best tapi bagi ku biasa-biasa saja. Mungkin masa tgok cite ni ku terlalu mengantuk lalu terlelap. Tak tau sebab apa terlelap mungkin letih sgt dan selalunya klu tgok wayang xpernah la tertido. Tapi ku tahulah jalan cite ni sebab terlelap kejap-kejap je. Cite ni sambungan terminator dulu walaupun cite ni ada part yg merepek ckit tapi byak aksi-aksi. Apa yg ku ckp merepek sbb anak dia John Corner jadi jahat jadi terminator kena rasuk. Kisah dia bermula ada seorg laki ni nama apa tah ku lupa tapi laki ni merupakan bapa John Corner masa dulu. Jadi dia ni p masa dulu balik tuk halang sky net dari diwujudkan jadi masa dia masuk mesin masa tu ada org jahat tgkp John Corner ni dan rasuk John Corner ni. Di masa depan, John Corner ni diaorg berjaya hapuskan robot2 skynet tu dan masa utk cegah dari wujudnya skynet ni jadi diaorg ambik keputusan htr pejuang diorg tuk bgtau mak dia Sarah Corner.



Lepas kena rasuk John Corner ni pun pergi ke masa lepas tuk bunuh Sarah dan ayah John Corner ni. So, pastinya terminator yg pelakonnya Arnold yang protect mak dia ni. So, dekat ctu ada aksi2 lawan. Sebenarnya, ayah John Corner ni tak tau yg dia ni ayah John Corner lps John Corner smpai baru dia tau. Last cite ni, terminator Arnold ni upgrade jadi terminator timah (salvation) masa dia lawan then jatuh dalam timah tup-tup upgrade. Walaupun byk merepek tapi panggung penuh mungkin sebab cite ni mmg dinanti-nantikan org ramai.


Jurasic World

Jurasic World
8/7/2015

Semalam tengok wayang cerita Jurasic World kat Jusco Cheras, kol 8 malam lepas buka posa kat Mcd Donald. Kat Mcd Donald beli foldover mashwi (beef), ice lemon tea, kentang goreng dan ais cream sundae strawberry. Lepas makan terus g tgok wayang. Berbalik cite Jurasic World ni, cite ni mengisahkan seorang perempuan bernama Charlie yang menguruskan taman tema macam zoo tu tapi bukan binatang yang selalu ada dalam zoo tapi dinasour yang diaorg bela dan jaga. So, taman tema ni terbuka pada orang awam untuk tgok dinasour-dinasour ni. Charlie ni ada dua orang anak saudara yang cuti sekolah datang kat taman tema ni. Nak dijadikan cerita, ada seekor dinasour ni nama apa tah terlepas dari kandang. Dinasour ni hidup terkurung dan xpernah terdedah dgn dunia luar dan sangat ganas serta cerdik juga sebab dinasour ni dicipta dengan gen pelbagai jenis haiwan.



So, masa anak buah dia ni bersiar-siar dengan kereta bulat (xtau nama apa keta tu), diorg kena serang dengan dinasaur yang terlepas ni, then diaorg berjaya larikan diri. Lepas tu diaorg terjumpa tempat jurasic park yang lama. Org ramai dapat tahu taman tema tu kenapa kena dikosongkan masa dinasour burung terlepas, habis dia serang orang. Kemudian ank buah Charlie ni dapat jumpa dia, kemudian Charlie dgn boyfriend dia ni nak bunuh raksasa ni. Masa akhir part cite ni Charlie buka gate yg ada dinasour jurasic part lama dulu. So dia lawan dengan diansour yg telepas tu. Akhirnya, dinasour yang tlepas tu mati. Part yg best masa 4 ekor dinasour raktor tu xnk serang pengasuh dia (boyfriend Chalie) tapi dia serang dinasour yang terlepas tu walaupun masa mula2 tu dia bersepakat degan dinasour tu utk serang org. Tahu tak sbb apa raktor ni bersepakat dgn dinasour ganas tu. Sebab dalam dinasour ganas tu ada gen raktor juga. Jadi dia ingat dinasour ganas tu family dia juga la. Best cite ni, xrugi tengok. Ku tgok cite ni lepas 3 mggu ditayangkan tapi still seat penuh.