Hari ni mari kita buat ujian personaliti. Nak tahu diri anda bagaimana orgnya dan teruk ke tak atau baik sgt ke.. cuba ujian ni. Mula2 sekali sila pilih gambar pokok yang paling anda suka kat atas ni dan kemudian semak keputusan di bawah..Jom ramai2 tgok..anda juga boleh check personaliti kawan-kawan dan special friend anda..a.k.a boyfriend or girlfriend atau sewaktu dengannya..
Nombor 1
Anda seorang yang pemurah dan bermoral. Anda selalu berusaha membaiki diri.
Bercita-cita besar dan mempunyai standard yang tinggi. Orang lain mungkin
merasakan susah berkomunikasi dengan anda, tetapi bagi anda, sebenarnya susah
untuk anda menjadi diri sendiri. Anda bekerja dengan sangat kuat tetapi tidak
mementingkan diri. Anda bekerja kerana anda ingin mengubah dunia. Anda
berkemampuan untuk mencintai orang sehingga mereka menyakiti anda. Sekalipun
demikian, anda akan masih menyintainya. Hanya sedikit orang yang dapat
menghargai segala yang anda lakukan.
Nombor 2
Anda seorang yang menyeronokkan dan jujur. Anda sangat bertanggungjawab dan
suka menjaga orang lain. Anda percaya bahawa kita perlu sentiasa bersikap jujur
dalam setiap pekerjaan. Anda mempunyai personaliti yang baik dan orang akan
cepat mempercayai anda. Anda juga bijak serta cepat berfikir. Sentiasa ada
cerita menarik untuk anda kongsikan.
Nombor 3
Anda seorang yang bijak dan suka berfikir. Anda adalah pemikir yang hebat. Bagi
anda, akal fikiran dan idea adalah sangat penting. Anda suka berfikir mengenai
teori dan pandangan anda berseorangan. Anda juga jenis orang yang introvert.
Anda hanya dapat menyesuaikan diri dengan orang yang suka berfikir dan belajar
seperti anda. Anda juga banyak berfikir tentang moraliti. Sentiasa cuba
melakukan yang elok pada fikiran anda, sekalipun majoriti menentang anda.
Nombor 4
Anda seorang yang perseptif dan berfalsafah. Anda unik dan berbeza dengan orang
lain. Anda juga seorang yang mengikut naluri dan aneh sedikit. Selalu
disalahanggap oleh orang lain, dan ianya menyakitkan hati anda. Anda perlukan
ruang untuk diri anda. Kreativiti anda perlu diasah, dan ianya memerlukan anda
menghormati orang lain. Anda adalah orang yang dapat melihat baik dan buruk
dalam hidup dengan jelas. Anda sangat emosional.
Nombor 5
Anda jenis yang yakin dan menguasai keadaan. Anda sangat berdikari. Prinsip
hidup anda 'Saua akan lakukan dengan cara saya'. Anda seorang yang bergantung
pada diri sendiri dan tahu bagaimana untuk menjadi tabah pada diri sendiri dan
orang yang anda cintai. Anda cukup tahu apa yang anda nak dan anda tidak takut
untuk mengejar impian anda. Satu perkara yang anda perlukan dari orang lain
ialah kejujuran. Anda juga cukup kuat untuk menerima kebenaran.
Nombor 6
Anda seorang yan baik dan sensitif. Orang lain cepat dapat bergaul dengan anda.
Anda mempunyai ramai rakan dan suka membantu mereka. Anda mempunyai aura yang
baik sehingga semua orang gembira untuk berada di sisi anda. Setiap hari, anda
memikirkan cara memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Anda mahu menjadi
lebih menarik, tersendiri dan unik. Lebih daripada orang lain di dunia, anda
sangat memerlukan cinta. Malah termasuk mencintai orang yang tidak mencintai
anda.
Nombor 7
Anda seorang yang ceria dan sentiasa gembira. Anda sangat sensitif tetapi juga
sangat memahami. Anda pendengar yang baik dan tahu untuk tidak bersikap
menyebelahi sesiapa. Anda lebih terbuka dengan orang yang baru anda kenali dan
di majlis-majlis. Anda sangat kebal daripada stress dan sangat jarang untuk
merasa bimbang. Kebiasaaannya, anda sentiasa relaks. Anda sentiasa ada masa
untuk berseronok dan tidak hilang tujuan.
Nombor 8
Anda seorang yang menawan dan bertenaga. Anda seorang yang menyeronokkan dan
tahu untuk membuatkan orang ketawa. Anda sentiasa tenang dan selesa menjalani
kehidupan anda. Anda seorang spontan dan enthusiastic. Tidak pernah mengatakan
tidak kepada cabaran baru. Biasanya anda akan mengejutkan orang sekeliling anda
pada akhirnya. Tetapi, itulah anda. Sentiasa menjadi diri sendiri. Mempunyai
banyak minat dan jika menunjukkan minat pada sesuatu, anda akan cuba buat
dengan sebaik mungkin.
Nombor 9
Anda seorang yang optimistik dan bernasib baik. Anda percaya bahawa hidup
adalah satu anugerah dan sentiasa cuba untuk mencapai sebanyak mungkin dan
meletakkan anugerah ini pada tempat yang sepatutnya. Anda sangat bangga dengan
pencapaian anda. Anda juga sentiasa bersedia untuk setia dengan orang yang anda
sayang. Anda mempunyai pendekatan hidup yang sihat. Anda gunakan sebarang
peluang untuk memaafkan, terus belajar dan membesar kerana anda percaya hidup
adalah terlalu pendek untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja.